Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian TIGA HAYAT DAN EMPAT HUKUM (Bahagian 4/6)
TIGA HAYAT DAN EMPAT HUKUM (Bahagian 3/6)
TIGA HAYAT DAN EMPAT HUKUM (Bahagian 5/6)
TIGA HAYAT DAN EMPAT HUKUM (Bahagian 4/6)
2020-09-05 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (130)

Nota Editor:

“Hukum Tuhan terdiri daripada statut Tuhan, dan sifatnya adalah kudus, adilbenar, dan baik. Hukum ini berada di luar kita, membolehkan kita mengetahui apa yang dikutuk Tuhan dan apa yang dijustifikasikan-Nya; hukum ini juga menuntut kita menolak apa yang dikutuk Tuhan dan melakukan apa yang dijustifikasikan Tuhan supaya bersesuaian dengan statut Tuhan yang kudus, adilbenar, dan baik.”

“Memandangkan hukum kebaikan dalam minda kita berasal daripada hayat manusia kita yang baik dan tercipta, maka hukum kebaikan mengandungi sifat manusia yang baik dan betul-betul sepadan dengan sifat hukum Tuhan di luar kita. Hukum yang berada dalam kita ini, iaitu dalam minda kita, menyebabkan kita ingin berbuat baik.”

“Oleh sebab hukum dosa dalam anggota-anggota kita berasal daripada hayat Syaitan yang jahat dan jatuh dalam tubuh daging kita, maka hukum dosa mengandungi sifat jahat Syaitan. Hayat jahat Syaitan ialah ‘kejahatan’ yang ada dalam tubuh daging kita dan ‘dosa’ yang huni dalam kita (Roma 7:21, 20). Hukum yang keluar daripada hayat jahat ini menyebabkan kita berbuat dosa kerana hukum ini satu ‘hukum dosa’. Daripada tubuh daging kita, hukum ini memaparkan keupayaan semula jadinya untuk berbuat jahat dan berperang menentang hukum kebaikan dalam minda kita. Apabila hukum kebaikan dalam minda kita memberi kita keinginan untuk berbuat baik, hukum dosa ini pun bangkit untuk berperang menentangnya dan menjadikan kita tawanan (Roma 7:23). Dengan itu, kita bukan sahaja tidak dapat menggenapi keinginan kita untuk berbuat baik atau memenuhi tuntutan baik daripada hukum Tuhan, sebaliknya kita mematuhi hukum dosa dalam anggota-anggota kita, melakukan pelbagai jenis dosa sehingga menjadi mati, sebagaimana yang dihuraikan dalam Roma 7:21-24. Oleh itu, kita berbuat dosa bukanlah menurut pilihan kita sendiri ataupun atas kerelaan kita sendiri; sebaliknya, hukum dosa yang jahat inilah yang mendorong kita dari dalam.”

TIGA HAYAT DAN EMPAT HUKUM
(Bahagian 4/6)

(Pengetahuan Hayat, Bab 9)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Roma 7:22 “Kerana menurut manusia dalaman, aku gemar akan hukum Tuhan.”

Roma 7:23 “Tetapi aku melihat satu hukum yang lain dalam anggota-anggotaku, berperang menentang hukum mindaku dan menjadikan aku tawanan kepada hukum dosa yang ada dalam anggota-anggotaku.”

Roma 8:2  “Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut.”

C. Lokasi Empat Hukum 

Demi mengenali empat hukum ini dengan tepat, kita harus jelas tentang lokasi masing-masing.

Hukum Tuhan tertulis pada loh-loh; maka hukum Tuhan berada di luar kita.

Hukum kebaikan berada dalam minda kita, iaitu dalam sukma kita. Memandangkan hayat untuk berbuat baik berada dalam sukma kita, maka hukum yang berasal daripada hayat ini tentu juga berada dalam sukma kita. Fungsi hukum ini terutamanya dinyatakan dalam minda sukma kita, maka hukum ini digelar sebagai “hukum dalam minda”. Oleh itu, dalam sukma kita terdapat hayat manusia, hukum kebaikan yang berasal daripada hayat manusia, dan sifat baik manusia.

Hukum dosa berada dalam anggota-anggota kita, iaitu dalam tubuh kita. Pada masa kejatuhan manusia, dia memakan buah daripada pohon pengetahuan ke dalam tubuhnya; oleh yang demikian, hayat jahat Syaitan masuk ke dalam tubuh manusia kita. Lantaran itu, hukum dosa yang berasal daripada hayat Syaitan juga berada dalam tubuh kita. Memandangkan hukum ini berada dalam tubuh kita, dan tubuh pula terbentuk daripada anggota-anggota, maka hukum ini berada dalam anggota-anggota kita. Dengan demikian, dalam tubuh kita terdapat Syaitan, hayat Syaitan, hukum dosa yang berasal daripada hayat Syaitan, dan sifat jahat Syaitan. Disebabkan Syaitan dan hal-hal jahatnya telah masuk ke dalam tubuh kita dan berbaur dengannya, maka tubuh kita berubah mutu sehingga menjadi tubuh daging yang korup. 

Hukum Roh hayat berada dalam roh kita. Oleh sebab Roh hayat bersama-sama dengan hayat Tuhan huni dalam roh kita, maka hukum yang berasal daripada Roh hayat ini juga berada dalam roh kita. Hukum ini berasal daripada Roh Tuhan dan berada dalam roh kita; oleh itu, bukan sahaja asalnya ialah Roh, tetapi lokasinya ialah roh. Oleh itu, ia sama sekali kepunyaan roh, bukan kepunyaan tubuh ataupun kepunyaan sukma. Oleh yang demikian, dalam roh kita terdapat Tuhan, hayat Tuhan, hukum yang berasal daripada Roh hayat Tuhan, dan sifat hayat Tuhan. 

D. Sifat dan Fungsi bagi Empat Hukum 

Apakah sifat dan fungsi bagi empat hukum ini yang berada di luar dan di dalam kita? Hukum Tuhan terdiri daripada statut Tuhan, dan sifatnya adalah kudus, adilbenar, dan baik. Hukum ini berada di luar kita, membolehkan kita mengetahui apa yang dikutuk Tuhan dan apa yang dijustifikasikan-Nya; hukum ini juga menuntut kita menolak apa yang dikutuk Tuhan dan melakukan apa yang dijustifikasikan Tuhan supaya bersesuaian dengan statut Tuhan yang kudus, adilbenar, dan baik. 

Memandangkan hukum kebaikan dalam minda kita berasal daripada hayat manusia kita yang baik dan tercipta, maka hukum kebaikan mengandungi sifat manusia yang baik dan betul-betul sepadan dengan sifat hukum Tuhan di luar kita. Hukum yang berada dalam kita ini, iaitu dalam minda kita, menyebabkan kita ingin berbuat baik. Terutama sekali apabila hukum Tuhan di luar kita menuntut kita menjadi baik, hukum kebaikan dalam kita ini pun membuat kita cenderung kepada kebaikan. Oleh itu, minda dalam kita gemar mematuhi hukum Tuhan di luar kita. Inilah apa yang dikatakan dutus, “Aku sendiri dengan minda melayan hukum Tuhan” (Roma 7:25).

Oleh sebab hukum dosa dalam anggota-anggota kita berasal daripada hayat Syaitan yang jahat dan jatuh dalam tubuh daging kita, maka hukum dosa mengandungi sifat jahat Syaitan. Hayat jahat Syaitan ialah “kejahatan” yang ada dalam tubuh daging kita dan “dosa” yang huni dalam kita (Roma 7:21, 20). Hukum yang keluar daripada hayat jahat ini menyebabkan kita berbuat dosa kerana hukum ini satu “hukum dosa”. Daripada tubuh daging kita, hukum ini memaparkan keupayaan semula jadinya untuk berbuat jahat dan berperang menentang hukum kebaikan dalam minda kita. Apabila hukum kebaikan dalam minda kita memberi kita keinginan untuk berbuat baik, hukum dosa ini pun bangkit untuk berperang menentangnya dan menjadikan kita tawanan (Roma 7:23). Dengan itu, kita bukan sahaja tidak dapat menggenapi keinginan kita untuk berbuat baik atau memenuhi tuntutan baik daripada hukum Tuhan, sebaliknya kita mematuhi hukum dosa dalam anggota-anggota kita, melakukan pelbagai jenis dosa sehingga menjadi mati, sebagaimana yang dihuraikan dalam Roma 7:21-24. Oleh itu, kita berbuat dosa bukanlah menurut pilihan kita sendiri ataupun atas kerelaan kita sendiri; sebaliknya, hukum dosa yang jahat inilah yang mendorong kita dari dalam. 

Oleh itu, kita boleh melihat di sini bahawa dalam kita, manusia yang jatuh, terdapat dua hukum yang bercanggah. Yang satu berasal daripada hayat baik yang tercipta dan bekerja dalam minda sukma kita, menyebabkan kita ingin berbuat baik. Yang satu lagi berasal daripada hayat Syaitan yang jatuh lagi jahat dan bekerja dalam anggota-anggota tubuh kita, menyebabkan kita berbuat dosa. Dua hukum yang bertentangan ini melakukan kerja yang bercanggah dalam minda kita dan dalam anggota-anggota kita, iaitu berperang dengan satu sama lain dalam kita. Akibatnya, hukum dosa selalunya menang atas hukum kebaikan; lantaran itu, kita gagal melakukan kebaikan yang kita ingini tetapi terpaksa melakukan kejahatan yang tidak kita ingini. Peperangan dua hukum ini ialah apa yang dipanggil orang Cina sebagai pertempuran antara rasional dengan nafsu. “Rasional” ialah unsur berbuat baik dalam hayat kita yang tercipta; “nafsu” pula ialah “dosa” yang huni dalam tubuh kita yang jatuh atau “kejahatan” yang terdapat dalam tubuh daging kita. Meskipun sebahagian daripada “rasional” berasal daripada zimah manusia, tetapi “rasional” bekerja dalam minda manusia; oleh itu, kebaikan yang terhasil daripada operasi “rasional” itu sama ada berasal daripada akal budi atau melalui akal budi. Walaupun “nafsu” berkaitan dengan sifat manusia yang jatuh, tetapi nafsu bekerja dalam anggota-anggota tubuh manusia sahaja; oleh itu, kejahatan yang dikerjakan daripada “nafsu” itu berasal daripada hawa nafsu. Atas sebab ini, seorang yang kuat dalam akal budinya lebih berupaya berbuat baik, manakala seorang yang kuat nafsunya lebih mudah berbuat jahat. Boleh dikatakan bahawa semua kebaikan yang dilakukan oleh manusia itu berasal daripada akal budi atau melalui akal budi dalam minda manusia, sedangkan semua kejahatan yang dilakukan oleh manusia itu berasal daripada nafsu dalam anggota-anggota manusia sahaja. Sekiranya rasional dalam minda kita mendapat kedudukan yang lebih berpengaruh, maka rasional akan menyebabkan manusia berbuat baik; sekiranya nafsu dalam anggota-anggota manusia lebih kuat pengaruhnya, maka nafsu akan menyebabkan manusia berbuat jahat.

Sesetengah orang menyangka bahawa jenis peperangan ini sama dengan pergelutan yang disebut dalam Galatia 5. Pemahaman ini tidak tepat. Galatia 5 berbicara tentang tubuh daging kita bergelut menentang Roh itu; hal ini hanya berlaku selepas kita diselamatkan dan beroleh Roh Kudus. Namun peperangan antara dua hukum ini berkaitan dengan peperangan antara hayat jahat Syaitan yang jatuh dengan hayat baik kita yang tercipta, dan peperangan ini sudah wujud bahkan sebelum kita diselamatkan. Oleh yang demikian, ini ialah sejenis peperangan batiniah yang sudah wujud sebelum kita diselamatkan, dan juga sejenis peperangan antara kebaikan dengan kejahatan yang ada dalam semua orang di dunia.

“Dosa” ini, yang berasal daripada hukum dosa, ialah hayat Syaitan; oleh itu, ia adalah hidup. “Dosa” yang dihurufbesarkan menandakan bahawa ia mempunyai persona dan adalah unik. Dalam alam semesta, hanya terdapat satu Tuhan, dan hanya terdapat satu Dosa. “Dosa” ialah satu istilah yang khusus dan merupakan satu objek yang unik. “Dosa” ialah nama lain bagi Syaitan. Oleh itu, Roma 5 hingga 8 memberitahu kita bahawa Dosa dapat meraja dalam kita, mempertuani kita, menjadikan kita sebagai abdinya yang bertentangan dengan Tuhan, huni dalam kita, dan berkuasa untuk mengatasi kita, dan menyebabkan kita melakukan kejahatan yang tidak ingin kita lakukan. Banyak dosa di luar kita cumalah perbuatan yang terhasil daripada satu-satunya Dosa dalam kita. Satu-satunya Dosa ini ialah akar dan induk kepada semua dosa.

Bagaimanakah “Dosa” ini menyebabkan kita berbuat dosa di luar? Kita telah melihat bahawa “Dosa” ini huni dalam tubuh kita. Namun, tubuh bukanlah organ yang mendorong, tetapi tekad ialah organ yang mendorong. Tekad yang kepunyaan sukma manusia itu dikawal oleh “Dosa” dan mematuhi suruhan “Dosa”, dan dengan itu menghasut tubuh manusia agar melakukan dosa. Oleh yang demikian, meskipun “Dosa” huni dalam tubuh kita, tetapi kerjanya yang merosakkan itu menyerang dari lilitan ke pusat. Dengan mempunyai tubuh sebagai dasar, ia mengeluarkan racun dosa, membawa kerosakan kepada sukma dan roh kita sehinggakan seluruh diri kita dikorupkan. Oleh itu, Yeremia 17 berkata, “Hati itu licik melebihi segala sesuatu.” Roma 1 dan Markus 7 juga mengatakan bahawa terdapat pelbagai jenis dosa dalam manusia. Ayat-ayat Bible ini membuktikan bahawa diri manusia sama sekali dikorupkan oleh Dosa dan penuh dengan kejahatan. Oleh itu, dalam sukma manusia hari ini, mindanya jahat, emosinya tercemar, tekadnya memberontak, malah rohnya juga gelap. Inilah akibat kerja Dosa dalam manusia. (bersambung...)

TIGA HAYAT DAN EMPAT HUKUM (Bahagian 3/6)
TIGA HAYAT DAN EMPAT HUKUM (Bahagian 5/6)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)