Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian TIGA HAYAT DAN EMPAT HUKUM (Bahagian 2/6)
TIGA HAYAT DAN EMPAT HUKUM (Bahagian 1/6)
TIGA HAYAT DAN EMPAT HUKUM (Bahagian 3/6)
TIGA HAYAT DAN EMPAT HUKUM (Bahagian 2/6)
2020-09-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (128)

Nota Editor:

“Sejurus selepas manusia dicipta di tangan Tuhan, dia “sangat baik” (Kej. 1:31) dan “tulus” (Ams. 7:29) di mata Tuhan. Dengan itu, hayat manusia yang tercipta itu pada asalnya baik dan tulus, bukan sahaja tanpa dosa, malah tanpa pengetahuan dosa dan juga tanpa perasaan malu; hayat manusia yang asal adalah polos dan simpal.”

“Hayat Syaitan yang dipenuhi pelbagai jenis dosa mengandungi benih segala kekorupan dan faktor kejahatan. Syaitan hidup dalam manusia dan menyebabkan manusia mempunyai “keinginan” (Yoh. 8:44) dan “berbuat dosa” (1 Yoh. 3:8). Oleh itu, hayatnya ialah akar dosa-dosa yang menyebabkan manusia menghidup keluar dosa...Sejak hayat iblis ini masuk ke dalam manusia, meskipun kadangkala dia masih dapat menghidup keluar sedikit kebaikan manusia melalui hayat manusia, tetapi kebanyakan masanya dia menghidup keluar kejahatan iblis melalui hayat iblis.”

“Namun syukur kepada Tuhan, hari ini kita yang telah diselamatkan bukan hanya mempunyai hayat manusia dan hayat iblis, tetapi juga mempunyai hayat Tuhan. Sebagaimana Syaitan menyuntikkan hayatnya ke dalam kita menerusi pengkorupannya dan menyebabkan kita bersatu dengannya, diperolehnya, dan memiliki segala kejahatan sifatnya, begitu juga Tuhan meletakkan hayat-Nya ke dalam kita menerusi penyelamatan-Nya dan menyebabkan kita bersatu dengan-Nya, diperoleh-Nya, dan memiliki segala kebaikan divin sifat-Nya. Oleh itu, sebagaimana butir penting dalam kejatuhan ialah hayat, begitu juga butir penting dalam penyelamatan ialah hayat.”

TIGA HAYAT DAN EMPAT HUKUM
(Bahagian 2/6)

(Pengetahuan Hayat, Bab 9)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Kej. 1:31a “Tuhan melihat segala-gala yang telah dijadikan-Nya, sesungguhnya segala-gala itu sangat baik.”

1 Yoh. 3:8 “Orang yang mengamalkan dosa berasal daripada iblis, kerana iblis berbuat dosa dari mula. Untuk tujuan ini, Anak Tuhan dimanifestasikan supaya Dia dapat membinasakan kerja-kerja iblis.”

1 Yoh. 5:12 “Orang yang mempunyai Anak mempunyai hayat; orang yang tidak mempunyai Anak Tuhan tidak mempunyai hayat.”

D. Sifat dan Keadaan Tiga Hayat 

Memandangkan tiga hayat yang berbeza dalam kita ini mempunyai asalnya sendiri dan masing-masing huni dalam tiga bahagian yang berbeza dalam diri kita, maka sifat dan keadaan ketiga-tiga hayat ini dalam kita semestinya juga berbeza dan sangat rumit. Sejurus selepas manusia dicipta di tangan Tuhan, dia “sangat baik” (Kej. 1:31) dan “tulus” (Ams. 7:29) di mata Tuhan. Dengan itu, hayat manusia yang tercipta itu pada asalnya baik dan tulus, bukan sahaja tanpa dosa, malah tanpa pengetahuan dosa dan juga tanpa perasaan malu; hayat manusia yang asal adalah polos dan simpal. Selepas kejatuhan manusia, Tuhan menyebabkan manusia mempunyai perasaan malu. Perasaan ini mempunyai fungsi yang beraspek dua: dari satu aspek, perasaan ini membuktikan bahawa kita mempunyai dosa, dan dari aspek yang lain, perasaan ini menghalang kita daripada berbuat dosa. Jika seseorang tidak mempunyai perasaan malu, dia akan berbuat dosa sesuka hati. Semakin seseorang mempunyai perasaan malu, semakin dia akan dipelihara agar tidak berbuat dosa. Kita mempunyai suatu ungkapan yang mengatakan bahawa perempuan tidak boleh tidak tahu malu. Seorang yang tidak ada perasaan malu semestinya seorang yang paling hina.

Selepas Adam berbuat dosa dan jatuh, manusia bukan hanya bersalah terhadap Tuhan dari segi kelakuan dan mempunyai rekod dosa, malah manusia diracuni Syaitan dalam hayat sehinggakan hayat manusia menjadi tercemar dan korup. Contohnya, katakan saya memesan anak-anak saya di rumah supaya jangan main pemadam papan hitam. Selepas saya keluar dari rumah, mereka bermain dengan pemadam itu disebabkan sifat ingin tahu. Apabila saya sampai di rumah, saya mendapati bahawa mereka telah berbuat salah. Namun salah laku ini sekadar melanggar peraturan rumah; tidak ada apa-apa yang masuk ke dalam mereka. Akan tetapi, katakan pada kali kedua, saya meletakkan sebotol racun di rumah dan memberitahu anak-anak, 

“Jangan sekali-kali minum benda ini.” Selepas saya meninggalkan rumah, mereka mendapati bahawa botol itu seronok dimain lalu mereka juga meminum racun itu. Pada ketika ini, mereka bukan sahaja mengingkari arahan saya dan melanggar peraturan rumah, tetapi lebih teruk lagi racun telah masuk ke dalam mereka. Inilah keadaannya ketika Adam memakan buah pohon pengetahuan pada hari itu. Dia bukan sahaja mengingkari larangan Tuhan, tetapi dia juga menerima hayat Syaitan ke dalamnya. Sejak itu, manusia menjadi rumit di dalam; dia bukan hanya mempunyai hayat manusia asal yang tulus dan baik, tetapi juga mempunyai hayat Syaitan yang jahat dan korup. 

Hayat Syaitan yang dipenuhi pelbagai jenis dosa mengandungi benih segala kekorupan dan faktor kejahatan. Syaitan hidup dalam manusia dan menyebabkan manusia mempunyai “keinginan” (Yoh. 8:44) dan “berbuat dosa” (1 Yoh. 3:8). Oleh itu, hayatnya ialah akar dosa-dosa yang menyebabkan manusia menghidup keluar dosa. Berbagai-bagai jenis dosa yang dilakukan oleh manusia itu berasal daripada hayat Syaitan, iaitu hayat iblis, dalam manusia. Sejak hayat iblis ini masuk ke dalam manusia, meskipun kadangkala dia masih dapat menghidup keluar sedikit kebaikan manusia melalui hayat manusia, tetapi kebanyakan masanya dia menghidup keluar kejahatan iblis melalui hayat iblis. Ada kalanya manusia sangat lemah lembut; dia benar-benar seperti seorang manusia dan mempunyai bau manusia. Namun ada kalanya, ketika dia naik marah, dia benar-benar seperti iblis dan berbau iblis. Apabila manusia mengumbar dalam kemabukan dan jamuan mabuk liar, mencari pelacur, berjudi, dan melakukan pelbagai jenis dosa, bukankah dia berwajah iblis dan penuh dengan bau iblis? Manusia menjalani kehidupan iblis sedemikian bukanlah atas kehendak mereka sendiri; sebaliknya, hayat iblis dalam merekalah yang menipu mereka lalu menyebabkan mereka menjadi manusia jahat dan menjalani kehidupan manusia dan iblis yang campur aduk. 

Inilah keadaan sebenar dalam orang di dunia hari ini. Disebabkan manusia mempunyai hayat manusia dan juga hayat Syaitan, iaitu dua jenis hayat yang mempunyai sifat baik dan jahat yang berbeza, maka dari satu segi manusia mempunyai hasrat untuk berbuat baik dan tulus, dan dari segi yang lain manusia mempunyai kecenderungan menjadi korup dan berbuat jahat. Oleh itu, dari generasi ke generasi, ahli-ahli falsafah yang mengkaji sifat manusia mempunyai dua jenis pemikiran, iaitu manusia mempunyai “sifat baik” dan manusia mempunyai “sifat jahat”. Sebenarnya kita mempunyai dua jenis sifat ini dalam kita kerana kita mempunyai hayat yang baik dan juga hayat yang jahat.

Namun syukur kepada Tuhan, hari ini kita yang telah diselamatkan bukan hanya mempunyai hayat manusia dan hayat iblis, tetapi juga mempunyai hayat Tuhan. Sebagaimana Syaitan menyuntikkan hayatnya ke dalam kita menerusi pengkorupannya dan menyebabkan kita bersatu dengannya, diperolehnya, dan memiliki segala kejahatan sifatnya, begitu juga Tuhan meletakkan hayat-Nya ke dalam kita menerusi penyelamatan-Nya dan menyebabkan kita bersatu dengan-Nya, diperoleh-Nya, dan memiliki segala kebaikan divin sifat-Nya. Oleh itu, sebagaimana butir penting dalam kejatuhan ialah hayat, begitu juga butir penting dalam penyelamatan ialah hayat. Apabila kita datang ke meja Tuan, kita memecah roti hayat terlebih dahulu, kemudian kita minum cawan pengampunan. Ini bermaksud bahawa apabila kita mengalami penyelamatan Tuan, meskipun kita menerima darah terlebih dahulu, kemudian menerima hayat, tetapi dalam penyelamatan Tuan, yang utama ialah roti yang menandakan hayat, dan yang kedua penting ialah cawan yang menandakan darah. Oleh yang demikian, kita menerima roti dahulu, kemudian kita menerima cawan.

Apabila hayat Tuhan masuk ke dalam kita, diri kita menjadi lebih rumit berbanding dengan orang di dunia. Kita mempunyai hayat manusia yang tulus, hayat Syaitan yang jahat, dan hayat Tuhan yang baik secara divin. Ini bermaksud bahawa kita mempunyai manusia, Syaitan, dan Tuhan. Situasi tiga pihak—manusia, Tuhan, dan Syaitan—yang wujud pada hari itu di Taman Eden juga wujud dalam kita hari ini. Kita boleh mengatakan bahawa dalam diri kita terdapat satu Taman Eden kecil yang mempunyai manusia, Tuhan, dan Syaitan—ketiga-tiganya—di dalamnya. Oleh itu, pergelutan Syaitan dengan Tuhan atas manusia di Taman Eden pada hari itu juga berlaku dalam kita hari ini. Syaitan bergerak dalam kita hari ini agar kita bekerjasama dengannya demi menggenapi niat jahatnya untuk memperoleh kita; Tuhan juga bergerak dalam kita agar kita bekerjasama dengan-Nya demi menyempurnakan kehendak baik-Nya untuk memperoleh kita. Sekiranya kita hidup menurut hayat Syaitan dalam kita, maka kita akan menghidup keluar kejahatan Syaitan, dan dengan itu tergenaplah niat jahatnya pada kita. Sekiranya kita hidup menurut hayat Tuhan dalam kita, maka kita akan menghidup keluar kebaikan divin Tuhan, dan dengan itu tersempurnalah kehendak baik-Nya pada kita. Sungguhpun kadangkala kelihatan bahawa kita boleh merdeka dan tidak hidup menurut hayat Syaitan ataupun menurut hayat Tuhan dan hanya hidup menurut hayat manusia kita, namun sebenarnya kita tidak dapat merdeka; kita sama ada hidup menurut hayat Tuhan atau hidup menurut hayat Syaitan.

Oleh itu, seorang Kristian boleh menjadi tiga jenis orang yang berbeza dan menjalani tiga jenis kehidupan yang berbeza. Seorang dikbang yang sangat peramah pada waktu pagi benar-benar kelihatan seperti seorang manusia; pada waktu tengah hari, semasa dia naik marah akan isterinya, dia memang menyerupai demon; dan pada waktu malam semasa dia berdoa, dia berasa bahawa dia sudah menyalahi isterinya lalu mengaku dosa di hadapan Tuhan dan mengaku salah kepada isterinya; pada masa itu dia kelihatan seperti Tuhan. Oleh yang demikian, dalam satu hari dia menjadi tiga jenis manusia yang berbeza, menghidup keluar tiga jenis keadaan yang berbeza. Pada waktu pagi dia peramah seperti manusia, pada waktu tengah hari dia naik marah seperti demon, dan pada waktu malam, selepas menanggulangi dosa, dia menyatakan rupa Tuhan. Dalam satu hari, manusia, iblis, dan Tuhan, semuanya dinyatakan dalam kehidupannya. Dia boleh jadi begini kerana dalam dirinya terdapat hayat bagi ketiga-tiga ini—manusia, iblis, dan Tuhan. Apabila dia hidup menurut hayat manusia, dia seperti manusia; apabila dia bergerak-hidup menurut hayat iblis, dia seperti iblis; dan apabila dia bertindak menurut hayat Tuhan, dia menyatakan rupa Tuhan. Tidak kira kehidupan jenis apa yang dijalaninya, kehidupan itu berasal daripada hayat yang dihidup keluar olehnya.

Oleh yang demikian, kita harus melihat dengan jelas bahawa dalam seorang yang telah diselamatkan terdapat tiga jenis hayat yang berbeza—hayat manusia yang tercipta, hayat Syaitan yang jatuh, dan hayat Tuhan yang tidak tercipta. Walaupun kita mempunyai tiga hayat ini dalam kita, namun kita memperoleh tiga hayat ini pada tiga masa yang berlainan disebabkan tiga kejadian yang berlainan. Yang pertama, pada masa penciptaan dan menerusi penciptaan, kita memperoleh hayat manusia yang tercipta. Kedua, pada masa kejatuhan, disebabkan kita menghubungi Syaitan dan pohon pengetahuan baik dan jahat, kita beroleh hayat Syaitan yang jatuh. Ketiga, pada masa kita diselamatkan, disebabkan kita percaya kepada Anak Tuhan dan menerima-Nya, kita beroleh hayat Tuhan yang tidak tercipta. Oleh sebab pada diri kita pernah berlaku tiga kejadian ini—penciptaan, kejatuhan, dan penyelamatan—maka kita beroleh tiga hayat, iaitu hayat manusia, hayat Syaitan, dan hayat Tuhan, yang masing-masing mempunyai sifat yang berbeza. Setelah kita melihat dan mengenali hal ini, kita dapat menjadi jelas tentang jalan hayat. Memandangkan tiga hayat yang berbeza ini—manusia, Syaitan, dan Tuhan—wujud serentak dalam kita, menurut hayat mana satukah kita harus hidup? Hayat manusia? Hayat Tuhan? Atau hayat Syaitan? Apabila kita hidup menurut sesuatu hayat, kita akan menghidup keluar kehidupan hayat tersebut. Di sinilah jalan hayat! (bersambung...)

TIGA HAYAT DAN EMPAT HUKUM (Bahagian 1/6)
TIGA HAYAT DAN EMPAT HUKUM (Bahagian 3/6)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)