Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian PERBEZAAN ANTARA ROH DENGAN SUKMA (Bahagian 1/4)
PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 4/4)
PERBEZAAN ANTARA ROH DENGAN SUKMA (Bahagian 2/4)
PERBEZAAN ANTARA ROH DENGAN SUKMA (Bahagian 1/4)
2020-08-29 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (123)

Nota Editor:

“Jika kita ingin mempunyai pertumbuhan rohani yang sebenar dalam hayat, maka kita perlu mengetahui bahawa roh dan sukma ialah dua benda yang berlainan, dan kita juga harus dapat membezakan roh dan sukma, mentamyizkan apa itu roh dan apa itu sukma, dan apa yang rohani dan apa yang sukmawi. Jika kita dapat mentamyizkan perbezaan antara roh dengan sukma, maka kita dapat menyangkal sukma, diselamatkan daripada sukma, dan hidup melalui roh di hadapan Tuhan.”

“Penyelamatan Tuan bukan sahaja menyelamatkan kita daripada dosa dan tubuh daging, tetapi juga menyelamatkan kita daripada sukma. Penyelamatan Tuan bukan sahaja menjadikan kita orang yang tidak bersifat dosa dan tubuh daging, malah juga menjadikan kita orang yang tidak bersifat sukmawi tetapi bersifat rohani.” 

“Seorang dikbang atau dikkak mungkin sangat bermoral dan sangat baik, tetapi berkenaan hal-hal Roh Tuhan, dia mungkin tidak memahami, tidak mendambakan, tidak menghayati, malah tidak menerima, kerana dia hidup melalui sukma dan bersifat sukmawi.”

PERBEZAAN ANTARA ROH DENGAN SUKMA
(Bahagian 1/4)

(Pengetahuan Hayat, Bab 8)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Ibr. 4:12 “Kerana sabda Tuhan adalah hidup dan beroperasi serta lebih tajam daripada sebarang pedang yang bermata dua, dan menusuk sehingga memisahkan sukma dan roh serta sendi dan sumsum, dan berupaya mentamyizkan pemikiran dan niat hati.”

1 Kor. 2:14-15 “Tetapi manusia sukmawi tidak menerima hal-hal Roh Tuhan, kerana hal-hal ini ialah kejahilan baginya dan dia tidak dapat faham kerana hal-hal ini ditamyizkan secara rohani. Sebaliknya, manusia rohani mentamyizkan segala sesuatu, tetapi dia sendiri tidak ditamyizkan seorang pun.”

Kita telah melihat perasaan roh dan mengenali roh. Sekarang kita akan melihat perbezaan antara roh dengan sukma.

I. Pengasingan Roh dan Sukma

Golongan bergelar ahli psikologi menganalisis manusia dan membahagikannya kepada dua bahagian: metafizikal dan fizikal. Bahagian fizikal merujuk kepada tubuh, manakala bahagian metafizikal merujuk kepada jiwa, iaitu sukma yang disebut dalam Bible. Mereka mengatakan bahawa dalam tubuh manusia, hanya terdapat jiwa, iaitu sukma. Akan tetapi, Bible memberitahu kita bahawa dalam manusia, selain sukma, terdapat juga roh. Satu Tesalonika 5:23 bukan sahaja memperkatakan “sukma”, tetapi juga memperkatakan “roh dan sukma”. Roh dan sukma ialah dua benda dan mempunyai perbezaan. Oleh itu, Ibrani 4:12 berbicara tentang memisahkan sukma dan roh.

Jika kita ingin mempunyai pertumbuhan rohani yang sebenar dalam hayat, maka kita perlu mengetahui bahawa roh dan sukma ialah dua benda yang berlainan, dan kita juga harus dapat membezakan roh dan sukma, mentamyizkan apa itu roh dan apa itu sukma, dan apa yang rohani dan apa yang sukmawi. Jika kita dapat mentamyizkan perbezaan antara roh dengan sukma, maka kita dapat menyangkal sukma, diselamatkan daripada sukma, dan hidup melalui roh di hadapan Tuhan. 

A. Sukma Bertentangan dengan Roh

Satu Korintus 2:14-15 berbicara tentang dua kumpulan manusia: Yang satu ialah manusia sukmawi, dan yang satu lagi ialah manusia rohani. Ini menunjukkan kepada kita bahawa manusia mungkin hidup melalui dua benda yang berbeza ini, yakni sukma dan roh, dan kepunyaan dua benda yang berbeza ini. Manusia mungkin hidup melalui sukma dan kepunyaan sukma, dengan itu menjadi “manusia sukmawi”. Manusia juga mungkin hidup melalui roh dan kepunyaan roh, dengan itu menjadi “manusia rohani”. Jika seseorang itu rohani, maka dia dapat mentamyizkan dan menerima hal-hal Roh Tuhan. Akan tetapi, jika seseorang itu sukmawi, maka dia tidak dapat menerima hal-hal sedemikian, malah tidak dapat memahaminya. Hal ini menunjukkan bahawa sukma bertentangan dengan roh. Roh dapat berkomunikasi dengan Tuhan dan mentamyizkan hal-hal Roh Tuhan; sukma pula tidak dapat berbuat demikian. Terhadap hal-hal Roh Tuhan, sukma tidak cocok dengannya dan tidak mempunyai pemahaman langsung. Roh suka menghayati dan menerima hal-hal Tuhan tetapi sukma bukanlah sedemikian; sukma bukan sahaja “tidak menerima” hal-hal ini, bahkan menganggap “hal-hal ini ialah kejahilan”.

Dalam Bible, bukan sahaja terdapat Roma 8 yang menunjukkan kepada kita bahawa tubuh daging bertentangan dengan roh, tetapi juga terdapat 1 Korintus 2 yang menunjukkan kepada kita bahawa sukma juga bertentangan dengan roh. Apabila manusia hidup melalui tubuh daging, dia kepunyaan tubuh daging dan bukan kepunyaan roh; demikian juga, apabila manusia hidup melalui sukma, dia kepunyaan sukma dan bukan kepunyaan roh. Ketika berbicara tentang tubuh daging, Roma 8 menekankan hubungan tubuh daging dengan dosa; oleh itu, sesiapa yang berdosa adalah bersifat tubuh daging. Namun sukma tidak semestinya berkaitan secara langsung dengan dosa. Kerap kali, manusia mungkin tidak berbuat dosa dan tidak bersifat tubuh daging (seperti yang dianggap oleh manusia), namun dia masih adalah sukmawi dan tidak rohani. (Sebenarnya, apabila manusia adalah sukmawi, dia juga bersifat tubuh daging kerana sukma manusia telah jatuh di bawah tubuh daging manusia. Akan tetapi, ketika kita berbicara tentang sukma itu sendiri, terdapat perbezaan antara bersifat sukmawi dengan bersifat tubuh daging.) Oleh sebab itu, biarpun kita tidak berbuat dosa dan telah dibebaskan daripada dosa, dan kita tidak bersifat tubuh daging menurut pandangan manusia, namun ini tidak semestinya bermaksud kita bersifat rohani dan tidak bersifat sukmawi; ini juga tidak semestinya bermaksud kita pasti dapat memahami hal-hal Roh Tuhan, atau kita dapat menanggap-faham, menghayati, dan menerima hal-hal Tuhan. Kita selalu beranggapan bahawa asalkan kita dapat dibebaskan daripada dosa dan tidak mengumbar dalam tubuh daging, maka kita dapat menjadi rohani, berkomunikasi dengan Tuhan, dan memahami hal-hal Roh Tuhan. Tidak, hal ini tidak semestinya begini! Berkemungkinan besar bahawa sungguhpun kita kelihatan telah dibebaskan daripada dosa dan tidak mengumbar dalam tubuh daging, namun kita masih hidup melalui sukma dan tidak hidup melalui roh.

Penyelamatan Tuan bukan sahaja menyelamatkan kita daripada dosa dan tubuh daging, tetapi juga menyelamatkan kita daripada sukma. Penyelamatan Tuan bukan sahaja menjadikan kita orang yang tidak bersifat dosa dan tubuh daging, malah juga menjadikan kita orang yang tidak bersifat sukmawi tetapi bersifat rohani. Penyelamatan-Nya bukan sahaja menyelamatkan kita ke tahap moral agar kita menjadi orang yang bermoral, malah menyelamatkan kita ke tahap rohani agar kita menjadi orang rohani. Seorang yang bermoral tidak semestinya seorang yang rohani; sebaliknya, kemungkinan besar dia seorang yang sukmawi, seorang yang hidup melalui sukma. Oleh itu, seorang dikbang atau dikkak mungkin sangat bermoral dan sangat baik, tetapi berkenaan hal-hal Roh Tuhan, dia mungkin tidak memahami, tidak mendambakan, tidak menghayati, malah tidak menerima, kerana dia hidup melalui sukma dan bersifat sukmawi. (bersambung...)

PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 4/4)
PERBEZAAN ANTARA ROH DENGAN SUKMA (Bahagian 2/4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)