Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 4/4)
PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 3/4)
PERBEZAAN ANTARA ROH DENGAN SUKMA (Bahagian 1/4)
PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 4/4)
2020-08-28 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (122)

Nota Editor:

“Maut bukan sahaja bertentangan dengan hayat, tetapi juga bertentangan dengan damai sejahtera. Sehubungan itu, perasaan maut bukan sahaja bertentangan dengan perasaan hayat, tetapi juga bertentangan perasaan damai sejahtera...Tidak kira apa jua yang kita buat, sama ada kita berfikir bahawa sesuatu itu betul atau salah, rohani atau tidak rohani, jika batin kita berasa tidak tenang, tidak wajar, kosong, dan murung, maka ini membuktikan bahawa kita bergerak-hidup melalui tubuh daging dan bukan hidup dalam roh. Jangankan melakukan perkara lain atau melakukan perkara yang tidak baik, bahkan berdoa dan menyampaikan mesej pun, kalau kita berasa kosong dan murung di dalam, kita berasa tidak puas hati atau tidak gembira, maka ini membuktikan bahawa kita berdoa atau menyampaikan mesej melalui tubuh daging, bukan dalam roh.”

“Jika kita bergerak dan hidup dengan mengikut perasaan roh dengan rapat, maka kita mengikut roh dan meletakkan minda pada roh. Jika kita mengikut sifat semula jadi hukum Roh hayat, mengendahkan perasaan hayat dan damai sejahtera, tidak mengabaikan amaran yang diberikan kepada kita oleh perasaan maut, dan hidup dalam perasaan ini, maka kita hidup dalam roh. Semua perasaan ini berasal daripada roh, maka semua perasaan ini dapat menyebabkan kita menyentuh roh dan dengan itu mengenali roh.” 

PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH
(Bahagian 4/4)

(Pengetahuan Hayat, Bab 7)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Roma 8:2 “Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut.”

Roma 8:6 “Kerana minda diletakkan pada tubuh daging ialah maut, tetapi minda diletakkan pada roh ialah hayat dan damai sejahtera.”

VI. Perasaan Maut

Terdapat satu perbandingan dalam Roma 8:6. Dutus mengatakan bahawa hasil daripada meletakkan minda pada tubuh daging ialah maut, manakala hasil daripada meletakkan minda pada roh ialah hayat dan damai sejahtera. Kata-kata ini menunjukkan kepada kita bahawa sebagaimana tubuh daging bertentangan dengan roh, begitu juga hasil daripada meletakkan minda pada tubuh daging, iaitu maut, bertentangan dengan hasil daripada meletakkan minda pada roh, iaitu hayat dan damai sejahtera. Oleh itu, dutus memberitahu kita di sini bahawa maut bukan sahaja bertentangan dengan hayat, tetapi juga bertentangan dengan damai sejahtera. Sehubungan itu, perasaan maut bukan sahaja bertentangan dengan perasaan hayat, tetapi juga bertentangan perasaan damai sejahtera. Perasaan hayat membuat kita berasa segar, cergas, puas, dan bertenaga; perasaan maut pula membuat kita mempunyai perasaan yang bertentangan dengan semua ini, iaitu tua, murung, kosong, dan tidak berdaya. Perasaan damai sejahtera membuat kita berasa semula jadi, berpatutan, rehat, dan selesa. Perasaan maut pula membuat kita mempunyai perasaan yang bertentangan dengan semua ini, iaitu rasa terpaksa, tidak berpatutan, tidak ada rehat, dan tidak selesa. Oleh itu, bila-bila masa kita berasa sepi, murung, kosong, kering, lemah dan tidak berdaya, gelap dan suram, atau berasa tidak ada rehat, tidak tenang, tidak selesa, tidak harmoni, bercanggah, terpaksa, tidak ada keriangan, dan tidak ada kebebasan, maka kita harus tahu bahawa kita bukan hidup dalam roh, tetapi kita hidup bertentangan dengan roh, iaitu dalam tubuh daging.

Tubuh daging yang dibicarakan oleh dutus di sini bukan sahaja merujuk kepada nafsu tubuh daging kita seperti yang dianggap oleh banyak orang, tetapi juga merujuk kepada seluruh manusia lama kita. Segala apa yang kepunyaan manusia baru dalaman kita itu kepunyaan roh; demikian juga, segala apa yang kepunyaan manusia lama luaran kita itu kepunyaan tubuh daging. Apa-apa sahaja yang bukan berasal daripada roh dan kepunyaan roh itu berasal daripada tubuh daging dan kepunyaan tubuh daging. Walaupun sukma berbeza daripada tubuh daging, tetapi disebabkan sukma telah jatuh dan menjadi kepunyaan tubuh daging, maka segala-gala yang berasal daripada sukma atau kepunyaan sukma juga berasal daripada tubuh daging dan kepunyaan tubuh daging. Oleh sebab itu, jika kita hidup melalui sukma, itu bermaksud kita hidup menurut tubuh daging. Tidak kira kita meletakkan minda pada tubuh daging atau meletakkan minda pada sukma, kita meletakkan minda pada tubuh daging. Akibat daripada meletakkan minda pada tubuh daging ialah maut. Perasaan maut ini menyebabkan kita berasa murung dan kosong atau berasa tidak tenang dan tidak wajar. Sebaik sahaja kita mempunyai perasaan sebegini, kita harus tahu bahawa kita meletakkan minda pada tubuh daging dan hidup dalam tubuh daging atau sukma. Perasaan sebegini membuat kita mengetahui bahawa lawan bagi roh ialah tubuh daging, dan mengenalinya. Dengan mengenali lawan bagi roh, kita dapat mengenali roh itu sendiri.

Tidak kira apa jua yang kita buat, sama ada kita berfikir bahawa sesuatu itu betul atau salah, rohani atau tidak rohani, jika batin kita berasa tidak tenang, tidak wajar, kosong, dan murung, maka ini membuktikan bahawa kita bergerak-hidup melalui tubuh daging dan bukan hidup dalam roh. Jangankan melakukan perkara lain atau melakukan perkara yang tidak baik, bahkan berdoa dan menyampaikan mesej pun, kalau kita berasa kosong dan murung di dalam, kita berasa tidak puas hati atau tidak gembira, maka ini membuktikan bahawa kita berdoa atau menyampaikan mesej melalui tubuh daging, bukan dalam roh. Kerap kali kita berdoa melalui otak—iaitu melalui tubuh daging kerana bukan dalam roh—seperti menghafal buku. Semakin kita berdoa, semakin kita berasa kering dan murung, tidak ada penyiraman dan kegirangan. Setelah berdoa, kita berasa kosong dan tidak berasa puas. Berdoa dengan menggunakan otak menyebabkan roh kita tidak dapat memperoleh bekalan hayat, tetapi hanya menyentuh perasaan maut. Walaupun apa yang kita doakan itu agak munasabah tetapi bukan dalam roh, maka kita tidak dapat menyentuh penyiraman dan kegirangan daripada hayat dan damai sejahtera tetapi hanya merasakan kekeringan dan kemurungan maut. Kerap kali, penyampaian mesej kita juga sedemikian. Apabila kita bukan berbicara menurut roh tetapi berbicara dengan menggunakan otak, kita berasa kosong dan kering di dalam, iaitu kita mempunyai perasaan maut; kita tidak berasa puas atau disirami, iaitu kita tidak mempunyai perasaan hayat. Jika kita berada dalam roh, berbicara menurut roh, maka kita akan berasa puas dan rehat di dalam, iaitu kita merasakan hayat dan damai sejahtera. Oleh itu, melalui perasaan sebegini, kita dapat mengetahui sama ada apa yang kita lakukan itu berada dalam tubuh daging atau dalam roh. Perasaan yang sedemikian membuat kita mengenali tubuh daging. Dengan mengenali tubuh daging, kita dapat mengenali roh.

Maut bukan sahaja menyebabkan kita mempunyai perasaan murung, kosong, tidak tenang, dan tidak gembira, tetapi juga menyebabkan kita kehilangan perasaan hayat. Perasaan kepunyaan maut yang sedemikian ialah amaran kepada kita supaya kita diselamatkan daripada tubuh daging dan hidup dalam roh. Jika kita mempunyai perasaan maut yang sedemikian tetapi tidak diselamatkan daripada kehidupan tubuh daging, malah terus bertindak dan berperilaku melalui tubuh daging, maka selepas suatu jangka masa yang panjang, maut akan menyebabkan roh dalam kita itu kehilangan perasaan lalu menjadi lali. Kalau roh dalam kita itu lali dan tidak berperasaan, ini kerana kita hidup menurut tubuh daging buat suatu jangka masa yang panjang sehinggakan roh kita dirosakkan oleh maut. Oleh yang demikian, kita dapat dan kita harus tahu bagaimana menjaga roh kita dan tahu sama ada kita hidup dalam roh atau tidak.

VII. Mengenali Roh Melalui Perasaan Roh

Semua perasaan yang telah dibicarakan di atas ialah perasaan yang diberikan kepada kita oleh roh hayat dalam kita; dengan itu, kita boleh mengatakan bahawa semua perasaan ini ialah perasaan roh. Jika kita ingin mengenali roh secara langsung, itu agak susah; namun jika kita mengenali roh itu sendiri melalui semua perasaan roh, itu lebih mudah. Kita tidak dapat memahami apa sebenarnya roh itu. Akan tetapi, melalui perasaan roh, tidaklah susah bagi kita mengenalinya. Jika kita bergerak dan hidup dengan mengikut perasaan roh dengan rapat, maka kita mengikut roh dan meletakkan minda pada roh. Jika kita mengikut sifat semula jadi hukum Roh hayat, mengendahkan perasaan hayat dan damai sejahtera, tidak mengabaikan amaran yang diberikan kepada kita oleh perasaan maut, dan hidup dalam perasaan ini, maka kita hidup dalam roh. Semua perasaan ini berasal daripada roh, maka semua perasaan ini dapat menyebabkan kita menyentuh roh dan dengan itu mengenali roh.

PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 3/4)
PERBEZAAN ANTARA ROH DENGAN SUKMA (Bahagian 1/4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)