Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 3/4)
PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 2/4)
PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 4/4)
PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 3/4)
2020-08-27 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (121)

Nota Editor:

“Dalam Roh hayat yang berada dalam kita bukan sahaja terdapat hayat Tuhan, tetapi juga terdapat satu hukum. Hukum ini hukum hayat Tuhan...Kita tidak memerlukan orang lain memberitahu kita sama ada segala apanya kita dan segala-gala yang kita buat sebagai orang Kristian berada dalam roh atau tidak, sama ada kita meletakkan minda pada roh dan diperkenan Tuhan atau tidak; hukum hayat dalam roh kita akan memberi kita perasaan secara semula jadi.”

“Semakin kita hidup dalam roh dan semakin apanya kita dan apa yang kita buat itu serasi dengan sifat roh hayat dalam kita, semakin hukum hayat dalam roh kita ini menyebabkan kita berasa semula jadi. Jika kita sebagai orang Kristian adalah tidak semula jadi, maka ini membuktikan bahawa kita mempunyai masalah dan tidak hidup dalam roh. Oleh sebab roh hayat dalam kita itu satu hukum rohani yang semula jadi, maka hanya apabila kehidupan dan kerja kita serasi dengan sifat rohaninya, barulah kita dapat berasa semula jadi di dalam.”

“Tambahan pula, roh dalam kita—roh yang berbaur dengan hayat Tuhan—juga manusia baru dalam kita. Jika kita meletakkan minda pada roh hayat dalam tindakan dan kelakuan luaran kita, maka kita hidup melalui manusia baru yang rohani dalam kita. Dengan demikian, manusia dalaman kita dan tindakan luaran kita adalah serasi, dengan itu kita berasa semula jadi dan damai sejahtera.”

PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH
(Bahagian 3/4)

(Pengetahuan Hayat, Bab 7)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Roma 8:2 “Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut.”

Roma 8:6 “Kerana minda diletakkan pada tubuh daging ialah maut, tetapi minda diletakkan pada roh ialah hayat dan damai sejahtera.”

IV. Perasaan Hukum Roh Hayat

Dalam Roh hayat yang berada dalam kita bukan sahaja terdapat hayat Tuhan, tetapi juga terdapat satu hukum. Hukum ini hukum hayat Tuhan. Setiap hayat mempunyai hukumnya. Hayat dalam tubuh kita mempunyai hukumnya dalam tubuh kita. Segala apa yang serasi dengan sifat tubuh kita akan dipersetujui dan diterima oleh hukumnya; jika tidak, hukumnya akan menentang dan menolaknya. Begitu juga, hayat Tuhan dalam roh kita juga mempunyai hukumnya. Hukum ini kepunyaan roh dan terletak pada roh, maka sifatnya benar-benar rohani dan sama sekali rohani. Jika segala apanya kita dan segala-gala yang kita buat itu serasi dengan sifat rohaninya, maka hukum dalam roh kita ini mempersetujui dan menerimanya. Jika tidak, hukum ini akan menentang dan menolaknya. Segala-gala yang dipersetujui dan diterimanya itu pasti berasal daripada roh kerana hanya apa yang berasal daripada roh itu serasi dengan sifat rohaninya. Oleh itu, segala apanya kita dan segala-gala yang kita buat itu haruslah berasal daripada roh dan dalam roh, dengan itu barulah hukum hayat dalam roh kita akan mempersetujui dan menerimanya.

Hukum hayat dalam roh kita ini kepunyaan alam perasaan dan mempunyai perasaannya. Segala-gala yang dipersetujui dan diterimanya atau ditentang dan ditolaknya itu dimaklumkan melalui apa yang dirasakannya dan apa yang ia ingin kita rasakan. Jika segala apanya kita dan segala-gala yang kita buat itu adalah dalam roh dan serasi dengan sifat roh hayat dalam kita, maka hukum ini akan menyebabkan kita berasa bahawa ia mempersetujui dan menerimanya; jika tidak, hukum ini akan menyebabkan kita berasa bahawa ia menentang dan menolaknya. Dengan demikian, melalui perasaan hukum ini, kita dapat mengetahui sama ada kita hidup dalam roh dan bergerak menurut roh atau tidak. Memandangkan hukum ini ialah hukum roh hayat dalam kita, maka perasaan hukum ini ialah perasaan roh hayat dalam kita. Dengan demikian, perasaan hukum ini dapat menyebabkan kita mengenali roh di dalam. 

Hukum ialah sesuatu yang semula jadi. Oleh itu, perasaan yang diberinya juga adalah semula jadi. Misalnya, semasa kamu minum segelas jus buah, kamu secara semula jadi berasa bahawa jus ini manis kerana dalam tubuh kamu terdapat satu hukum hayat fizikal yang menyebabkan kamu berasa demikian secara semula jadi. Sebaik sahaja bibir kamu mengecap jus itu, kamu segera merasai kemanisannya. Perasaan semula jadi ini merupakan satu hukum hayat bagi tubuh kamu. Hukum ini secara semula jadi menyebabkan kamu mengecap rasa jus itu. Begitu juga dengan hukum hayat dalam roh kita. Kita tidak memerlukan orang lain memberitahu kita sama ada segala apanya kita dan segala-gala yang kita buat sebagai orang Kristian berada dalam roh atau tidak, sama ada kita meletakkan minda pada roh dan diperkenan Tuhan atau tidak; hukum hayat dalam roh kita akan memberi kita perasaan secara semula jadi. Perasaan semula jadi yang diberikan kepada kita oleh hukum hayat ini ialah satu fungsi semula jadi bagi roh hayat dalam kita. Melalui ini, kita dapat tahu dengan mudah sama ada kita hidup dalam roh atau tidak. 

Perasaan yang diberi oleh hukum hayat kepada kita itu bukan sahaja semula jadi, malah menjadikan kita semula jadi. Semakin kita hidup dalam roh dan semakin apanya kita dan apa yang kita buat itu serasi dengan sifat roh hayat dalam kita, semakin hukum hayat dalam roh kita ini menyebabkan kita berasa semula jadi. Jika kita sebagai orang Kristian adalah tidak semula jadi, maka ini membuktikan bahawa kita mempunyai masalah dan tidak hidup dalam roh. Oleh sebab roh hayat dalam kita itu satu hukum rohani yang semula jadi, maka hanya apabila kehidupan dan kerja kita serasi dengan sifat rohaninya, barulah kita dapat berasa semula jadi di dalam. Apabila kita berasa semula jadi di dalam, ini membuktikan bahawa kita hidup menurut hukum hayat dalam roh kita. Perasaan semula jadi yang diberikan kepada kita oleh hukum hayat dalam kita ini menyebabkan kita mengetahui bahawa kita hidup dalam roh dan bergerak menurut roh. Oleh yang demikian, jika kita mengikut hukum hayat dalam roh kita atau jika kita mengikut perasaan semula jadi yang diberikan kepada kita oleh hukum hayat ini, maka ini bermaksud bahawa kita mengikut roh hayat dalam kita. Secara ringkasnya, mengikut perasaan hukum hayat dalam roh bererti mengikut roh kerana perasaan hukum hayat dalam roh ialah perasaan roh itu sendiri.

V. Perasaan Damai Sejahtera

Roh hayat dalam kita bukan sahaja merupakan tempat beradanya Roh Tuhan dan hayat Tuhan, tetapi juga tempat beradanya manusia baru. Tambahan pula, roh dalam kita — roh yang berbaur dengan hayat Tuhan — juga manusia baru dalam kita. Jika kita meletakkan minda pada roh hayat dalam tindakan dan kelakuan luaran kita, maka kita hidup melalui manusia baru yang rohani dalam kita. Dengan demikian, manusia dalaman kita dan tindakan luaran kita adalah serasi, dengan itu kita berasa semula jadi dan damai sejahtera. Kita boleh mengatakan bahawa perasaan yang semula jadi dan damai sejahtera ini ialah hasil daripada perasaan hukum roh hayat. Jika kita meletakkan minda pada roh hayat dalam kita, maka sudah tentu kita bergerak dan hidup menurut hukum roh hayat dalam kita. Ini menyebabkan kita berasa semula jadi dari dalam dan mempunyai perasaan damai sejahtera. Perasaan damai sejahtera ini seiring dengan perasaan hayat. Perasaan hayat adalah segar dan cergas; perasaan damai sejahtera adalah semula jadi dan berpatutan. Perasaan hayat ialah rasa puas dan bertenaga; perasaan damai sejahtera ialah rasa rehat dan selesa. Jika kita meletakkan minda pada roh serta bergerak dan hidup menurut roh, maka kita bukan sahaja mempunyai perasaan hayat yang membuat kita berasa segar, cergas, puas, dan bertenaga, tetapi juga mempunyai perasaan damai sejahtera yang membuat kita berasa semula jadi, berpatutan, rehat, dan selesa. Perasaan sedemikian jugalah perasaan roh. Sebaik sahaja kita mempunyai perasaan sedemikian, kita dapat mengetahui bahawa kita hidup dalam roh. Apabila kita mengikut perasaan sedemikian, kita mengikut perasaan roh, iaitu mengikut roh. Perasaan sedemikian membolehkan kita mengetahui dan mengenali roh. Semakin kita bergerak menurut roh dan hidup dalam roh, semakin kaya dan dalamnya perasaan sebegini dalam kita. (bersambung...)

PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 2/4)
PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 4/4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)