Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 2/4)
PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 1/4)
PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 3/4)
PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 2/4)
2020-08-26 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (120)

Nota Editor:

“Pada asalnya, roh kita hanyalah roh manusia dan roh kita adalah mati. Sekarang, apabila Roh Tuhan masuk, Dia bukan sahaja menghidupkan roh kita, tetapi juga menambahkan hayat Tuhan ke dalam roh kita. Sekarang, roh kita bukan sekadar dihidupkan, malah mempunyai hayat Tuhan; bukan sekadar merupakan roh, malah merupakan roh hayat.”

“Oleh sebab hayat ini kepunyaan Tuhan, segar dan cergas, kuat bertenaga, terang dan kudus, benar dan bukan sia-sia, maka perasaan hayatnya tentu membolehkan kita merasakan hadirat Tuhan, berasa segar dan hidup, kuat bertenaga, terang dan kudus, benar dan bukan sia-sia. Apabila kita mempunyai perasaan sebegini, kita mengetahui bahawa kita meletakkan minda pada roh, bergerak-hidup menurut roh, dan hidup dalam roh. Perasaan sebegini ialah perasaan hayat dalam roh kita atau perasaan roh hayat kita yang membimbing kita dari dalam agar bergerak-hidup menurut roh dan hidup melalui roh.” 

“Roh itu sendiri agak susah kita rasakan, namun kita dengan mudahnya dapat merasakan perasaan hayat sebegini dalam roh. Jika kita mengikut perasaan sebegini dengan rapat, maka kita akan mengenali roh dan hidup dalam roh.”

PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH
(Bahagian 2/4)

(Pengetahuan Hayat, Bab 7)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Roma 8:2 “Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut.”

Roma 8:16 “Roh itu sendiri bersaksi bersama dengan roh kita bahawa kita ialah anak-anak Tuhan.”

III. Perasaan hayat

Hayat yang dibicarakan di sini ialah hayat bagi Roh hayat. Oleh itu, hayat ini kepunyaan Roh, daripada Roh, dan terletak pada Roh. Roh yang pada-Nya hayat ini terletak, bukan sahaja merupakan Roh Tuhan, tetapi juga merupakan roh kita, iaitu Roh Tuhan dan roh kita berbaur menjadi satu. Pada zaman Wasiat Lama, Roh Tuhan hanya turun ke atas manusia supaya manusia menerima kudrat Tuhan di luar. Roh Tuhan belum masuk ke dalam manusia supaya mereka dapat menerima hayat Tuhan di dalam. Oleh yang demikian, pada zaman Wasiat Lama, Roh Tuhan hanya merupakan Roh kudrat dan masih bukan Roh hayat. Hingga zaman Wasiat Baru, barulah Roh Tuhan masuk ke dalam manusia sebagai Roh hayat supaya manusia menerima hayat Tuhan di dalam. Pada hari ini, pada zaman Wasiat Baru, Roh Tuhan bukan sahaja Roh kudrat, tetapi juga Roh hayat. Dia bukan sahaja turun ke atas manusia, menyebabkan mereka beroleh kudrat Tuhan secara luaran, dan Dia bukan sahaja menggerakkan manusia supaya mereka mengenali dosa, mengaku dosa, bertaubat, dan percaya kepada Tuan, malah Dia masuk ke dalam manusia supaya mereka beroleh hayat Tuhan secara dalaman, dan Dia juga huni dalam mereka sebagai Roh hayat. Apabila kita digerakkan oleh-Nya lalu bertaubat, percaya, dan menerima Tuan Yesus sebagai Penyelamat, Dia masuk ke dalam kita dan meletakkan hayat Tuhan dalam kita. Pada masa ini, Dia masuk ke dalam kita sebagai Roh hayat, Roh hayat Tuhan. Hayat Tuhan ada dalam-Nya, dan Dialah hayat Tuhan; dengan itu Dia memasuki kita bererti hayat Tuhan memasuki kita. Dia masuk ke dalam kita bersama dengan hayat Tuhan sebagai Roh hayat. Apabila Dia masuk ke dalam kita, Dia masuk ke dalam roh kita, bukan ke dalam minda, emosi, atau tekad kita. Dia masuk ke dalam roh kita, meletakkan hayat Tuhan ke dalam roh kita, dan menghuni roh kita; dengan demikian, Roh hayat berbaur dengan roh kita. Sekarang, Roh Tuhan bersama dengan hayat Tuhan (Dialah hayat Tuhan itu) menghuni roh kita supaya Dia sendiri, hayat Tuhan, dan roh kita — ketiga-tiganya — berbaur menjadi satu dan tidak dapat dipisahkan lagi. 

Kita boleh menggunakan ilustrasi sebiji gelas yang pada asalnya berisikan air kosong di dalamnya. Kemudian, kita mencampurkan jus buah yang pekat dan gula ke dalamnya dan air itu menjadi segelas air jus gula, iaitu minuman tiga-dalam-satu. Air menandakan roh kita, jus buah-buahan mewakili Roh Tuhan, dan gula menandakan hayat Tuhan. Roh Tuhan yang mengandungi hayat Tuhan berbaur dengan roh kita, dengan demikian menyebabkan ketiga-tiga ini — Roh Tuhan, hayat Tuhan, dan roh kita — menjadi roh hayat yang tiga-dalam-satu. Inilah yang dibicarakan dalam Roma 8:2.

Oleh itu, roh yang padanya terletak hayat bagi Roh hayat, yang kita sebut di sini, termasuk Roh Tuhan dan roh kita. Roh ini merupakan pembauran Roh Tuhan dengan roh kita. Penterjemah Bible pada masa itu memahami Roh yang disebut dalam Roma 8 di sini sebagai Roh Kudus, maka mereka menulis Roh dengan huruf besar R. Banyak pembaca Bible juga beranggapan bahawa Roh yang disebut di sini hanya merujuk kepada Roh Kudus. Akan tetapi, hakikat dan pengalaman rohani memberitahu kita bahawa Roh yang disebut di sini ialah pembauran Roh Kudus dengan roh kita. Dalam ayat 16 bab ini, dutus memaparkan hakikat rohani ini (yang juga merupakan pengalaman rohani kita). Dia berkata, “Roh itu bersaksi bersama dengan roh kita.” Dengan berkata demikian, Dia memberitahu kita dengan jelas bahawa roh yang disebutnya sebelum ini ialah satu roh yang merupakan pembauran “Roh itu bersama dengan roh kita”. Kita boleh mengatakan bahawa roh ini Roh Kudus, dan tidak salah juga jika kita mengatakan bahawa roh ini roh kita. Hal ini sama seperti air di dalam gelas yang bercampur dengan jus buah yang pekat. Kamu boleh mengatakan bahawa itu jus buah, dan kamu juga boleh mengatakan bahawa itu air. Ini kerana kedua-duanya telah berbaur menjadi satu benda. Begitu juga, Roh Kudus dan roh kita telah berbaur menjadi satu roh. Dalam satu roh yang merupakan pembauran dua roh ini, terdapat hayat yang dikurniakan Tuhan kepada kita; maka roh ini menjadi roh hayat. Secara ringkasnya, hayat Tuhan terdapat dalam Roh Tuhan, dan Roh Tuhan masuk ke dalam roh kita; maka ketiga-tiganya berbaur sebagai satu dan menjadi roh hayat. 

Pada asalnya, roh kita hanyalah roh manusia dan roh kita adalah mati. Sekarang, apabila Roh Tuhan masuk, Dia bukan sahaja menghidupkan roh kita, tetapi juga menambahkan hayat Tuhan ke dalam roh kita. Sekarang, roh kita bukan sekadar dihidupkan, malah mempunyai hayat Tuhan; bukan sekadar merupakan roh, malah merupakan roh hayat. Semua perasaan hayat dalam roh ini membolehkan kita mengenali roh ini. Apabila kita bergerak-hidup dengan meletakkan minda pada roh ini, dan apabila segala tindakan dan perbuatan kita menurut roh ini, hayat dalam roh ini akan menyebabkan kita mempunyai perasaan hayat ini. Oleh sebab hayat ini kepunyaan Tuhan, segar dan cergas, kuat bertenaga, terang dan kudus, benar dan bukan sia-sia, maka perasaan hayatnya tentu membolehkan kita merasakan hadirat Tuhan, berasa segar dan hidup, kuat bertenaga, terang dan kudus, benar dan bukan sia-sia. Apabila kita mempunyai perasaan sebegini, kita mengetahui bahawa kita meletakkan minda pada roh, bergerak-hidup menurut roh, dan hidup dalam roh. Perasaan sebegini ialah perasaan hayat dalam roh kita atau perasaan roh hayat kita yang membimbing kita dari dalam agar bergerak-hidup menurut roh dan hidup melalui roh. Apabila kita menyentuh perasaan sebegini, kita menyentuh roh. Apabila kita mengendahkan perasaan sebegini, kita mengendahkan roh. Roh itu sendiri agak susah kita rasakan, namun kita dengan mudahnya dapat merasakan perasaan hayat sebegini dalam roh. Jika kita mengikut perasaan sebegini dengan rapat, maka kita akan mengenali roh dan hidup dalam roh.

Boleh dikatakan bahawa hayat Tuhan dalam kita itu Tuhan sendiri; dengan itu perasaan hayat ini pasti membuat kita merasakan Tuhan sendiri. Jika kita hidup dalam roh dan bergerak dengan meletakkan minda pada roh, maka perasaan hayat ini akan menyebabkan kita berasa bahawa kita menyentuh Tuhan, dan menyebabkan kita berasa bahawa Tuhan berada dalam kita sebagai hayat, kudrat, dan segala-gala kepada kita supaya kita gembira, tenang, selesa, dan puas. Apabila kita menyentuh Tuhan dengan demikian dalam perasaan hayat batiniah, kita menyentuh hayat; dengan itu, kita dapat mengetahui bahawa kita hidup dalam roh dan meletakkan minda pada roh.

Memandangkan roh, yang padanya terletak hayat bagi roh hayat, ialah pembauran Roh Tuhan dengan roh kita, maka apa jua perasaan yang diberikan oleh perasaan hayat ini kepada kita semestinya merupakan kisah Roh Tuhan dalam roh kita. Roh Tuhan dalam roh kita mewahikan Kristus kepada kita, menyalurkan Tuhan dalam Kristus kepada kita, dan membolehkan kita mengalami Kristus dan menghubungi Tuhan dalam roh. Dengan demikian, Roh Tuhan menyebabkan kita mengalami Kristus — iaitu mengalami Tuhan — sebagai hayat kita, dan juga menyebabkan kita mengalami hayat — iaitu mengalami hayat Tuhan dalam roh kita. Apabila kita mengalami hayat ini dengan sedemikian, hayat ini menyebabkan kita merasakan kepuasan hayat, kudrat hayat, keterangan hayat, kesegaran hayat, serta kecergasan dan kelangkauan hayat. Apabila kita mempunyai perasaan hayat yang sebegini di dalam, kita tahu bahawa kita hidup dalam roh dan menyentuh roh. (bersambung...)

PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 1/4)
PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 3/4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)