Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 4: ELEKTRUM
Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 3: API
Bible—Sebuah Buku yang Mengkhasiati Orang Kristian
Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 4: ELEKTRUM
2017-04-07 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Yehezkiel 1:4
Dan aku melihat, dan lihatlah, angin ribut datang dari utara, terdapat segumpal awan yang besar dan api yang berpancaran tanpa henti, dan terdapat keterangan di sekelilingnya, dan dari tengah-tengahnya, yakni dari tengah-tengah api, terdapat sesuatu yang kelihatan seperti elektrum.

Elektrum yang Berkilauan

Dari tengah-tengah api, terdapat sesuatu yang kelihatan seperti elektrum. Yehezkiel 1:27 mengatakan bahawa penampilan Dia yang duduk di atas takhta mempunyai penampilan elektrum. Perkataan Ibrani untuk elektrum menandakan “sesuatu substan yang tidak diketahui; sesetengah orang menganggap ia sebagai suatu campuran emas dan perak”. Oleh itu, elektrum ialah logam campuran emas dan perak. Emas menandakan sifat Tuhan, manakala perak menandakan penebusan. Dengan itu, elektrum yang berkilauan merupakan ekspresi berseri daripada Tuhan yang menebus.

Kalau begitu, kita melihat bahawa angin, awan, api, dan elektrum, kesemuanya merujuk kepada Tuhan sendiri. Apabila Tuhan meniup kita, Dia adalah seperti awan. Apabila Tuhan menaungi dan menutupi kita, Dia adalah seperti awan. Apabila Tuhan bergerak dalam kita untuk membakar, menyucikan, dan menguduskan kita, Dia adalah seperti api. Selepas kita dibakar oleh Tuhan sebagai api yang membakar habis, kita berasa bahawa kita dipenuhi sifat dan kemuliaan Tuhan. Ini bermakna bahawa sebaik sahaja kita mengalami angin, awan, dan api, yang tinggal hanyalah elektrum yang berkilauan, yakni Tuhan yang menebus. Angin dan awan menghasilkan api, dan api menyatakan elektrum yang berkilauan. Daripada transaksi rohani yang melibatkan peniupan angin, penutupan awan, dan api yang memurnikan, hasilnya sentiasa merupakan ekspresi yang berseri daripada Tuhan yang menebus.

Sejarah Rohani Orang Kristian

Sejarah rohani setiap orang Kristian harus melibatkan angin, awan, api, dan elektrum. Semasa kita diselamatkan, kita mengalami Tuan dalam empat cara ini, dan kita harus mengalami-Nya dalam cara sebegini secara berterusan. Sebenarnya, setiap kali kita menerima kurnia daripada Tuan, kita mempunyai transaksi rohani dengan-Nya yang melibatkan angin, awan, api, dan elektrum. Ketika kamu bangun pada waktu pagi, kamu dapat rasa bahawa angin Roh itu bertiup ke atas kamu dan bahawa awan sedang menaungi kamu. Kemudian semasa kamu meluangkan sedikit masa untuk berdoa, kamu berasa bahawa api sedang membakar dalam kamu untuk membakar habis kekorupan kamu, sifat keduniaan kamu, dan banyak lagi perkara yang negatif. Akhirnya, kamu dapat rasa bahawa dalam kamu terdapat sesuatu yang cerah, indah, dan luhur—elektrum yang berkilauan. Hasil daripada pengalaman ini, kamu menjalani kehidupan sepanjang hari dalam kenikmatan terhadap elektrum yang berkilauan. Akan tetapi, semasa kamu menjalani kehidupan dan bergerak-hidup dalam dunia yang korup ini, kamu tidak dapat mengelak daripada dicemari dan dikotori, oleh itu pada penghujung hari atau keesokan paginya kamu mungkin mempunyai pengalaman angin, awan, api, dan elektrum yang lebih lanjut lagi. Sekali lagi angin meniup, awan mengeram, dan api membakar. Kamu mengaku dosa-dosa kamu dan menanggulangi kekotoran kamu, dan berikutannya kamu sekali lagi menikmati pencahayaan elektrum dalam kamu.

Pengalaman seperti ini tidak akan kehabisan dan tidak ada pengakhiran. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, dan tahun demi tahun, kita perlu mengalami angin, awan, api, dan elektrum. Setiap kali angin meniup, awan menutup, dan api membakar, kita akan dicahayai untuk melihat bahawa kita perlu menanggulangi perkara-perkara yang tidak pernah kita sedari sebelum ini. Apabila perkara-perkara negatif ini terbakar, kita mengalami pemurnian yang lebih lanjut dan mempunyai kenikmatan yang lebih dalam terhadap elektrum yang berkilauan.

Kidung

  1. Dari api, sinar elektrum pancar,
    Memancar! Memancar!
    Tuhan penebus — pengalaman kita,
    Memancar! Memancar!
    Pancarlah! Dia yang emas, perak;
    Pancarlah untuk semua!
    Tuhan-Domba kini menjadi
    Nikmat kita di batin.
  2. Biarlah angin, awan, api, elektrum
    Digarap dalam ku;
    Biarlah kitaran ini diulangi
    Berkali, tak henti!
    Tiup, teduh, bakar, pancarlah, Tuan,
    S’luruh kami Kau tawan,
    Agar diri-Mu ku peroleh
    Dan rupa-Mu tertampil.
Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 3: API
Bible—Sebuah Buku yang Mengkhasiati Orang Kristian
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)