Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 3: API
Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 2: AWAN
Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 4: ELEKTRUM
Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 3: API
2017-03-27 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Yehezkiel 1:4
Dan aku melihat, dan lihatlah, angin ribut datang dari utara, terdapat segumpal awan yang besar dan api yang berpancaran tanpa henti, dan terdapat keterangan di sekelilingnya, dan dari tengah-tengahnya, yakni dari tengah-tengah api, terdapat sesuatu yang kelihatan seperti elektrum.

Pembakaran Api

Angin yang bertiup mendatangkan awan. Awan ini juga termasuk api, dan api ini berpancaran serta mempunyai keterangan. Ibrani 12:29 mengatakan bahawa Tuhan ialah api marak, api yang membakar habis. Pada akhir Yehezkiel bab 1, juga dikatakan bahawa penampilan Tuhan dari pinggang-Nya ke bawah adalah seperti penampilan api. Api marak merujuk kepada kudrat Tuhan yang membakar dan menguduskan. Tuhan ialah Tuhan yang kudus dan adalah seperti api marak. Segala-gala yang tidak berpadanan dengan sifat-Nya akan dibakar di hadapan kekudusan-Nya. Hanya apa yang berpadanan dengan sifat-Nya yang dapat kekal setelah melalui api kudus-Nya.

Demikian juga pengalaman kita. Semasa angin ribut datang daripada Tuan dan hadirat Tuan yang menutupi kita itu kekal bersama dengan kita, kita mempunyai perasaan bahawa sesuatu di dalam kita sedang menyinar, menyelidik, dan membakar. Di bawah penyinaran, pencahayaan, penyelidikan, dan pembakaran sebegini, kita mungkin akan menyedari bahawa kita adalah salah dalam sesetengah perkara. Contohnya, kita mungkin menyedari bahawa sikap kita terhadap dikbang tertentu adalah salah. Di bawah penyinaran dan penyelidikan hadirat Tuan, kita didedahkan, dan kita mengutuk diri dan mengaku kelemahan kita. Kemudian api yang menyelidik itu akan membakar habis hal-hal negatif dalam kita. Inilah kisah api yang keluar daripada awan untuk membakar kita. Api kudus akan membakar habis dosa dan kejahatan kita, sifat duniawi kita, dan setiap hal dalam kita yang tidak berpadanan dengan kekudusan Tuhan.

Api yang membakar ini bukan sahaja sejenis kudrat pembakaran, tetapi juga kudrat penyinaran. Apabila api ini datang kepada manusia, manusia akan merasakan dirinya amat jijik, penuh dengan kesalahan terhadap Tuhan dan manusia. Perasaan ini akan bertambah kuat sehinggakan orang membenci malah menampar dada sendiri. Inilah kerja penyinaran hasil daripada api Tuhan yang kudus. Yohanes 16:8 mengatakan bahawa Roh Kudus datang untuk menginsafkan orang di dunia. Inilah Roh Kudus yang melakukan kerja pembakaran, penyinaran, dan pembersihan dalam manusia. Segala hal yang tidak sepadan dengan Tuhan, sama ada dosa, dunia, tubuh daging, nafsu, kemarahan, keberangan, perwatakan, diri, manusia lama, sifat alamiah, semuanya akan dibakar oleh Roh Kudus. Semakin api Roh Kudus membakar dalam kita, semakin kita terlepas daripada hal-hal yang disebut di atas, dan semakin kita dibersihkan dan dimurnikan. Kita akan rela berkata, “Tuan Yesus, bakarlah aku! Aku tidak berguna untuk apa-apa kecuali untuk dibakar. O Tuan, bakarlah pembawaan aku. Bakarlah niat aku, tujuan diriku, motif aku, dan matlamat aku.” Inilah pengalaman hayat dalaman yang sebenar, bukan sekadar suatu ajaran. Sekadar ajaran tidak menyempurnakan apa-apa. Kita semua memerlukan peniupan angin, penutupan hadirat Tuan, dan penyelidikan serta pembakaran api ini.

Kidung

Bersama awan api berkilauan,
Membakar kita s’mua!
Dedahkan dosa, daging, hayat-sukma,
Membakar kita s’mua!

Bakarlah! Nyala Tuhan bara;
Bakarlah berterusan!
Bakarlah! Nyala api marak;
Bakar kita s’penuhnya!

Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 2: AWAN
Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 4: ELEKTRUM
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Rut pada 2017-03-27
Amen. “Tuan Yesus, bakarlah aku! Aku tidak berguna untuk apa-apa kecuali untuk dibakar. O Tuan, bakarlah pembawaan aku. Bakarlah niat aku, tujuan diriku, motif aku, dan matlamat aku.”