Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 2: AWAN
Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 1: ANGIN
Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 3: API
Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 2: AWAN
2017-03-22 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Yehezkiel 1:4
Dan aku melihat, dan lihatlah, angin ribut datang dari utara, terdapat segumpal awan yang besar dan api yang berpancaran tanpa henti, dan terdapat keterangan di sekelilingnya, dan dari tengah-tengahnya, yakni dari tengah-tengah api, terdapat sesuatu yang kelihatan seperti elektrum.

Penutupan Awan

Angin yang bertiup mendatangkan segumpal awan yang besar. Awan ini juga merujuk kepada Roh Kudus. Apabila Roh Kudus datang menggerakkan kita, Roh Kudus adalah seperti angin; apabila Roh Kudus datang menutup dan menaungi kita, Roh Kudus menjadi seperti segumpal awan yang besar. Satu Korintus bab 10 membicarakan bahawa semasa orang Israel menyeberangi Laut Merah, mereka telah dibaptis kepada Musa di dalam awan dan di dalam laut (1 Kor. 10:1-2). Para pembaca Bible bersetuju bahawa awan dalam ayat ini merujuk kepada Roh Kudus. Dalam Wasiat Lama, Tuhan kerap kali tampil untuk mencapai manusia, mengunjungi manusia, menaungi manusia, seperti awan besar yang menutup. Sebagai contoh, dalam Keluaran bab 40, ketika tabernakal didirikan, awan Tuhan menutupi tabernakal dan kemuliaan Tuhan memenuhi tabernakal. Inilah Tuhan menutupi dan menaungi mereka. Dalam pengalaman rohani kita, setiap kali Roh Kudus menggerakkan kita, kita akan merasai Tuhan menaungi dan menutupi kita seperti awan besar menutupi kita dan mengelilingi kita.

Dalam Yehezkiel 1:4, awan disebut bersama-sama angin. Angin bersama-sama awan merupakan petunjuk bahawa suatu transaksi yang penting sudah hendak berlaku antara Tuhan dengan manusia. Sekurang-kurangnya dari semasa ke semasa dalam kehidupan Kristian, kita perlu mempunyai transaksi rohani yang penting antara Tuhan dengan kita. Saya percaya bahawa setiap orang yang benar-benar diselamatkan pernah mengalami transaksi sedemikian. Kita juga mengalami transaksi rohani pada masa kepulihbangkitan. Pertama, Roh Kudus menyentuh dan menggerakkan kita, menyebabkan kita berpaling kepada Tuan, untuk melihat kekorupan kita, dan untuk bertaubat serta mengaku dosa-dosa kita. Kemudian kita mempunyai perasaan bahawa Tuhan seperti awan mengunjungi kita, menaungi kita dan menutupi kita. Kita juga dapat merasai kurnia Tuhan di atas kita, menutupi kita seperti kanopi.

Pada waktu pagi, semasa pemugaran pagi atau mendoa-baca Sabda, kamu mungkin mengalami angin ribut datang dari Tuhan dan bertiup ke atas kamu. Selepas peniupan angin, awan datang dan tinggal bersama dengan kamu mungkin sepanjang hari itu. Sepanjang hari itu kamu mempunyai perasaan bahawa sesuatu sedang mengikuti kamu, menaungi kamu, menutupi kamu, serta mengerami kamu, dan kamu menikmati hadirat Tuan sepanjang hari.

Kita semua perlu mengalami hadirat Tuan seperti awan yang mengeram dan menaung. Kita tidak harus berpuas hati dengan sekadar doktrin dan ajaran. Kita datang kepada Bible bukan untuk mencari lebih banyak pengetahuan, sebaliknya kita perlu mencari Tuan sendiri. Apabila kita datang kepada Sabda, kita harus berdoa, “Tuan, aku perlukan angin dan awan. Tuan, tiuplah ke atasku sebagai angin ribut dari utara dan tutupilah aku dengan awan yang menaung. Datang kepadaku sebagai angin dan tinggal bersama denganku sebagai awan.”

Kidung

Segumpal awan yang menyusul angin,
Teduhi kita s’mua!
Awan bawa hadrat Tuan pada kita,
Teduhi kita s’mua!

Teduhlah, awan Tuhan naungkan — 
Tuhan bersama kita.
Teduhlah, awan kurnia Tuhan — 
Daya, lipur nan mulia!

Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 1: ANGIN
Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 3: API
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)