Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 1: ANGIN
Sorotan Berkenaan Kejadian 1:28
Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 2: AWAN
Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 1: ANGIN
2017-03-21 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Yehezkiel 1:4
Dan aku melihat, dan lihatlah, angin ribut datang dari utara, terdapat segumpal awan yang besar dan api yang berpancaran tanpa henti, dan terdapat keterangan di sekelilingnya, dan dari tengah-tengahnya, yakni dari tengah-tengah api, terdapat sesuatu yang kelihatan seperti elektrum.

Angin Ribut Datang dari Utara

Dalam sejarah orang Kristian, perkara pertama yang dialami ialah angin ribut dari utara. Apa itu utara? Mazmur 75:6-7 berkata, “Kerana bukan dari timur dan dari barat, dan juga bukan dari selatan, datangnya perjunjungan; kerana Tuhan ialah Hakim: Dia merendahkan orang ini dan menjunjung orang itu.” Di sini disebut timur, barat, dan selatan, tetapi utara tidak disebut, sebaliknya utara digantikan dengan Tuhan, iaitu mengatakan bahawa perjunjungan datang dari Tuhan. Dari sini kita dapat tahu bahawa utara ialah tempat beradanya Tuhan; Tuhan ada di utara. Oleh itu, angin ribut yang bertiup dari utara bererti angin bertiup dari tempat beradanya Tuhan. Angin di sini merujuk kepada Roh Kudus. Dalam Kisah Para Dutus bab 2, apabila Roh Kudus turun pada Hari Pentakosta, Roh Kudus juga umpama angin kencang. Oleh itu angin ribut di sini merujuk kepada Roh Kudus yang berkudrat, yang mendorong dan menggerakkan orang.

Menurut sejarah gereja, Roh Tuhan selalunya meniup pada orang umpama angin ribut untuk menginsafkan orang dan menyebabkan mereka bertaubat, mempercayai Tuan Yesus, membenci hal-hal duniawi, membuang dunia dan mengikut Tuan. Roh Tuhan juga menyebabkan orang melayan Tuhan dengan hati yang terdesak dan dengan roh yang membara-bara.

Terdapat seorang pemuda yang mempunyai harapan yang cerah dan seorang anggota parti politik yang kuat. Dia telah mengalami angin dari utara ini pada masa dia percaya kepada Tuan. Pada suatu hari dia memasuki sebuah tokong berhala dan nampak sebuah Bible di atas meja persembahan. Dia berjalan ke arah Bible dan membaca beberapa ayat. Tiba-tiba, Roh Kudus bertiup ke atasnya, dan dia diinsafkan atas dosa-dosanya. Semasa angin Roh itu terus bertiup ke atasnya, dia mula bertaubat atas dosa-dosanya dan membuat pengakuan yang menyeluruh, menangis dengan teruk sambil meniarap malah berguling-guling di atas lantai. Dia telah diselamatkan menerusi peniupan angin kencang dari utara.

Walaupun pengalaman kita tidak semestinya seperti di atas, namun prinsipnya adalah sama. Sekurang-kurangnya buat sekali kita pernah mengalami peniupan angin Tuhan pada kita; itulah Tuhan mulai mengunjungi kita. Setiap kali Tuhan datang memulihbangkitkan kita, mengunjungi kita, Dia datang menerusi Roh-Nya dan bertiup pada kita seperti angin, supaya kita tergerak dan terdorong, lalu melahirkan rasa benci terhadap dosa-dosa kita, menyebabkan kita mempunyai pandangan yang berlainan terhadap dunia, dan mulai mempunyai kesedaran terhadap kehidupan manusia.

Ribut datang kepada kita daripada Tuan bukan hanya pada masa kita percaya kepada Tuan sahaja tetapi juga selepas kita diselamatkan. Sebenarnya, angin ribut bertiup ke atas kita pada setiap titik peralihan dalam kehidupan rohani kita. Apabila angin bertiup ke atas kita, kita tidak dapat berpuas hati dengan keadaan rohani kita. Sebaliknya kita akan menjadi resah dan agak risau akan situasi sendiri dan mula mempersoalkan keadaan kehidupan rohani kita.

Angin ribut ini ialah Tuhan sendiri bertiup ke atas kita untuk membawa ribut ke dalam kehidupan kita, ke dalam kerja kita, dan ke dalam gereja kita. Setiap kali Tuhan mengunjungi dan membangkitkan kita, Roh-Nya bertiup ke atas kita seperti angin yang kencang. Kita perlu mengalami Roh itu dalam cara ini—lebih banyak lebih baik, dan lebih kuat lebih baik. Semoga pada masa ini Roh Tuhan akan bertiup ke atas kita dengan kuat seperti angin yang kencang.

Kidung

Nun dari utara tiup angin kencang;
Ti-uplah! Ti-uplah!
Angin bawa kita alami Tuhan;
Ti-uplah! Ti-uplah!

Ti-uplah! Angin kencang tiuplah!
Bawa kita ke hayat!
Ti-uplah! Angin kurnia Tuhan;
Bawa kita ke Kristus!

Sorotan Berkenaan Kejadian 1:28
Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 2: AWAN
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)