Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Bible—Sebuah Buku yang Mengkhasiati Orang Kristian
Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 4: ELEKTRUM
Menebus Masa = Merebut Peluang (1)
Bible—Sebuah Buku yang Mengkhasiati Orang Kristian
2017-06-24 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Terdapat Hayat dalam Bible

Pertama, kita perlu melihat bahawa Bible mempunyai tiga lapisan. Pada lapisan pertama, Bible dibentuk daripada perkataan hitam dan putih yang dapat dilihat dan dapat disentuh; pada lapisan kedua, Bible mengandungi pemikiran dan hakikat divin; namun pemikiran dan hakikat divin ini tidak dapat difahami oleh minda kita, tetapi hanya dapat difahami oleh minda kita yang diperbarui; pada lapisan ketiga, esens Bible ialah roh dan hayat. Yohanes 6:63 berkata, “Roh itulah yang memberi hayat; …kata-kata yang Aku bicarakan kepadamu ialah roh dan ialah hayat.” Kata-kata yang dibicarakan Tuan kepada kita dalam Bible, esensnya ialah roh dan hayat; hayat ini hayat divin.

Terdapat Roh dalam Manusia

Kedua, manusia juga mempunyai tiga bahagian. (1) tubuh—mata, hidung, kaki, tangan, lima deria dan sebagainya; (2) sukma—minda, emosi, dan tekad; dan (3) roh yang khususnya digunakan untuk menghubungi Tuhan dan sabda Tuhan. Semasa kita membaca Bible, kita perlu menggunakan seluruh diri kita. Mata kita membaca perkataan hitam dan putih dalam Bible; sukma kita memahami pemikiran dan hakikat divin dalam Bible; yang penting sekali roh kita menghubungi sabda Tuhan (roh dan hayat) dalam Bible. Apabila roh kita menghubungi sabda yang merupakan roh, kita dapat menerima hayat dan roh dalam sabda Tuhan untuk menjadi pengkhasiatan dan perbekalan rohani kita. Tuan Yesus berkata, “Akulah roti hidup yang turun dari syurga; jika sesiapa makan daripada roti ini, dia akan hidup buat selama-lamanya” (Yoh. 6:51). Roti hidup ini direalisasikan dalam sabda-Nya. Apabila kita menggunakan roh yang terdalam untuk menghubungi sabda-Nya, kita akan menerima roti syurgawi, roti hayat ini, ke dalam roh kita untuk menjadi perbekalan dan pengkhasiatan kita. Akhirnya, roh di dalam kita kian bertumbuh dan menjadi semakin kuat, lalu roh menyebar ke dalam roh kita dan menyebabkan minda, emosi, dan tekad kita ditransform. Dengan demikian, minda kita akan diperbarui dan menjadi minda Tuhan; emosi kita menjadi emosi Tuhan; tekad kita pula akan menurut tekad Tuhan.

Menggunakan Roh untuk Menghubungi Hayat

Apabila kita membaca Sabda divin, kita harus mempunyai hati yang mencari Tuhan, minda yang jelas dan waras, dan roh yang terbuka. Jika kita membuka roh kita kepada Tuhan dan Sabda-Nya, kita dapat menyentuh Tuhan di sebalik muka surat bercetak. Jika kita berbuat demikian, kita bukan sahaja menerima wahi, tetapi sesetengah elemen divin yang diwahikan dan disampaikan oleh Sabda-Nya juga akan ditransmisikan ke dalam roh kita. Oleh yang demikian, Efesus 6:17-18 berkata, “Terimalah…sabda Tuhan, melalui segala doa dan permohonan….” Kita harus menerima sabda Bible bukan sahaja dengan membaca dan mengkajinya, tetapi juga “melalui segala doa”. Kita harus membaca dan mengkaji Bible dengan berdoa; ertinya, kita harus melatih roh kita untuk berdoa dan menghubungi Tuan sewaktu kita membaca Sabda divin.

Bible bukan sekadar untuk dikaji. Banyak orang mengkaji Bible, tetapi tidak menerima roh dan hayat dalam Bible. Akibatnya, Bible tidak membawa apa-apa manfaat kepada mereka, sebaliknya menjadi huruf-huruf dan doktrin kepada mereka. Oleh itu, semasa membaca Bible, kita harus berhasrat untuk mendapatkan hayat daripada Tuan. Semoga kita dapat melihat cara untuk mendapat pengkhasiatan rohani daripada Bible.

Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 4: ELEKTRUM
Menebus Masa = Merebut Peluang (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)