Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Jayeng Atas Maut (Bahagian 3/5)
Jayeng Atas Maut (Bahagian 2/5)
Jayeng Atas Maut (Bahagian 4/5)
Jayeng Atas Maut (Bahagian 3/5)
2020-05-14 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (16)

Nota Editor:

“Para percayawan mempunyai harapan untuk diraptur pada bila-bila masa tanpa melalui kematian. Masa untuk kedatangan kali kedua Tuan Yesus semakin hampir. Oleh itu, percayawan hari ini mempunyai lebih banyak harapan untuk diraptur berbanding generasi yang lampau.”

“Menurut nubuat dalam Bible, pada akhirnya akan ada sekumpulan percayawan yang diraptur tanpa melewati kematian. Mereka diraptur hidup-hidup merupakan sejenis kemenangan atas maut. Selagi kita hidup di bumi, kita tidak harus mengatakan bahawa kita tidak mungkin menjadi orang ini. Oleh itu, bukankah kita harus menyediakan diri kita untuk jayeng atas maut sepenuhnya?”

“Jika ada yang ingin diraptur dan jika masa raptur sememangnya sudah dekat, Tuhan berhasrat agar kita belajar jayeng atas maut dan tergolong dalam kalangan bilangan orang yang akan diraptur hidup-hidup. Sebelum raptur, musuh terakhir yang diatasi ialah maut. Di atas salib Tuan Yesus telah jayeng atas maut dengan sepenuhnya, tetapi Tuhan berhasrat agar gereja mengalami kemenangan-Nya. Kita semua merasakan bahawa kita berada pada akhir zaman ini dan sebelum kita diraptur, Roh Kudus sekarang sedang memimpin kita untuk melancarkan peperangan terakhir menentang maut.”

“Tuan Yesus akan kembali tidak lama lagi; oleh itu, kita harus melancarkan peperangan secara menyeluruh menentang maut. Kita harus berjuang menentang maut dengan cara yang sama kita berjuang menentang dosa, dunia, dan Syaitan. Kita harus berjuang bukan sahaja untuk jayeng, malah berjuang dengan berpegang pada kemenangan. Dalam setiap aspek kita harus berpegang teguh pada kerja Kristus yang jayeng atas maut.” 

“Hari ini kita harus menerapkan kemenangan Kristus untuk menutup pintu Hades. Kita harus berdiri dan tidak membenarkan maut mendapat sebarang kuasa atas kita. Segala-gala yang mengandungi unsur kematian harus ditolak. Terapkan pandangan ini terhadap setiap penyakit, kelemahan, dan kesakitan...Tuhan sekarang sedang memanggil kita untuk diraptur; oleh itu segala-gala yang menghalang raptur ini harus dihapuskan.”

“Tuan berhasrat agar kamu jayeng atas maut. Berpeganglah pada janji yang diberikan Tuhan kepada kamu, berdoa supaya diselamatkan daripada maut, dan percaya bahawa tidak ada apa-apa yang akan mencederakan kamu. Jangan terima hakikat bahawa maut akan menyentuh kamu. Contohnya, jika kamu berada dalam kawasan yang dijangkiti wabak, tolaklah penyakit itu dan melarang penyakit itu daripada menghampiri kamu. Jangan biarkan maut menyerang kamu menerusi penyakit.”

TUBUH

(CWWN SET 1, JIL 14, BAHAGIAN 10)

** Hakcipta GBC

BAB EMPAT

JAYENG ATAS MAUT (Bahagian 3/5)

Bacaan Bible:

Yoh. 11:25-26 “Yesus berkata kepadanya, Akulah kebangkitan dan hayat; dia yang percaya ke dalam Aku, meskipun dia mati, dia akan hidup, dan sesiapa yang hidup dan percaya ke dalam Aku pasti tidak akan mati buat selama-lamanya. Percayakah kamu akan hal ini?”

1 Tes. 4:14-16 “Kerana jika kita percaya bahawa Yesus telah mati dan bangkit, maka demikian juga Tuhan akan membawa bersama dengan-Nya mereka yang sudah tidur menerusi Yesus. Hal ini kami katakan kepadamu melalui sabda Tuan, bahawa kita yang hidup yang masih tinggal hingga kedatangan Tuan pasti tidak akan mendahului mereka yang sudah tidur; kerana Tuan sendiri, dengan seruan perintah, dengan suara ketua malaikat dan dengan trompet Tuhan, akan turun dari syurga dan orang mati dalam Kristus akan bangkit dahulu.”

1 Kor. 15:51-52 “Lihatlah, aku memberitahu kamu suatu misteri: Kita tidak akan tidur semuanya tetapi akan berubah semuanya, dalam seketika, dalam sekelip mata, pada trompet yang terakhir; kerana trompet akan berbunyi dan orang mati akan dibangkitkan menjadi yang tidak korup dan kita akan berubah.”

DIRAPTUR HIDUP-HIDUP

Diraptur hidup-hidup ialah cara terakhir jayeng atas maut. Apabila Tuan Yesus kembali, banyak percayawan akan diraptur hidup-hidup. Satu Korintus 15:51-52 dan juga 1 Tesalonika 4:14-16 mengajarkan hal ini. Tidak ada hari khusus untuk kedatangan Tuan. Dia boleh datang pada bila-bila masa sepanjang dua ribu tahun yang lampau. Para percayawan mempunyai harapan untuk diraptur pada bila-bila masa tanpa melalui kematian. Masa untuk kedatangan kali kedua Tuan Yesus semakin hampir. Oleh itu, percayawan hari ini mempunyai lebih banyak harapan untuk diraptur berbanding generasi yang lampau. Kita tidak berkata banyak di sini, tetapi kita boleh mengatakan beberapa perkara dengan pasti: Jika Tuan Yesus kembali ketika generasi kita masih di sini, tidakkah kita akan diraptur hidup-hidup? Jika demikian, kita harus jayeng atas maut, tidak membenarkan diri kita mati sebelum masanya supaya kita diraptur hidup-hidup. Menurut nubuat dalam Bible, pada akhirnya akan ada sekumpulan percayawan yang diraptur tanpa melewati kematian. Mereka diraptur hidup-hidup merupakan sejenis kemenangan atas maut. Selagi kita hidup di bumi, kita tidak harus mengatakan bahawa kita tidak mungkin menjadi orang ini. Oleh itu, bukankah kita harus menyediakan diri kita untuk jayeng atas maut sepenuhnya? 

Percaya bahawa kita tidak akan mati secara fizikal bukan tahayul, kerana Bible memberi kita harapan ini. Kita mungkin akan mati, tetapi kita tidak semestinya harus mati. Tuan dengan jelas mengajar kita: “Dia yang makan daging-Ku dan minum darah-Ku mempunyai hayat abadi, dan Aku akan membangkitkannya pada hari terakhir” (Yoh. 6:54). Tetapi Dia juga berkata, “Inilah roti yang turun dari syurga; dia yang makan roti ini akan hidup selama-lamanya, tidak seperti bapa-bapa leluhur yang makan dan mati” (ay. 58). Maksud-Nya ialah dalam kalangan percayawan-Nya ada yang akan mati dan dibangkitkan, manakala yang lain tidak akan melalui kematian sama sekali. 

Tuan Yesus menyatakan pemikiran ini dengan lebih jelas ketika Lazarus mati: “Akulah kebangkitan dan hayat; dia yang percaya ke dalam Aku, meskipun dia mati, dia akan hidup, dan sesiapa yang hidup dan percaya ke dalam Aku pasti tidak mati buat selama-lamanya” (Yoh. 11:25-26). Tuan Yesus bukan sahaja merupakan kebangkitan tetapi juga hayat. Kebanyakan daripada kita percaya bahawa Dia ialah kebangkitan tetapi lupa bahawa Dia juga ialah hayat. Kita hanya tahu bahawa selepas kita mati Dia akan membangkitkan kita, tetapi kita lupa bahawa sementara kita hidup, Dia ingin menjadi hayat kita untuk menyelamatkan kita daripada mati. Tuan Yesus memberitahu kita tentang dua jenis kerja ini, tetapi kita hanya percaya pada satu. Dia berkata, “Dia yang percaya ke dalam Aku, meskipun dia mati, dia akan hidup.” Inilah apa yang akan dialami oleh percayawan sepanjang dua ribu tahun ini. Namun Dia juga mengatakan bahawa terdapat sekumpulan orang yang “hidup dan percaya ke dalam Aku,” yang akan “pasti tidak akan mati buat selama-lamanya.” Kita tidak tahu sudah berapa ribu orang yang telah percaya ke dalam Tuhan dan telah mati, tetapi Sabda Tuhan berkata bahawa ada yang “pasti tidak akan mati buat selama-lamanya”—bukan bermaksud ada yang akan dibangkitkan tetapi ada yang “pasti tidak akan mati buat selama-lamanya”. Kita tidak ada alasan untuk mengatakan bahawa kita harus mati terlebih dahulu dan kemudian dibangkitkan. Disebabkan kedatangan kedua Tuan Yesus sudah hampir, mengapa kita mesti harus mati terlebih dahulu dan kemudian menunggu untuk dibangkitkan? Mengapa tidak memandang kepada-Nya untuk meraptur kita supaya kita dibebaskan sepenuhnya daripada kuasa maut? 

Tuan memberitahu kita bahawa Dia bukan sahaja kebangkitan kepada banyak orang tetapi juga hayat kepada sesetengah orang. Walaupun pengalaman dibangkitkan daripada yang mati seperti Lazarus sememangnya ajaib, namun ini tidak bermakna bahawa tidak ada jalan lain untuk jayeng atas maut selain dibangkitkan. Tuan mengatakan bahawa terdapat jalan lain untuk “pasti tidak akan mati buat selama-lamanya”. Pada asalnya, kita ditetapkan untuk jatuh ke lembah maut yang suram, tetapi Tuhan telah membina “jambatan terapung” supaya kita dapat naik ke syurga-syurga secara langsung. Jambatan terapung ini ialah raptur. 

Jika ada yang ingin diraptur dan jika masa raptur sememangnya sudah dekat, Tuhan berhasrat agar kita belajar jayeng atas maut dan tergolong dalam kalangan bilangan orang yang akan diraptur hidup-hidup. Sebelum raptur, musuh terakhir yang diatasi ialah maut. Di atas salib Tuan Yesus telah jayeng atas maut dengan sepenuhnya, tetapi Tuhan berhasrat agar gereja mengalami kemenangan-Nya. Kita semua merasakan bahawa kita berada pada akhir zaman ini dan sebelum kita diraptur, Roh Kudus kini sedang memimpin kita untuk melancarkan peperangan terakhir menentang maut. 

Syaitan tahu bahawa masanya sudah singkat. Dia cuba sedaya upaya untuk menghalang percayawan daripada diraptur. Akibatnya, anak-anak Tuhan hari ini mengalami banyak serangan fizikal. Disebabkan serangan fizikal yang begitu kerap, mereka seolah-olah sudah biasa menghirup udara maut sehinggakan kehilangan harapan untuk diraptur hidup-hidup. Percayawan tidak tahu bahawa ini merupakan cabaran daripada musuh untuk menghalang mereka daripada diraptur. Apabila seseorang percayawan benar-benar telah menerima panggilan untuk diraptur, dia dengan spontan akan memupuk roh yang bertempur dengan maut; dalam rohnya dia akan merasakan bahawa maut ialah halangan kepada rapturnya yang harus diatasi. 

Iblis ialah pembunuh dari mula (Yoh. 8:44). Kerjanya ialah membunuh. Segala kerja Syaitan terhadap percayawan mempunyai satu matlamat, iaitu menyebabkan mereka mati. Pada akhir zaman dia memperlakukan anak-anak Tuhan dengan cara yang khusus, iaitu dia meletihkan mereka (Dan. 7:25). Jika dia dapat menambahkan sedikit kekhuatiran kepada roh percayawan, meletakkan sedikit ketakutan dan kebimbangan dalam mindanya, memberikannya insomnia untuk satu malam, dan menyebabkan dia kurang makan untuk satu kali, atau membuat dia bekerja terlalu teruk untuk satu kali lagi, dia telah berjaya membawa serangan maut. Walaupun setitis air tidak ada kekuatan, titisan yang berulang-ulang untuk jangka waktu yang lama akan menghauskan batu. Syaitan mengetahui hal ini, jadi dia menggunakan sedikit kebimbangan, kekhuatiran, dan kelalaian untuk meletihkan pekudus. 

Pada masa lain Syaitan menyerang percayawan secara langsung dan menyebabkan mereka mati. Sebenarnya, banyak serangan sedemikian telah berlaku, tetapi percayawan tidak mengenalinya. Kadang-kadang serangan datang dalam bentuk selesema, strok matahari, insomnia, keletihan, dan kehilangan selera makan. Kadang-kadang serangan mungkin dalam bentuk kecemaran, kemarahan, dengki, dan pemuasan nafsu. Disebabkan percayawan tidak tahu bahawa dalam semua ini terkandungnya niat untuk mematikan mereka, mereka tidak memperoleh kemenangan yang sempurna. Jika mereka dapat mengecam serangan yang mematikan ini dan menentangnya seperti mereka menentang kematian, mereka akan jayeng. Disebabkan percayawan tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk memahami makna sebenar pengalaman ini, mereka menyangka bahawa punca semua ini ialah umur mereka atau faktor lain, dan tidak sedar bahawa musuh sedang menggunakan kematian untuk menyerang mereka kerana kerapturan sudah dekat. 

Tuan Yesus akan kembali tidak lama lagi; oleh itu, kita harus melancarkan peperangan secara menyeluruh menentang maut. Kita harus berjuang menentang maut dengan cara yang sama kita berjuang menentang dosa, dunia, dan Syaitan. Kita harus berjuang bukan sahaja untuk jayeng, malah berjuang dengan berpegang pada kemenangan. Dalam setiap aspek kita harus berpegang teguh pada kerja Kristus yang jayeng atas maut. Jika kita mengimbas kembali pengalaman lampau kita dan memohon Tuhan menyinari kita, kita akan melihat banyak kali kita diserang maut tanpa disedari. Kita menganggap serangan ini sesuatu yang lain, lantaran itu kita gagal beroleh kudrat untuk menanggulanginya. Sekiranya kita dapat mengecam bahawa serangan itu ialah serangan maut, Tuhan pasti akan membekali kita dengan kudrat untuk mengatasinya dalam pengalaman kita. Seolah-olah kita sering kali mengharungi jambatan rosak dan melewati jalan buruk; seolah-olah sekitaran kita dan segala-gala yang lain memberitahu kita bahawa kita sudah hendak mati, tetapi kita tidak boleh mati. Kita selalu putus harapan untuk hidup, tetapi kita tidak boleh mati. Mengapa kita harus mati sekarang? Baru-baru ini anak-anak Tuhan mempunyai agak banyak pengalaman berjuang untuk nyawa mereka. Mereka amat sengsara, tetapi mereka rasa bahawa mereka tidak boleh mati. Mereka seakan-akan berkata, “Saya tidak mahu mati.” Apakah maksud ini? Ini merupakan serangan maut yang menghalang kita daripada diraptur. Tuhan sedang memimpin kita untuk melancarkan perang terakhir menentang maut sebelum kita diraptur. 

Hari ini kita harus menerapkan kemenangan Kristus untuk menutup pintu Hades. Kita harus berdiri dan tidak membenarkan maut mendapat sebarang kuasa atas kita. Segala-gala yang mengandungi unsur kematian harus ditolak. Terapkan pandangan ini terhadap setiap penyakit, kelemahan, dan kesakitan. Kadang-kadang tubuh tidak mungkin merasakan apa-apa, tetapi maut sudah melakukan kerjanya. Semua kekhuatiran dalam roh dan kedukaan dalam sukma mengakibatkan maut. Tuhan sekarang sedang memanggil kita untuk diraptur; oleh itu segala-gala yang menghalang raptur ini harus dihapuskan. 

Tuhan meletakkan anak-anak-Nya dalam persekitaran yang berbeza-beza, supaya mereka hilang tempat pergantungan dan tidak berdaya, melainkan harus menggunakan selembar benang iktikad untuk menggantungkan nyawa mereka pada tangan Tuhan. Jika tidak, mereka tidak ada harapan untuk hidup. Pada saat-saat begini, kelihatannya tidak ada jalan kecuali berseru, “Tuan, biarkanlah aku hidup.” Peperangan hari ini sememangnya merupakan peperangan hidup dan mati. 

Roh-roh jahat yang membunuh sedang bekerja di merata tempat hari ini. Sekiranya percayawan tidak berdiri menentang mereka dan berdoa, mereka akan gagal. Jika kamu masih bersikap pasif seperti dahulu, kamu pasti akan mati. Kamu mungkin berkata, “Tuan, jadikanlah aku jayeng atas maut.” Tetapi Tuan akan berkata, “Jika kamu berdiri menentang maut, Aku akan menjadikan kamu jayeng atas maut.” Doa sahaja tidak akan berkesan jika tekad tidak menentang maut. Kamu harus berkata, “Tuan, oleh sebab Engkau telah jayeng atas maut, aku sekarang menolak semua serangan maut. Aku sudah membuat ketetapan untuk jayeng sekarang juga. Tuan, berikanlah aku kemenangan atas maut.” Tuan berhasrat agar kamu jayeng atas maut. Berpeganglah pada janji yang diberikan Tuhan kepada kamu, berdoa supaya diselamatkan daripada maut, dan percaya bahawa tidak ada apa-apa yang akan mencederakan kamu. Jangan terima hakikat bahawa maut akan menyentuh kamu. Contohnya, jika kamu berada dalam kawasan yang dijangkiti wabak, tolaklah penyakit itu dan melarang penyakit itu daripada menghampiri kamu. Jangan biarkan maut menyerang kamu menerusi penyakit. 

Kita tidak harus menunggu dengan pasif untuk kedatangan kedua dan menganggap bahawa kita akan diraptur. Kita harus bersedia. Seperti perkara lain, untuk diraptur, gereja Tuhan perlu bekerjasama dengan Dia. Iktikad tidak pernah membiarkan sesuatu berlaku dengan begitu sahaja. Maut harus ditentang dengan penuh nekad. Begitu juga, raptur harus dipegang dengan penuh nekad. Iktikad itu sesuatu yang tidak boleh kurang, tetapi iktikad bukan bermakna bersikap pasif dan mengabaikan tanggungjawab kita. Jika kita bersetuju dari segi teori bahawa kita boleh dibebaskan sepenuhnya daripada maut, tetapi menyerahkan diri secara pasif kepada kuasa maut, apakah manfaatnya?  (bersambung...)

Jayeng Atas Maut (Bahagian 2/5)
Jayeng Atas Maut (Bahagian 4/5)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)