Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (298)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (297)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (299)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (298)
2021-02-20 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (298)

Bacaan Bible:

Mat. 10:37-39   Dia yang mengasihi bapa atau ibu lebih daripada Aku tidak layak bagi-Ku; dia yang mengasihi anak lelaki atau anak perempuan lebih daripada Aku tidak layak bagi-Ku; dia yang tidak memikul salibnya dan mengikut Aku tidak layak bagi-Ku. Dia yang mendapat hayat-sukmanya akan kehilangannya, dan dia yang kehilangan hayat-sukmanya kerana Aku, akan mendapatnya.

Elemen utama bagi budaya manusia ialah agama, politik, dan kehidupan keluarga manusia. Budaya manusia ialah ciptaan terbaik manusia sejagat. Akan tetapi, kita harus menyedari bahawa Syaitan telah mempergunakan budaya manusia secara licik untuk menentang kingdom Tuhan.…[Budaya] telah menjadi kubu Syaitan. Syaitan menggenggam erat budaya manusia dan mempergunakannya untuk menjadi kingdomnya. Budaya manusia telah menjadi bahagian yang asas dan bahagian yang besar dalam kingdom Syaitan. Kita memerlukan wahi berkenaan hakikat ini. 

Dalam Matius 10:16-22, Tuan mengatakan bahawa Dia mengutus umat kingdom keluar seperti domba di tengah-tengah serigala. Seterusnya, Dia mengatakan bahawa mereka akan diserahkan kepada sanhedrin dan akan disesah di sinagog.

Tuan juga mengatakan bahawa mereka akan dibawa ke hadapan gabenor dan raja; ini dengan jelas merujuk kepada ahli politik. Ayat-ayat ini memberitahu kita bahawa agama dan politik bertentangan dengan kingdom Tuhan. Mengapakah agama dan politik menentang kingdom Tuhan? Ini kerana agama dan politik mempunyai kingdom masing-masing; agama merupakan kingdom bagi orang agamawi, manakala politik merupakan kingdom bagi ahli politik.…Keadaannya juga sama pada hari ini.…Jika kita menerima budaya manusia dan agama, kita akan dialu-alukan dan tidak ditindas. Sebaliknya, jika kita adalah untuk kingdom Tuan, agama akan menentang kita.

Selepas Tuan berbicara berkenaan agama dan politik, Dia menyebut pula tentang keluarga (ay. 21). Tuan berbicara berkenaan bapa dan anak, ibu dan anak perempuan, serta hubungan keluarga yang lain (ay. 35-37). Bukan semua saudara-mara kamu akan menyokong kingdom. Keadaan pada masa itu juga sama pada hari ini. Jangan beranggapan bahawa orang pada hari ini lebih baik daripada orang pada masa itu. Orang yang berbudaya mungkin lebih keras dan lebih teruk daripada orang yang tidak berbudaya. Saya bukan menggalakkan kamu untuk merosakkan kehidupan keluarga kamu, menjadi musuh kepada bapa kamu, ataupun menindas isteri kamu. Jika kamu membaca sabda Tuan secara teliti, kamu akan melihat bahawa umat kingdom harus menjadi orang yang ditindas, bukannya orang yang menindas. Kita tidak harus menjadi musuh, dan kita tidak harus menjadi penindas. Kita harus menjadi orang yang ditindas. Kita harus melarikan diri jika boleh; akan tetapi, jika kita tidak dapat berbuat demikian, kita harus menderita. Menurut bahagian lain dalam Bible, kita harus berdoa untuk penentang dan penindas (5:44). Kita harus mengasihi mereka dan berdoa agar mereka menjadi sama seperti kita. Terutamanya kita harus menyedari prinsip ini: Seluruh budaya manusia menentang kingdom Tuhan.

**Dipetik daripada SKPP—Kristus yang Almuhit dan Luas Tidak Terbatas Menggantikan Budaya demi Satu Manusia Baru, Minggu 1, Hari 5. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (297)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (299)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)