Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (299)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (298)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (300)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (299)
2021-02-21 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (299)

Bacaan Bible:

Kol. 1:27   Kepada mereka, Tuhan berhasrat untuk menyingkapkan apa itu kekayaan kemuliaan misteri ini dalam kalangan bangsa Asing, iaitu Kristus dalam kamu, harapan kemuliaan.

Dalam penyelamatan Tuhan, Dia bukan sahaja menyelamatkan kita daripada dosa, penghakiman, tasik api, dunia, dan diri; Dia juga menyelamatkan kita daripada segala-gala yang menggantikan Kristus, termasuk budaya kita. Oleh sebab budaya menggantikan Kristus secara praktikal dalam kehidupan harian kita, maka hal ini dibenci di mata Tuhan.

Apakah jenis Kristus yang dapat menggantikan budaya kita? Kristus yang menggantikan budaya ialah Kristus yang luas tidak terbatas, bukannya Kristus terhad yang dikenali oleh kebanyakan orang Kristian.…Kristus yang dapat menggantikan budaya kita dan menjadi segala-gala bagi kita ialah Kristus yang almuhit dan luas tidak terbatas.

Walaupun kita telah kehilangan Tuhan, Kristus membawa kita kembali, iaitu memperdamaikan kita dengan-Nya. Kini, kita memiliki Tuhan semula sebagai faktor yang menjadi makna dan tujuan kewujudan kita.…Buku Kolose ditulis untuk mewahikan Kristus almuhit dan luas tidak terbatas yang menanggulangi budaya kita, malah menggantikan budaya kita. Kita tidak perlu mematuhi ordinan berkenaan pemakanan — kita sentiasa makan Kristus. Kita tidak perlu mematuhi hari tertentu, perayaan tertentu, mahupun bulan baru — Kristus ialah bulan baru, perayaan, dan hari Sabat kita. Memandangkan Kristus kekal sama dan Dialah realiti setiap hari dalam seminggu bagi kita, maka setiap hari adalah sama. Akan tetapi, jika kita berkeras hendak mempunyai ordinan berkenaan makanan dan hari, orang lain akan menghakimi kita berkenaan hal-hal ini. Jika kita hanya memberi perhatian kepada Kristus almuhit dan hidup menurut-Nya, bukan menurut budaya, maka tidak ada orang yang ada kedudukan untuk menghakimi kita. Kristus ialah makna dan tujuan hidup. Kita semua perlu melihat wahi yang luas tidak terbatas tentang Kristus yang almuhit ini.

**Dipetik daripada SKPP—Kristus yang Almuhit dan Luas Tidak Terbatas Menggantikan Budaya demi Satu Manusia Baru, Minggu 1, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (298)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (300)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)