Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (297)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (296)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (298)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (297)
2021-02-19 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (297)

Bacaan Bible:

Mat. 24:37-39   Kerana sebagaimana hari Nuh, begitu juga dengan kedatangan Anak Manusia. Kerana seperti hari-hari sebelum air bah, mereka makan dan minum, berkahwin dan dikahwinkan, hinggalah hari Nuh masuk ke dalam bahtera, dan mereka tidak tahu bahawa penghakiman akan tiba hingga air bah datang dan menghanyutkan segalanya; begitu juga dengan kedatangan Anak Manusia.

Oleh sebab Kain enggan mengambil jalan penebusan Tuhan tetapi memilih jalan maut, dia kehilangan Tuhan dan segala berkat yang berasal daripada Tuhan. Sehubungan dengan itu, dia semestinya dipenuhi perasaan tidak terjamin. Dia menjadi pelarian dan kelana di bumi, seorang yang tidak ada matlamat, tidak ada kepuasan, tidak ada rehat, dan tidak ada perlindungan. Dengan demikian, dalam kalangan umat manusia, dialah orang pertama yang membina kota bagi memelihara dirinya (Kej. 4:17). Dia menamai kota itu Henokh, menurut nama anaknya. Dia tidak menamai kota itu menurut nama Tuhan; hakikat ini merupakan pengisytiharan bahawa manusia telah merdeka daripada Tuhan. Keturunannya mencipta penternakan untuk menyara hidup, muzik untuk menghiburkan diri, dan senjata untuk mempertahankan diri (ay. 20-22). Inilah budaya tanpa Tuhan yang bertujuan untuk memelihara diri, menopang diri, menghiburkan diri, dan mempertahankan diri. Budaya ini dicipta di luar Tuhan oleh manusia yang telah kehilangan Tuhan dan segala berkat Tuhan.

Budaya sedemikian yang tanpa Tuhan dan yang bersatu dengan Syaitan, telah menjadi model yang mewakili seluruh budaya manusia dari zaman ke zaman; ini menandakan bahawa budaya-budaya ini telah menjauhi Tuhan serta tanpa Tuhan, dan budaya-budaya ini telah mengikut Syaitan serta bersatu dengan Syaitan. Budaya tanpa Tuhan ini bermula sebagai satu biji benih dalam Kejadian 4, dan akan berkembang dalam sepanjang sejarah umat manusia sehingga berkonsumasi dalam Babylon Besar dalam Wahi 18 yang juga akan dibersihkan oleh penghakiman Tuhan. Pembersihan melalui penghakiman Tuhan ini merupakan penghakiman Kristus terhadap dunia pada perkembalian-Nya. Oleh itu, dalam Matius 24:37-39, Tuan Yesus menganggap penghakiman air bah sebagai pralambang bagi kedatangan-Nya.…Apabila Tuan Yesus kembali nanti, Dia akan sekali lagi membersihkan dan merapikan dunia dan seluruh umat manusia.

**Dipetik daripada SKPP—Kristus yang Almuhit dan Luas Tidak Terbatas Menggantikan Budaya demi Satu Manusia Baru, Minggu 1, Hari 4. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (296)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (298)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)