Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (295)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (294)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (296)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (295)
2021-02-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (295)

Bacaan Bible:

Kol. 1:12-13   Mengucapkan syukur kepada Bapa yang melayakkan kamu supaya sama-sama beroleh bahagian peruntukan para pekudus dalam cahaya; Dia telah menyelamatkan kita daripada kuasa kegelapan dan memindahkan kita ke dalam kingdom Anak yang dikasihi-Nya.

Dalam buku Kolose, kuasa kegelapan merujuk kepada aspek-aspek baik budaya serta perwatakan, disposisi, dan diri alamiah kita. Kuasa kegelapan merangkumi virtu, agama, falsafah, hukum adat, ordinan, prinsip, dan standard etika kita. Tuhan telah menyelamatkan kita daripada semua perkara ini dan telah memindahkan kita ke dalam kingdom Anak yang dikasihi-Nya; dalamnya kita hidup di bawah pemerintahan dan pembatasan syurgawi. Dalam kingdom ini, kita bukan berada di bawah pemerintahan yang keras, tetapi di bawah pemerintahan Anak yang penuh kasih. Di sini, kita tidak merasakan bahawa kita berada di bawah keadilbenaran, kudrat, ataupun kuasa, tetapi di bawah Tuan Yesus yang penuh kasih dan mesra. Semakin banyak kita memberitahu Tuan Yesus bahawa kita mengasihi-Nya, dari satu segi kita semakin dibebaskan, dan dari segi yang lain kita semakin dibatasi dan diperintah. Oleh sebab kita mengasihi-Nya, kita ingin mengambil Dia sebagai persona dan hayat kita. Inilah kehidupan orang Kristian yang wajar untuk kehidupan gereja.

Walaupun para pekudus di Kolose tidak terjerumus ke dalam hal-hal jahat, namun mereka berada di bawah kuasa kegelapan kerana mereka membenarkan hasil budaya yang tertinggi mencerobohi gereja.

Kesilapan yang dibuat oleh orang Kolose ialah menerima dan mengikut sesuatu yang bukan Kristus. Menerima sesuatu untuk menggantikan Kristus bukan sahaja berada dalam kegelapan, malah berada di bawah penguasaan kuasa kegelapan. Apa-apa sahaja yang menggantikan Kristus — falsafah, agama, perwatakan, virtu, konsep, pendapat — telah menjadi kuasa kegelapan yang menguasai kita. Di Kolose, kuasa kegelapan ialah hukum adat agama Yahudi, ordinan bangsa Asing, falsafah, fahaman mistik, dan fahaman zahid. Walaupun hal-hal ini nampaknya baik, sebenarnya hal-hal ini ialah kuasa kegelapan kerana hal-hal ini telah menggantikan Kristus. Hal-hal ini menyebabkan Kristus, cahaya itu, diketepikan. Oleh itu, kegelapan berkuasa semula dan menguasai para pekudus dalam gereja. Inilah keadaan di Kolose, dan mungkin juga merupakan keadaan hari ini.

**Dipetik daripada SKPP—Kristus yang Almuhit dan Luas Tidak Terbatas Menggantikan Budaya demi Satu Manusia Baru, Minggu 1, Hari 2. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (294)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (296)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)