Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (294)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (293)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (295)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (294)
2021-02-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (294)

Bacaan Bible:

Kol. 2:8   Awas, agar tidak ada orang menjarah kamu menerusi falsafah dan penipuan kosongnya, menurut tradisi manusia, menurut elemen-elemen dunia, dan bukan menurut Kristus.

Flp. 3:8   …Aku juga mengira segala sesuatu sebagai kerugian kerana keunggulan pengetahuan terhadap Kristus Yesus Tuan aku;…aku telah menderitai kerugian segala sesuatu, dan mengiranya sebagai sampah supaya aku dapat beroleh Kristus.

Gereja sepatutnya rumah yang dipenuhi Kristus dan dikonstitusikan dengan-Nya. Sebaliknya gereja di Kolose telah dicerobohi budaya. Kristus sepatutnya merupakan elemen unik dalam kehidupan gereja, tetapi sebahagian besarnya telah digantikan oleh pelbagai aspek daripada budaya bercampuran ini. Konstituen gereja seharusnya Kristus dan Kristus sahaja, kerana gereja ialah Tubuh Kristus. Oleh itu, isi kandungan gereja tidak harus merupakan apa-apa melainkan Kristus sendiri. Walau bagaimanapun, elemen budaya yang baik, terutamanya falsafah dan agama, telah mencerobohi gereja dan menepuinya.

Butir utama dalam Surat Kolose ialah hakikat bahawa di mata Tuhan, tidak ada apa-apa yang diambil kira melainkan Kristus. Hakikat ini menyingkirkan hal yang baik dan hal yang jahat, hal yang berdosa dan juga hal yang beradab. Secara khususnya, semua aspek budaya yang baik telah disingkirkan. Kita telah menunjukkan berkali-kali bahawa musuh Tuhan menggunakan budaya untuk menggantikan Kristus. Hal ini memang bersalah terhadap Tuhan. Sekiranya Syaitan tidak dapat mengkorupkan kita dengan hal-hal jahat, Tuhan tahu bahawa dia akan cuba menggunakan aspek budaya yang baik untuk menggantikan Kristus. 

Jika kita mempunyai pemahaman jelas tentang latar belakang Surat ini, kita akan sedar bahawa satu-satunya jalan yang perlu kita ambil ialah jalan salib. Salib merupakan jalan sempit dan juga lebuh raya. Bagi orang yang tidak rela menerima salib, salib ialah jalan yang sempit. Namun bagi orang yang rela mengambil jalan ini, salib menjadi lebuh raya. Dalam gereja kita semua harus menjadi bukan apa-apa dan bukan siapa-siapa. Inilah sikap Paulus ketika dia mengatakan bahawa kita telah mati dan telah dikebumikan. Untuk berpegang pada perkara ini, kita memerlukan wahi. Apanya kita, apa yang kita miliki, dan apa yang kita lakukan dapat menjadi pengganti Kristus. Semakin baik atau semakin berkebolehannya kita melakukan hal, semakin Kristus akan digantikan dalam pengalaman kita. Menerusi salib, kita perlu menjadi bukan apa-apa, tidak memiliki apa-apa, dan tidak berupaya melakukan apa-apa. Kalau tidak, apanya kita, apa yang kita miliki, atau apa yang dapat kita lakukan akan menjadi pengganti Kristus. Dengan demikian, dalam kehidupan Kristian kita, Kristus tidak akan menjadi segala dalam segala. Buku Kolose mengajar kita bahawa dalam kehidupan gereja, Kristus harus menjadi segala dan dalam segala. Segala-gala yang bukan Kristus harus disingkirkan.

**Dipetik daripada SKPP—Kristus yang Almuhit dan Luas Tidak Terbatas Menggantikan Budaya demi Satu Manusia Baru, Minggu 1, Hari 1. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (293)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (295)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)