Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (296)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (295)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (297)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (296)
2021-02-18 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (296)

Bacaan Bible:

Kej. 4:16-17   Lalu beredarlah Kain dari hadirat Yehova dan tinggal di tanah Nod, di sebelah timur Eden. Dan…dia membina sebuah kota…

Kej. 4:20-21   …Yabal…bapa kepada orang yang tinggal di khemah dan memelihara ternakan. Dan nama adiknya ialah Yubal; dialah bapa kepada semua yang memainkan kecapi dan seruling.

Kain meninggalkan hadirat Tuhan dan mengambil jalannya sendiri. Perkara pertama yang dilakukannya ialah membina kota. Dia menghasilkan budaya tanpa Tuhan (Kej. 4:16-24).

Kita perlu mengenali punca budaya manusia dan sebab perkembangannya. Budaya manusia berkembang disebabkan manusia telah kehilangan Tuhan. Pada asalnya, Tuhan, yakni Pencipta manusia, ialah segala-galanya bagi manusia. Tuhan merupakan perlindungan, pemeliharaan, bekalan, keriangan, hiburan, dan pertahanan manusia. Tuhan ialah segala-galanya. Di dalam taman, manusia tidak perlu melakukan apa-apa melainkan mengusahakan tanah untuk bekerjasama dengan Tuhan. Tuhan ialah segala-galanya bagi manusia di dalam taman. Akan tetapi, setelah manusia kehilangan Tuhan, dia kehilangan segala-galanya. Dia kehilangan perlindungan, keselamatan, pemeliharaan, bekalan, dan hiburan. Setelah kehilangan Tuhan, manusia terpaksa mencipta budaya sendiri. Disebabkan manusia kehilangan segala-galanya, maka dia perlu mencipta sesuatu.

Pada suatu hari dalam tahun 1937, saya memberitakan injil di ibu kota, Nanking. Suasana pemberitaan pada masa itu memang baik, dan injil amat berpengaruh. Dalam salah satu perhimpunan, ada seorang perempuan muda cantik yang berpakaian moden mengikut fesyen dunia. Selepas perhimpunan itu, perempuan itu datang kepada saya dan berkata, “Encik Lee, saya diyakini oleh pemberitaan kamu. Bahkan saya mengambil keputusan untuk percaya kepada Yesus kamu. Akan tetapi, keputusan ini bergantung pada satu perkara. Saya seorang pencinta wayang. Sila beritahu saya, selepas menjadi orang Kristian, adakah saya dibenarkan pergi menonton wayang lagi?”…Semasa saya memikirkan cara untuk menjawabnya, saya mengharapkan Tuan memberi jawapan yang bijak, dan Tuan memberi saya satu jawapan. Saya berkata kepada perempuan muda itu, “Katakanlah pada suatu hari kamu sedang bersama-sama dengan anakmu; dia bermain dengan pisau tajam dan kamu berasa amat bahaya bagi dia berbuat begitu. Jadi, apakah yang akan kamu lakukan terhadapnya? Adakah kamu akan memaksa dia membuang pisau itu, atau kamu merampas pisau itu dari tangannya?” Dia menjawab, “Tidak, saya hanya akan menaburkan gula-gula atau buah epal di lantai. Saya pasti bahawa dia akan membuang pisau itu dan mengambil gula-gula dan buah epal itu. Dia akan meletakkan pisau itu sekiranya tangannya dipenuhi benda yang lebih baik.” Kemudian saya berkata, “Hal ini betul-betul sama dengan kamu pergi menonton wayang. Jika kamu menerima Yesus, Dia akan memenuhi kamu, dan kamu tidak ada ruang lagi untuk benda-benda yang lain.” Perempuan itu berkata, “Sungguh ajaib, saya akan percaya.” Kemudian saya memberitahunya, “Kamu harus percaya sekarang.” Dia menjawab, “Ya, saya percaya sekarang. Saya percaya kepada Tuan Yesus.” Maka dia pun diselamatkan.

**Dipetik daripada SKPP—Kristus yang Almuhit dan Luas Tidak Terbatas Menggantikan Budaya demi Satu Manusia Baru, Minggu 1, Hari 3. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (295)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (297)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)