Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (293)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (292)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (294)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (293)
2021-02-15 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (293)

Bacaan Bible:

Neh. 5:10   Dan malah aku, saudara-saudaraku, dan hamba-hambaku meminjami mereka wang dan bijirin. Marilah kita mansuhkan pengambilan faedah sedemikian.

Neh. 8:9   Dan gabenor Nehemia, dan Ezra, hentar dan katib itu, dan orang Lewi yang membantu umat memahami hukum itu berkata kepada seluruh umat, Hari ini adalah kudus bagi Yehova Tuhanmu; jangan meratap dan menangis. Kerana seluruh umat menangis ketika mendengar kata-kata kitab hukum.

Nehemia menerima bantuan daripada Tuhan; dengan itu, dia beroleh kejayaan yang besar dalam kerja pembinaan semula tembok kota Yerusalem. Hari ini, mempertimbangkan teladannya sudah tentu bermanfaat bagi kita, terutamanya orang yang memimpin dalam gereja.

Nehemia ialah kepala, pemerintah satu bangsa, namun dia sama sekali tidak mempunyai cita-cita liar;…ini ditunjukkan oleh hakikat bahawa dia mengaku bahawa dia memerlukan Ezra. Dalam hal mengkonstitusikan semula bangsa, Nehemia menyedari bahawa dia tidak mengenali Sabda Tuhan. Akan tetapi, Ezra yang terkenal dengan pengetahuannya terhadap Sabda Tuhan masih hidup, dan Nehemia rela meminta bantuan daripada Ezra. Banyak pemimpin hari ini tidak rela meminta bantuan secara demikian.…Nehemia sedar bahawa tanpa Ezra, dia tidak dapat mengkonstitusikan semula umat Tuhan.

Nehemia seorang pemimpin yang sempurna, pemimpin yang terbaik dalam sejarah manusia. Hanya di bawah kepimpinan orang seperti Zerubabel, Ezra, dan Nehemia barulah Israel dapat dikonstitusikan semula menjadi kesaksian, ekspresi, Tuhan di bumi, iaitu umat yang sama sekali berbeza daripada bangsa Asing. Inilah tamsil bagi keadaan gereja yang diingini Tuhan pada hari ini.

Tidak ada rungutan tentang Nehemia daripada umat. Setiap orang menghargainya dan berterima kasih kepadanya. Kita boleh mengatakan bahawa Nehemia seorang penatua yang unggul, teladan yang paling baik bagi apa yang harus ada pada penatua. Saya berharap agar semua penatua dalam gereja hari ini akan menjadi seperti Nehemia.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 8, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (292)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (294)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)