Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (292)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (291)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (293)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (292)
2021-02-14 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (292)

Bacaan Bible:

1 Raj. 8:48   Dan jika mereka berpaling kepada-Mu dengan segenap hati mereka dan segenap sukma mereka…, dan mereka berdoa kepada-Mu menghadap tanah mereka…, dan kota yang Engkau pilih, dan rumah yang aku bina bagi nama-Mu. 

1 Ptr. 5:2-3   Gembalalah kawanan Tuhan dalam kalangan kamu, menguruselia…menurut Tuhan…secara sukarela;…dengan bersungguh-sungguh,…dengan menjadi teladan bagi kawanan.

Nehemia ialah seorang yang tidak hidup dalam manusia alamiahnya tetapi hidup dalam kebangkitan. Dia bersikap agresif, tetapi sikap agresifnya disertai ciri-ciri lain. Pertama, dia seorang yang mengasihi Tuhan.…Dia juga mengasihi Tanah Kudus (menandakan Kristus), bait kudus (menandakan gereja), dan kota kudus (menandakan kingdom Tuhan). Dia mengasihi Tuhan dan menurut tipologi, dia juga mengasihi Kristus, gereja, dan kingdom. Sebagai seorang yang mengasihi Tuhan, Nehemia menghubungi Tuhan,…berdoa kepada Tuhan (Neh. 1:4).…Nehemia yakin kepada Tuhan malah menjadi satu dengan Tuhan. 

Nehemia ialah seorang yang bersikap agresif, yang mengasihi Tuhan, Tanah Kudus, bait kudus, dan kota kudus; dia seorang yang menghubungi Tuhan dan bersekutu dengan-Nya, seorang yang yakin kepada Tuhan, dan seorang yang bersatu dengan Tuhan. Hasilnya dia menjadi wakil Tuhan.

Dalam Nehemia 5:14 hingga 19, kita melihat teladan Nehemia yang baik.…Nehemia dan saudara-saudaranya tidak makan makanan yang ditetapkan untuk gabenor selama dua belas tahun kerana bertakwa kepada Tuhan (ay. 14-15). 

Nehemia melibatkan diri dalam kerja tembok kota. Dia, saudara-saudaranya, dan semua hambanya…tidak membeli ladang. Ini bermaksud bahawa mereka tidak menerima apa jua bentuk bayaran. Sebaliknya, dia memberi makan dengan kayanya kepada seratus lima puluh orang Yahudi dan pemimpin di mejanya, selain orang yang datang kepada mereka daripada bangsa-bangsa di sekeliling mereka; namun dia sendiri tidak menuntut makanan yang ditetapkan untuk gabenor kerana pelayanan pembinaan itu berat pada umat (ay. 16-18). 

Nehemia, selaku gabenor, yang mempunyai kedudukan raja ialah seorang yang berhati murni untuk pembinaan semula tembok Yerusalem bagi melaksanakan ekonomi Tuhan. Dia tidak mementingkan diri, tidak mencari kepentingan sendiri, dan dia tidak memuaskan nafsu seks seperti semua raja yang lain, termasuk Daud. Atas sebab ini, dia layak menikmati bahagian yang terunggul, yakni kemaharajaan di tanah permai yang telah dijanjikan Tuhan kepada umat pilihan-Nya. Dia tidak mementingkan diri; sebaliknya dia memberi makan kepada orang lain untuk tujuan membina tembok. Dalam sejarah manusia, dia mungkin satu-satunya pemimpin bangsa yang berkelakuan sedemikian. Hasilnya, dia digunakan Tuhan.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 8, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (291)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (293)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)