Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (217)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (216)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (218)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (217)
2020-12-01 | 0 Komen
A- A+ Simpan
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (217)

Bacaan Bible:

1 Kor. 10:1-3   …Semua bapa leluhur kita pernah berada di bawah awan dan semua telah merentasi laut; semua telah dibaptis…; semua telah makan makanan rohani yang sama.

1 Kor. 10:11   Sekarang hal-hal ini berlaku kepada mereka sebagai contoh dan ditulis untuk menegur kita…

Yer. 29:14   …Aku akan mengembalikan kamu yang ditawan dan menghimpunkan kamu…, isytihar Yehova, dan Aku akan membawa kamu kembali ke tempat yang dari sana Aku membuang kamu.

Paulus menerapkan sejarah bani Israel pada kehidupan gereja Wasiat Baru. Dalam Ibrani dan 1 Korintus, dia menunjukkan dengan jelas bahawa apa yang berlaku kepada bani Israel merupakan tamsil bagi kita (1 Kor. 10:6). Seluruh sejarah Israel ialah kisah gereja. Dengan itu, Bible mengandungi dua sejarah — sejarah Israel dan sejarah gereja.…Seluruh Bible memberi kita satu wahi, wahi ekonomi Tuhan tentang gereja. Dalam Wasiat Lama terdapat tamsil, yakni gambaran ekonomi Tuhan berkenaan gereja; dalam Wasiat Baru pula ekonomi Tuhan berkenaan gereja digenapi.

Yeremia 30 — 33 ialah bahagian tentang janji Yehova berkenaan restorasi Israel...Yehova akan mengembalikan Israel dan Yehuda yang ditawan dan akan membawa mereka kembali ke tanah yang diberikan-Nya kepada leluhur mereka, dan mereka akan memilikinya (30:3).

Dalam ayat 10a, Yehova mengisytihar bahawa Yakub, hamba-Nya, tidak harus takut dan Israel tidak harus gentar. Dia akan menyelamatkan mereka dari jauh, dan zuriat mereka dari negeri mereka ditawan. Kemudian Dia berjanji, “Yakub akan kembali dan hidup tenteram dan senang-lenang, / Dan tidak ada orang yang akan menakutkannya. / Kerana Aku ada bersama denganmu, isytihar Yehova, untuk menyelamatkanmu, / Kerana Aku akan membuat semua bangsa yang ke sana Aku telah menyelerakkan engkau itu habis binasa; / Tetapi Aku tidak akan membuat engkau habis binasa” (ay. 10b-11a).

Yehova berjanji untuk membawa mereka dari tanah utara dan menghimpunkan mereka dari bahagian hujung bumi (31:8a).

Satu himpunan besar akan kembali ke tanah Israel. Himpunan ini termasuk orang buta, orang tempang, perempuan yang mengandung, dan perempuan yang sakit bersalin (ay. 8b).

Mereka akan datang dengan menangis, dan dengan permohonan Yehova akan memimpin mereka. Dia akan menyebabkan mereka berjalan di tepi sungai di jalan yang lurus, di situ mereka tidak akan tersandung; kerana Dia ialah Bapa kepada Israel, dan Efraim ialah anak sulung-Nya (ay. 9).

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (216)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (218)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)