Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (218)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (217)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (219)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (218)
2020-12-02 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (218)

Bacaan Bible:

Yer. 31:11-12   Kerana Yehova telah membebaskan Yakub dan menebusnya.…Dan mereka akan datang dan bernyanyi di tempat tinggi Zion, dan mereka akan mengalir kepada kebaikan Yehova — kepada bijirin dan wain baru dan minyak segar dan anak domba dan anak lembu mereka; sukma mereka akan menjadi seperti taman yang diairi, dan mereka tidak akan lemah lesu lagi.

Menurut Yeremia 31:11 hingga 14, Yehova akan menebus Israel daripada tangan orang yang lebih kuat daripada mereka. Mereka akan datang dan bernyanyi di tempat tinggi Zion, dan mereka akan mengalir kepada kebaikan Yehova — kepada bijirin dan wain baru dan minyak segar, dan anak domba dan anak lembu mereka. Sukma mereka akan menjadi seperti taman yang diairi, dan mereka tidak akan lemah lesu lagi. Pada masa itu, perawan akan bergirang dengan tarian, dan orang muda dan orang tua bersama-sama, dan Yehova akan mengubah ratapan mereka menjadi kegembiraan, dan melipurkan mereka, dan menggirangkan mereka selepas kesedihan mereka. Dia akan memenuhi sukma hentar-hentar dengan kelimpahan, dan umat-Nya akan dipuaskan dengan kebaikan-Nya.

Yehova akan membawa kembali khemah Yakub yang ditawan dan berbelas kasihan terhadap tempat tinggalnya (30:18a)...Kota itu akan dibina semula di atas bukitnya, dan istana itu akan berhuni seperti sedia kala. Dari dalam mereka akan keluar kesyukuran dan suara orang yang bersuka ria (ay. 18b-19a).

Yehova akan memuaskan sukma yang letih dan memenuhi setiap sukma yang lemah lesu (ay. 25)...Yehova akan menyemai kaum Israel dengan benih manusia dan benih binatang (ay. 27). Ini menunjukkan bahawa kehidupan bagi segala-gala akan kaya dengan hayat. Yehova juga mengatakan bahawa Dia telah mengawasi mereka untuk mencabut, meruntuhkan, menunggangbalikkan, memusnahkan, dan mencelakakan, Dia akan menjaga mereka untuk membina dan menanam (ay. 28).

Yeremia 30:5-8 mewahikan bahawa akan ada hari yang besar, masa kesesakan bagi Israel.…Ayat 7a berkata, “Celakalah! Kerana hari itu besar, / Dan tidak ada yang sepertinya; / Inilah masa kesesakan bagi Yakub.” Hari yang besar ini, masa kesesakan ini, ialah masa kesengsaraan dahsyat selama tiga tahun setengah (Mat. 24:21; Dan. 12:7b; Wahi 13:5, 7a). Yeremia 30 merujuk kepada kesengsaraan dahsyat semasa tiga tahun setengah yang terakhir pada zaman ini.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 10, Hari 2.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (217)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (219)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)