Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (216)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (215)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (217)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (216)
2020-11-30 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (216)

Bacaan Bible:

Wahi 11:15   …Kingdom dunia telah menjadi kingdom Tuan kita dan Kristus-Nya, dan Dia akan meraja buat selama-lamanya.

Wahi 21:2   Dan aku nampak kota kudus itu, Yerusalem Baru, turun dari langit daripada Tuhan…

Pada keakhiran zaman ini, Empayar Rom akan dipulihkan dan diperkuat untuk menghasilkan Kaisar terakhirnya, yakni Antikristus, manusia yang tidak mengendahkan hukum (Wahi 17:9-11; 2 Tes. 2:3-4, 8), yang amat berkuasa. Dialah yang akan memusnahkan Gereja Roman pada permulaan kesengsaraan dahsyat. Berkenaan hal ini, Wahi 17:16 berkata, “Sepuluh tanduk dan binatang yang kamu nampak itu, mereka ini akan benci kepada perempuan sundal itu dan akan menjadikannya terbiar serta telanjang dan akan makan dagingnya serta membakarnya habis dengan api.” Sepuluh tanduk dan binatang itu akan benci kepada perempuan sundal itu dan menjadikannya terbiar bererti Antikristus dan sepuluh raja daripada Empayar Rom yang dipulihkan akan menindas Gereja Roman. Mereka akan menjadikan Gereja Roman itu “terbiar serta telanjang” bererti mereka akan membinasakannya, merompak segala kekayaannya, dan mendedahkannya; mereka akan “makan dagingnya” bererti mereka akan membunuh anggota-anggotanya; dan mereka akan “membakarnya habis dengan api” bererti mereka akan memusnahkannya sama sekali. Kemudian, pada akhir kesengsaraan dahsyat, Kristus akan turun dari syurga-syurga, bersama dengan para pejayeng sebagai angkatan tentera-Nya, untuk berperang dengan Antikristus secara langsung dan menewaskannya serta mencampakkannya hidup-hidup ke dalam tasik api (Wahi 19). Itulah peperangan terakhir manusia dengan Tuhan, peperangan yang bermula di Babel dan akan bertambah banyak dan sengit sehingga peperangan di Harmagedon. Disebabkan Kristus menewaskan Antikristus, seluruh Empayar Rom akan dimusnahkan dan segala hal Rom akan dihapuskan, dibersihkan, dari bumi.…Kemudian apa yang akan menjadi menonjol di bumi bukan lagi Babylon tetapi Yerusalem Baru.

Dalam Bible, terdapat dua kota yang menonjol — Babylon dan Yerusalem. Kita melihat dua kota ini dalam Yeremia dan Wahi. Dalam Wasiat Lama, dalam Yeremia, Babylon datang untuk memusnahkan Yerusalem dan menjadikannya binasa, terbiar. Pada penghujung Bible, dalam Wahi, terdapat Babylon Besar dan Yerusalem Baru. Akhirnya, Babylon Besar akan dibinasakan, dihapuskan dari bumi, dan dicampakkan ke dalam tasik api, manakala Yerusalem Baru akan dibawa masuk menjadi pusat yang menonjol bagi kingdom abadi Tuhan di langit baru dan bumi baru.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 9, Hari 6.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (215)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (217)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)