Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (213)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (212)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (214)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (213)
2020-11-27 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (213)

Bacaan Bible:

Wahi 18:4   …Umat-Ku, keluarlah darinya, agar kamu tidak berbahagian dalam dosa-dosanya dan agar kamu tidak menerima malapetakanya.

Wahi 19:2-3   Kerana benar dan adilbenar penghakiman-Nya; kerana Dia telah menghakimi perempuan sundal besar yang mengkorupkan bumi dengan pekendakannya, dan Dia menuntut bela atas darah abdi-abdi-Nya di tangannya.…Mereka berkata, Haleluya! Dan asapnya naik buat selama-lamanya.

Dalam Wasiat Lama, Babylon terutamanya bersifat politik, tetapi Babylon politik ini juga mencampuri penyembahan Tuhan. Ketika Babylon mencerobohi Yerusalem, Babylon memusnahkan bait Tuhan dan membawa wadah-wadah bait Tuhan ke Babylon (Dan. 1:1-2); wadah-wadah ini mentamsilkan cara dan sarana bagi umat Tuhan menikmati Kristus. Wadah-wadah ini terus wujud, tetapi wadah-wadah ini telah dirosakkan. Di samping itu, Nebukadnezar, Raja Babylon, juga menawan golongan bangsawan di Israel, termasuk kerabat diraja, dan memaksa mereka menyembah tuhannya di Babylon. Oleh itu, penyembahan Tuhan telah dimusnahkan dan dirosakkan oleh Babylon. Hal ini menunjukkan bahawa politik Babylon seiring dengan agama Babylon.

Dalam Wasiat Baru, Babylon disebut secara tegas dalam buku Wahi. Aspek agama disebut dahulu (Wahi 17), kemudian barulah aspek politik (Wahi 18). Babylon agamawi diwahikan sebagai “Misteri, Babylon Besar, Ibu kepada Perempuan Sundal dan Benda yang Amat Dibenci di Bumi” (17:5). Dalam Wahi 2:20, Babylon dilambangkan oleh Izebel. Berlawanan dengan Babylon politik, Babylon agamawi, yakni Gereja Roman Katolik yang murtad, amat misterius. Gereja itu mempunyai Tuhan, Kristus, dan Syaitan dalamnya. Gereja itu pada nama mengisytiharkan Tuhan dan memberitakan Kristus sebagai Penyelamat. Akan tetapi, apabila anggota-anggotanya mempercayai pemberitaannya, mereka dibawa ke dalam rahsia, misteri, dan hal-hal Syaitan yang dalam (ay. 24) untuk menyembah berhala. Gereja Roman yang murtad memberitakan Tuhan tetapi menyembah berhala. Inilah kemunafikan.

Babylon politik dari sesetengah aspek berada dalam keadaan terhenti, manakala Babylon agamawi sedang berkembang. Sebagai contoh, Krismas, yang dirayakan di seluruh dunia, sama sekali berasal daripada Babylon. Berbahagian dalam Krismas mungkin nampaknya sesuatu hal yang kecil, tetapi apa-apa sahaja yang merupakan sebahagian daripada Babylon ialah benda yang amat dibenci di mata Tuhan. Sistem seorang berbicara dan yang selebihnya mendengar dalam perhimpunan gereja juga merupakan sebahagian daripada Babylon. Elemen Babylon ini tidak harus dibenarkan kekal berada dalam kalangan kita.

Tuhan memerintahkan umat pilihan-Nya dalam Wasiat Lama, Israel, untuk meninggalkan Babylon dan mengasingkan diri mereka secara mutlak daripada Babylon (Yes. 52:11). Dalam Wasiat Baru, Tuhan juga mengarahkan umat-Nya, gereja, untuk keluar dari Babylon (Wahi 18:4). Kita semua perlu bertanyakan diri kita sama ada kita telah membuat pemberesan yang tuntas dengan Babylon hari ini. Kita berada di sini untuk mengikut Kristus kita, Hamba Yehova, dan Dia menuntut kita meninggalkan Babylon dan membuat pemberesan yang tuntas dengan Babylon.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 9, Hari 4. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (212)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (214)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)