Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (214)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (213)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (215)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (214)
2020-11-28 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (214)

Bacaan Bible:

Kej. 11:4   Dan mereka berkata, Marilah kita membina sebuah kota dan sebuah menara dengan puncaknya sampai ke langit untuk diri kita; marilah kita mencipta nama untuk diri kita supaya jangan kita terselerak di seluruh muka bumi.

Yer. 51:9   Kami cuba menyembuhkan Babylon, tetapi dia tidak disembuhkan; tinggalkanlah dia, dan biarlah kita setiap orang pulang ke tanah air sendiri, kerana penghakimannya telah sampai ke langit…

Istilah Babylon berasal daripada “Babel”.…Prinsip menara Babel ialah membina sesuatu dari bumi hingga ke langit. Manusia membina menara Babel dengan batu-bata.…Batuan dicipta oleh Tuhan,…batu-bata ialah ciptaan manusia….Maksud Babylon ialah manusia ingin menggunakan caranya sendiri untuk membina sebuah menara yang mencapai langit. Babylon mewakili kebolehan manusia. Babylon mewakili Kristianiti yang munafik, yang tidak membenarkan Roh Kudus berkuasa dan tidak menuntut pimpinan Roh Kudus; sebaliknya, Babylon melakukan segala sesuatu berdasarkan usaha manusia.…Manusia tidak melihat bahawa mereka adalah terbatas, sebaliknya menganggap bahawa mereka dapat melakukan segala sesuatu dengan kebolehan alamiah. Mereka tidak berdiri atas suatu kedudukan dan benar-benar berkata kepada Tuan, “O Tuan, jika Engkau tidak mengurniai kami, kami tidak dapat berbuat apa-apa.” Mereka menganggap bahawa hal-hal rohani dapat dilaksanakan menerusi keupayaan manusia. Tujuan mereka ialah mencapai langit dari bumi.

Prinsip Babylon ialah mencampuradukkan benda manusia dengan sabda Tuhan, iaitu mencampuradukkan benda kepunyaan tubuh daging dengan benda kepunyaan Roh. Prinsip Babylon ialah memalsukan sesuatu yang berasal daripada manusia agar kelihatan berasal daripada Tuhan, mendapat kemuliaan manusia, dan memuaskan nafsu manusia. Oleh itu, Babylon ialah Kristianiti yang campur aduk, iaitu Kristianiti yang korup. Apakah sikap kita terhadap Babylon? Wahi 18:4 berkata, “Dan aku terdengar suara yang satu lagi dari syurga berkata, Umat-Ku, keluarlah darinya, agar kamu tidak berbahagian dalam dosa-dosanya dan agar kamu tidak menerima malapetakanya.” Dua Korintus 6:17-18 juga berkata, “Oleh itu, ‘keluarlah daripada kalangan mereka dan diasingkan, sabda Tuan, dan jangan sentuh apa-apa yang tidak tahir, dan Aku akan menerima kamu.’”…Sabda Tuhan mengatakan bahawa anak-anak Tuhan tidak boleh berbahagian dalam segala sesuatu yang mengandungi ciri-ciri Babylon. Tuhan mengatakan bahawa kita harus keluar daripada segala yang mencampuradukkan kekuatan manusia dengan kudrat Tuhan, mencampuradukkan kebolehan manusia dengan kerja Tuhan, mencampuradukkan pendapat manusia dengan sabda Tuhan dan segala sesuatu yang mengandungi ciri-ciri Babylon. Kita tidak boleh berbahagian dalam semua ini. Anak-anak Tuhan harus belajar dari hati mereka agar mengasingkan diri mereka daripada Babylon dan menghakimi segala perbuatan Babylon. Dengan demikian, kita tidak akan dikutuk bersama dengan Babylon.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 9, Hari 5.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (213)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (215)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)