Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (212)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (211)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (213)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (212)
2020-11-26 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (212)

Bacaan Bible:

1 Yoh. 2:15   Jangan kasihi dunia dan apa yang ada di dunia. Jika sesiapa mengasihi dunia, kasih untuk Bapa tidak ada dalamnya.

Yak. 4:4   Penzina, tidakkah kamu mengetahui bahawa persahabatan dengan dunia ialah permusuhan dengan Tuhan? Oleh itu, barang siapa berazam menjadi sahabat dunia, dia dikonstitusikan sebagai musuh Tuhan.

Saya bimbang bahawa bahkan orang Kristian mungkin meluangkan begitu banyak masa untuk hal ehwal rumah mereka sehingga mereka mempunyai amat sedikit masa, jika ada, untuk berdoa. Namun demikian, semakin kita diselamatkan daripada kejatuhan, semakin sederhananya kita dalam hal ehwal rumah. Semasa Tuan Yesus berada di bumi, Dia boleh berkata berkenaan diri-Nya, “Rubah mempunyai lubang dan burung di langit bersarang, tetapi Anak Manusia tidak ada tempat untuk meletakkan kepala-Nya” (Mat. 8:20).

Semakin kita diselamatkan daripada kejatuhan, semakin sederhananya kita berkenaan apa yang kita perlukan untuk kewujudan kita.…Orang di dunia diduduki oleh hal pakaian dan menghabiskan banyak masa dan wang untuk perhiasan mereka. Namun demikian, seseorang yang diselamatkan harus hanya memberi perhatian kepada perihal memakai pakaian yang sesuai, kemas, dan bersih.…Sekiranya kita melihat kehidupan Tuan Yesus, kita akan melihat betapa sederhananya Dia berkenaan keperluan untuk kewujudan manusia. 

Hal-hal di bumi yang diperlukan untuk kewujudan manusia telah dikorupkan oleh Syaitan dengan rancangan jahatnya yang sistematik.…Dia telah memegang hal-hal di bumi dan memperalatkan hal-hal ini untuk membentuk satu sistem. Sistem ini bukan hanya merangkumi semua hal tetapi juga semua orang. Hal ini bermakna bahawa kita telah ditawan oleh sistem ini dan diduduki oleh hal-hal dalam sistem ini.

Dalam Roma 12:2 Paulus berkata, “Janganlah dibentuk mengikut zaman ini, tetapi hendaklah ditransform melalui pembaruan minda.” Dibentuk mengikut zaman ini bererti dikonform kepada aliran zaman dunia sekarang. Kita tidak harus dikonform kepada zaman sekarang, sebaliknya kita harus ditransform melalui pembaruan minda. Semakin kita ditransform, semakin kita diselamatkan daripada tubuh daging, diri, dan dunia.

Apa-apa sahaja boleh menjadi satu butir dunia bagi kita jika hal itu menduduki kita dan menyebabkan kita sibuk. Kamu perlu dibebaskan sepenuhnya daripada setiap hal yang menduduki kamu dan menyebabkan kamu sibuk. Waktu itu akan tiba apabila kamu dapat berkata, “Tuan, aku memuji-Mu kerana aku telah dibebaskan.…Di bumi ini, tidak ada apa-apa yang menduduki aku atau menyebabkan aku sibuk.” Jika inilah keadaan kamu, kamu tidak ada kena-mengena dengan dunia ini, biarpun kamu masih hidup di bumi ini. Kamu masih memerlukan makanan, perkahwinan, pakaian, perumahan, dan pengangkutan, tetapi tidak ada apa-apa daripada hal-hal ini yang akan menduduki kamu atau menyebabkan kamu sibuk.

Jika kita melihat visi berkenaan dunia, kita akan menyedari bahawa kita tidak harus mengasihi apa-apa yang duniawi. Kita tidak harus mengasihi apa-apa hal yang menduduki kita atau menyebabkan kita sibuk. Sebaliknya kita harus memberi kasih kita secara penuh, keseluruhan, dan mutlak kepada Tuan. Seluruh kapasiti kita adalah untuk-Nya. Semua tapak, semua ruang dalam kita adalah untuk-Nya.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 9, Hari 3. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (211)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (213)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)