Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (206)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (205)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (207)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (206)
2020-11-20 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Yer. 31:31-32   Lihatlah, hari-hari akan tiba, isytihar Yehova, Aku akan mendirikan waadah baru dengan kaum Israel dan dengan kaum Yehuda, bukan seperti waadah yang Aku dirikan dengan leluhur mereka pada hari Aku memegang tangan mereka untuk membawa mereka keluar dari tanah Mesir, waadah-Ku yang diingkari mereka, meskipun Akulah Suami mereka, isytihar Yehova.

Isi kandungan waadah baru ialah Tuhan Tritunggal, yang telah terproses dan terkonsumasi untuk menjadi segala-gala bagi umat pilihan Tuhan. Waadah baru ini dijanjikan kepada Israel dalam Yeremia 31:31-34 (bd. Ibr. 8:8-13), dan waadah ini digenapi secara sepenuhnya, secara menyeluruh, dan secara lengkap oleh Tuan Yesus semasa Dia mendirikan meja-Nya (Mat. 26:26-29; Mrk. 14:22-25; Luk. 22:19-20; 1 Kor. 11:23-26). Semasa menubuhkan meja, Tuan Yesus mendirikan waadah dengan percayawan Wasiat Baru.

Bahagian yang paling penting dalam buku Yeremia ialah bahagian berkenaan waadah baru. Memandangkan Yeremia berbicara berkenaan waadah baru, maka dalam erti kata tertentu, buku ini lebih penting daripada penulisan Musa yang tidak mengatakan apa-apa tentang waadah baru. Meskipun Musa amat banyak bernubuat berkenaan Kristus, namun waadah yang didirikan Tuhan dengan Israel menerusinya tidak ada kena-mengena dengan Yesus Kristus.

Kristus menggubal waadah baru (yang menjadi wasiat baru — surat pesanan terakhir) dengan darah-Nya untuk menebus pelanggaran umat Tuhan (Mat. 26:28; Ibr. 9:15).…Dia mati untuk kita menurut tuntutan adilbenar Tuhan, dan darah yang ditumpahkan-Nya menerusi kematian itu telah digunakan untuk membentuk waadah. Bahkan Dia sendiri mengatakan bahawa cawan di meja Tuan merupakan simbol bagi waadah baru yang didirikan dengan darah-Nya (1 Kor. 11:25). Dia menebus kita kembali kepada Tuhan dan melayakkan kita mewarisi segala-gala daripada Tuhan. Inilah waadah baru. Sebenarnya, waadah baru ini ialah Kristus sendiri. Dalam kebangkitan, Kristus menjadi warisan wasiat baru dan Perantara, Pelaksana, untuk melaksanakan wasiat baru (Ibr. 9:15-17). Hal ini mengimplikasikan bahawa Kristus ialah waadah.

Apabila Tuhan memberi kita Bible sebagai surat pesanan terakhir, ini bermakna bahawa Tuhan memberi kita Kristus. Kristus ialah sentraliti dan universaliti sebagai realiti wasiat baru. Apabila Kristus diberi, ini bermakna bahawa Dia merupakan waadah. Kita bukan sahaja mempunyai butir-butir tentang wasiat baru dalam minda kita, tetapi kita juga mempunyai realiti waadah ini, yakni Kristus, dalam roh kita.…Dia merupakan waadah Tuhan yang diberi kepada kita, yakni realiti bagi segala apanya Tuhan dan segala apa yang telah diberi oleh Tuhan kepada kita.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 8, Hari 4. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (205)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (207)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)