Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (207)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (206)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (208)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (207)
2020-11-21 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Yer. 31:33-34   Tetapi inilah waadah…: Aku akan meletakkan hukum-Ku ke dalam bahagian dalaman mereka dan menulisnya pada hati mereka; Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.…Mereka semua akan mengenali Aku, daripada yang kecil bahkan kepada yang besar antara mereka, isytihar Yehova, kerana Aku akan mengampunkan kesalahan mereka, dan dosa mereka tidak akan Aku ingati lagi.

Dalam Yeremia 31, Yeremia meletakkan asas bagi waadah baru...Dalam waadah baru, kita menikmati hukum hayat dalaman. Hukum hayat ini membawa kepada kita persona Tuhan dan juga keupayaan divin bagi hayat divin, yang dapat menyempurnakan segala-gala untuk Tuhan bagi menggenapkan ekonomi-Nya. Melalui hukum hayat dalaman, kita mempunyai keupayaan untuk mengenali Tuhan, berhidupkan Tuhan, bahkan dikonstitusikan dengan Tuhan dalam hayat dan sifat-Nya agar kita dapat menjadi ekspresi korporat-Nya.

Di bumi, Kristus telah membuka jalan salib, dan di syurga Dia telah membuka jalan yang baru lagi hidup ke dalam Tempat Maha Kudus (Ibr. 10:19-20).

Dengan naik ke syurga-syurga, Kristus telah mengesahkan waadah baru dan beroleh penebusan abadi (9:12). Kenaikan-Nya ke syurga-syurga mengesahkan waadah baru yang telah dikonsumasikan-Nya di bumi. Di situ, di syurga-syurga, Dia beroleh penebusan abadi untuk kita.

Kristus telah beroleh ministri yang lebih unggul (8:6). Ministri-Nya di atas takhta hari ini lebih unggul daripada ministri para hentar Wasiat Lama di dalam tabernakal. Inilah ministri-Nya di Tempat Maha Kudus.

Sebagai jaminan dan Perantara waadah baru, Kristus menguatkuasakan waadah itu (7:22; 8:6; 9:15). Dalam bahasa Yunani, perkataan jaminan bermakna penggerenti dan orang yang terikat dalam perjanjian atau penjamin.

Sebagai Pelaksana Wasiat Baru, Kristus melaksanakan wasiat itu (9:16-17). Kristus ialah jaminan waadah ini dan Pelaksana wasiat. Surat pesanan terakhir memerlukan seorang pelaksana untuk melaksanakannya. Dalam kenaikan-Nya ke syurga, Kristus ialah Pelaksana wasiat yang diwariskan-Nya kepada kita.

Kristus ialah Hentar Agung yang berdoa-pinta untuk kita dan menyelamatkan kita ke tahap sempurna (7:25-26). Ini bukan menurut aturan Harun di bumi tetapi menurut aturan Melkizedek di syurga.

Sebagai Minister syurgawi, Kristus meministerkan syurga, hayat, dan kudrat ke dalam kita (8:2) agar kita dapat menjalani kehidupan syurgawi di bumi. Ini bukan sahaja menyelamatkan kita daripada hal-hal negatif, tetapi juga menunjang kita dengan bekalan syurgawi hayat divin.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 8, Hari 5. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (206)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (208)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)