Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (205)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (204)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (206)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (205)
2020-11-19 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Kel. 31:13   …Sudah pasti kamu harus mematuhi hari Sabat-Ku, kerana itulah tanda antara Aku dengan kamu dari generasi ke generasi supaya kamu tahu bahawa Akulah Yehova yang menguduskan kamu.

Kel. 31:17   Itulah tanda antara Aku dengan bani Israel buat selama-lamanya; kerana dalam enam hari Yehova menjadikan langit dan bumi, dan pada hari ketujuh Dia berehat dan disegarkan semula.

Kita semua perlu mempelajari pelajaran asas berkenaan hari Sabat.…Hari Sabat bermaksud bahawa sebelum kita bekerja untuk Tuhan, kita perlu menikmati Tuhan dan dipenuhi-Nya. Jika kita telah menikmati Tuhan dan jika kita telah dipenuhi Tuhan, maka kita telah bersedia untuk bekerja bagi-Nya. Kerja sedemikian bukan melalui diri kita, tetapi melalui Tuhan.…Pada hari Pentakosta…Petrus berdiri untuk memberitakan injil…melalui pemenuhan secara dalaman oleh Tuhan, melalui pemenuhan secara dalaman oleh Roh. Oleh yang demikian, Petrus mempunyai tanda bahawa dialah rakan sekerja Tuhan dan pemberitaan injilnya merupakan penghormatan dan kemuliaan kepada Tuhan.

Orang di dunia semuanya bekerja melalui diri mereka. Mereka tidak mempunyai tanda pada mereka yang menunjukkan bahawa mereka kepunyaan Tuhan. Mereka tidak menikmati Tuhan, mereka tidak berehat bersama dengan Tuhan, dan mereka tidak bekerja bersama dengan Tuhan. Keadaan kita sama sekali berbeza kerana kita mempunyai suatu tanda. Apakah tanda yang kita bawa? Tanda ini ialah kita berehat bersama dengan Tuhan, menikmati Tuhan, dan dipenuhi Tuhan terlebih dahulu, kemudian barulah kita bekerja bersama dengan Dia yang memenuhi kita. Di samping itu, kita bukan sahaja bekerja bersama dengan Tuhan, tetapi kita bekerja sebagai orang yang bersatu dengan Tuhan.

Dalam kehidupan gereja, kita mungkin melakukan banyak hal tanpa menikmati Tuan terlebih dahulu, dan tanpa melayan bersama dengan Tuan serta bersatu dengan Tuan. Pelayanan jenis ini mengakibatkan kematian rohani. Apa-apa pelayanan gereja yang tidak ada kenikmatan terhadap Tuan dan bukan dalam kesatuan dengan-Nya membawa masuk kematian rohani. Bila-bila sahaja kita melayan dengan cara ini, kita mengeratasingkan diri kita daripada persekutuan dalam Tubuh.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 8, Hari 3. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (204)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (206)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)