Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (204)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (203)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (205)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (204)
2020-11-18 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Yer. 17:21-22   …Berhati-hatilah akan sukmamu dan jangan pikul beban pada hari Sabat, dan jangan bawa apa-apa melalui pintu-pintu gerbang Yerusalem. Dan jangan bawa apa-apa beban dari rumahmu pada hari Sabat, dan jangan juga lakukan apa-apa kerja; tetapi kuduskanlah hari Sabat, seperti yang Aku perintahkan kepada leluhurmu.

Kel. 31:17   …Pada hari ketujuh Dia berehat dan disegarkan semula.

Hari Sabat menandakan bahawa Tuhan telah melakukan segala-galanya, menyempurnakan segala-galanya, serta menyediakan segala-galanya, dan manusia harus memberhentikan segala kerjanya.…Bekerja pada hari Sabat merupakan suatu penghinaan kepada Tuhan dan kepada apa yang telah disempurnakan-Nya. Kita tidak harus bekerja secara demikian, sebaliknya kita harus menerima Tuhan sebagai kenikmatan kita, minum-Nya sebagai sumber air hidup. Menguduskan hari Sabat Tuhan bererti memberhentikan kerja kita dan menerima apa yang telah dilakukan oleh Tuhan untuk kita.

Wasiat Baru terutamanya juga berkenaan dua aspek ini: menerima Tuhan sebagai air hidup untuk kenikmatan kita (Yoh. 4:14; 7:38) dan memberhentikan kerja kita. Tuhan telah menyempurnakan segala-galanya, dan Dia sudah bersedia untuk kita masuk ke dalam kenikmatan abadi-Nya dalam Yerusalem Baru. Dalam Yerusalem Baru, kita tidak akan bekerja; kita hanya akan minum, memuji, menikmati, dan bergirang. Inilah ekonomi Tuhan.

Tuhan tidak meminta kita bekerja sebelum kita beroleh kenikmatan; inilah prinsip divin.…Jika kita tidak tahu bagaimana mempunyai kenikmatan bersama dengan Tuhan dan bagaimana menikmati Tuhan sendiri, kita tidak akan tahu bagaimana bekerja bersama dengan-Nya. Kita tidak akan tahu bagaimana bersatu dengan Tuhan dalam kerja divin-Nya.

Kita sememangnya menekankan hal bekerja bersama dengan Tuhan dan tidak bekerja untuk Tuhan melalui kekuatan kita sendiri. Ya, kita harus bekerja bersama dengan Tuhan dan bahkan melalui Tuhan. Akan tetapi,…bahkan sekadar bekerja bersama dengan Tuhan memang masih tidak memadai. Kita perlu bersatu dengan Tuhan dalam kerja-Nya. Hal ini menuntut kita menikmati-Nya. Jika kita tidak tahu bagaimana menikmati Tuhan dan dipenuhi Tuhan, kita tidak akan tahu bagaimana bekerja bersama dengan-Nya, bagaimana bersatu dengan-Nya dalam kerja-Nya.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 8, Hari 2. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (203)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (205)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)