Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (203)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (202)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (204)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (203)
2020-11-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Yer. 17:7-8   Berberkatlah orang yang yakin kepada Yehova dan yang keyakinannya ada pada Yehova. Dan dia akan menjadi seperti pohon yang dialih dan ditanam di tepi air, yang memanjangkan akarnya ke tepi aliran air, dan tidak akan takut ketika panas terik datang, kerana daunnya tetap rimbun, dan dia tidak akan khuatir pada tahun kemarau dan tidak akan berhenti menghasilkan buah.

Pemikiran dalam Yeremia 17:7-8 sama dengan pemikiran dalam 1 Korintus 3:6; di situ Paulus berkata, “Aku menanam, Apolos menyiram, tetapi Tuhan menyebabkan pertumbuhan.” Penyiraman adalah untuk penyerapan pohon, dan penyerapan bererti menerima pendispenan Tuhan. Pohon bertumbuh dengan Tuhan sebagai Pembekal dan bekalan. Bekalan ini ialah kekayaan Tuhan yang membekal itu didispenkan ke dalam kita yang merupakan tumbuhan supaya kita dapat bertumbuh menjadi ukuran Tuhan. Akhirnya, tumbuhan dan Tuhan, Tuhan dan tumbuhan, menjadi satu, dengan mempunyai elemen, esens, konstitusi, dan penampilan yang sama.

Yeremia 17:7 dan 8 tidak memberi perhatian semata-mata kepada hal yang cetek seperti yakin kepada Tuhan agar menerima berkat material. Sebenarnya ayat-ayat ini merujuk kepada ekonomi Tuhan yang dilaksanakan melalui pendispenan-Nya. Tuhan ialah air hidup yang didispenkan ke dalam diri kita untuk menjadi konstituen kita. Kita semua perlu melihat makna penting berkenaan menyerap Tuhan sebagai air hidup agar kita dapat dikonstitusikan dengan elemen dan esens-Nya.

Jika para pekudus di lokaliti tertentu kekurangan pertumbuhan hayat, mereka tidak dapat menjalani kehidupan gereja yang wajar. Sebenarnya, realiti gereja tidak wujud dalam kalangan mereka. Ya, mereka ialah gereja lokal pada nama, tetapi mereka tidak ada realiti gereja. Gereja di situ hanyalah perhimpunan orang yang diselamatkan, tetapi tidak dapat dianggap sebagai realiti dari segi pertumbuhan dalam hayat dan dari segi pengalaman dan kenikmatan terhadap Kristus. Selain itu, jika terdapat kekurangan pertumbuhan dalam hayat di situ, maka kehidupan Kristian seseorang percayawan akan menjadi kucar-kacir, kehidupan gereja akan dirosakkan, dan kehidupan Tubuh akan dimusnahkan. Ini betul-betul merupakan keadaan di Korintus. Meskipun percayawan Korintus telah menerima kurniaan permulaan, mereka tidak bertumbuh dalam hayat. Sebaliknya, mereka sekadar mempunyai hayat divin dan Roh Kudus disemai ke dalam mereka sebagai benih. Disebabkan mereka tidak mempunyai pertumbuhan dalam hayat yang normal, mereka tidak ada kehidupan Kristian, kehidupan gereja, dan kehidupan Tubuh yang wajar.

Paulus tidak berbicara tentang gereja dari segi doktrin, tetapi dari segi hayat, dari segi pemberian makan, penyiraman, dan pertumbuhan. Hanya apabila orang Korintus bertumbuh dalam hayat, barulah realiti gereja dapat wujud dalam kalangan mereka menerusi pengalaman terhadap Kristus dan barulah kehidupan Tubuh dapat dibina.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 8, Hari 1. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (202)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (204)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)