Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (202)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (201)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (203)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (202)
2020-11-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Yer. 29:13   Kamu akan mencari Aku dan menemui Aku jika kamu mencari Aku dengan segenap hatimu.

Yer. 33:3   Berserulah kepada-Ku, dan Aku akan menjawab engkau dan memberitahu engkau hal-hal yang agung dan tersembunyi, yang tidak engkau ketahui.

Yeremia menikmati Yehova sebagai bahagiannya, dan dia menaruh harapan bukan pada dirinya, bukan pada orang, dan bukan juga pada apa-apa yang lain tetapi pada Yehova sahaja. Dari satu segi, Yeremia menyedari bahawa Tuhan ialah Tuhan keihsanan kasih, bahawa Dia berbelas kasihan, dan bahawa sabda-Nya adalah setia. Dari segi yang lain, Yeremia menyedari bahawa kita masih perlu menghubungi Tuan setiap pagi, menaruh seluruh harapan kita pada-Nya, dan menantikan-Nya.

Dalam…Ratapan 3, Yeremia berkata, “Aku menyeru nama-Mu, O Yehova” (ay. 55a). Dalam pemulihan Tuan, kita belajar menyeru nama Tuan Yesus. Akan tetapi, banyak percayawan Wasiat Baru tidak tahu tentang menyeru nama Tuan dan tidak mengamalkannya. Malah sesetengah orang mengkritik kita kerana amalan ini. Situasi ini amat dikesali!

Saya menghargai tiga perkara yang telah kita tekankan dalam mesej ini: menaruh harapan kita pada Tuan, menantikan-Nya, dan menyeru nama-Nya. Jika kita mengamalkan hal-hal ini, kita akan berada di bawah pendispenan Tuhan secara praktikal.

Apabila keadaan di sekeliling kita seolah-olah tidak ada harapan, kita perlu menyedari bahawa Tuhan kita sama sekali tidak dapat ditewaskan. Apa jua yang dibicarakan-Nya akan digenapi-Nya dengan setia. Oleh itu, kita harus mempercayai segala-gala yang dibicarakan Bible. Selain itu, kita perlu menyedari bahawa Tuhan ialah bahagian kepada umat-Nya, dan kita harus menaruh harapan dan kepercayaan kita pada-Nya. Kita perlu menaruh kepercayaan pada-Nya dan menantikan-Nya tidak kira Dia menjawab kita sekarang atau kemudian. Sekalipun Dia seakan-akan tidak memakbulkan doa kita, kita harus berterusan dalam doa dan menantikan-Nya. Hasil akhirnya akan menurut tujuan-Nya, dan kita akan menjadi orang yang beroleh manfaat daripada-Nya. Semoga kita semua mempelajari pelajaran ini.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 7, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (201)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (203)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)