Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (201)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (200)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (202)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (201)
2020-11-15 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (201)

Bacaan Bible:

Rat. 3:25   Yehova adalah baik kepada semua yang menantikan-Nya, kepada sukma yang mencari-Nya.

Yes. 30:18   Maka Yehova akan menunggu untuk bermurah hati terhadapmu, maka Dia kekal di tempat tinggi untuk berbelas kasihan terhadapmu; kerana Yehova ialah Tuhan keadilan; berberkatlah semua yang menantikan-Nya.

Pada zaman Yeremia, keadaan umat Israel tidak baik. Tuhan seakan-akan tidak begitu penuh kasih sayang, murah hati, berbelas kasihan, dan setia.…Seperti Yeremia, kita perlu menyedari bahawa Tuhan tetap ialah bahagian kita dan kita harus menaruh harapan pada-Nya, menantikan-Nya, dan menyeru nama-Nya (Rat. 3:55). Akan tetapi, walaupun kita berbuat demikian, kita tidak harus menjangka bahawa keadaan akan berubah dengan serta-merta. Memandangkan tidak adanya perubahan yang serta-merta, kita perlu terus menantikan Tuan.

Dalam kes Yeremia, agak lama dia menantikan Tuan. Nubuatnya berkenaan zaman restorasi masih belum digenapi. Sebaliknya, keadaan Israel hari ini seakan-akan tidak mengesahkan nubuat ini. Ini menunjukkan bahawa kita perlu mempelajari pelajaran menantikan Tuan. Hari ini bukan masa konsumasi muktamad; oleh itu, kita harus menantikan Tuan.

Menantikan Tuan adalah amat penting. Tuhan ialah bahagian kita; Dia penuh keihsanan kasih dan belas kasihan; malah Dia sama sekali setia. Sekarang kita perlu menaruh harapan pada-Nya, menantikan-Nya [ay. 24-25], dan menyeru-Nya.…Sesetengah pengajar Bible menunjukkan bahawa Tuhan bertindak dengan cepat dalam hal menyelamatkan kita; akan tetapi, dalam banyak hal lain Dia tidak bertindak dengan cepat. Misalnya, kita tahu bahawa Tuan memakbulkan doa. Kita boleh berdoa kepada-Nya berkenaan perkara yang khusus, namun Dia mungkin menunggu beberapa bulan baru memakbulkan doa kita. Hal ini membantu kita mengenali bahawa Tuhan kita adalah benar, hidup, berbelas kasihan, dan setia, namun Dia sering tidak melakukan hal secepat yang kita jangkakan.

Sebab Tuhan bertangguh ialah Dia mahu menguji kita. Dia akan menguji kita sehingga satu tahap kita kehilangan harapan kita dan berasa bahawa kita sama sekali sudah habis. Apabila kita berasa bahawa keadaan itu tidak ada harapan, sering kali itulah masanya Tuhan datang. Inilah pengalaman kita di bawah pendispenan Tuhan.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 7, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (200)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (202)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)