Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (200)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (199)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (201)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (200)
2020-11-14 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (200)

Bacaan Bible:

Rat. 3:24   Yehova ialah bahagianku, kata sukmaku; maka aku berharap pada-Nya.

Kol. 1:12   Mengucapkan syukur kepada Bapa yang melayakkan kamu supaya sama-sama beroleh bahagian peruntukan para pekudus dalam cahaya.

Mzm. 73:26   Tubuh dagingku dan hatiku melenyap, tetapi Tuhan itu batuan hatiku dan bahagianku buat selama-lamanya.

[Mazmur 73:2-16 ialah] catatan tentang penderitaan dan kebingungan pemazmur yang mencari Tuhan. Ayat 2…menunjukkan bahawa pemazmur hampir tersandung disebabkan kemakmuran orang durjana (ay. 3-12).…Pencari Tuhan yang salih ini menderita; namun jika dia memberitahu orang lain tentang keadaannya, mereka akan tersandung, lalu berkata, “Sesiapa yang mematuhi hukum akan makmur.” Akan tetapi, di sini terdapat seorang yang mematuhi hukum namun tidak makmur langsung.

Dalam ayat 17 hingga 28 kita melihat bahawa pemazmur mendapat penyelesaian dalam rumah kudus Tuhan.…Di manakah rumah kudus Tuhan hari ini? Pertama, rumah kudus Tuhan, kediaman-Nya, berada dalam roh kita. Kedua, rumah kudus Tuhan ialah gereja. Oleh itu, untuk masuk ke dalam rumah kudus Tuhan, kita perlu berpaling kepada roh kita dan pergi ke perhimpunan gereja. Sebaik sahaja kita berada dalam rumah kudus — dalam roh dan dalam gereja — kita akan mempunyai pandangan yang lain, suatu persepsi yang khusus, tentang situasi orang durjana.

Dengan masuk ke dalam rumah kudus Tuhan, pemazmur dapat memperhatikan bahawa orang durjana diletakkan di tempat licin untuk dijerumuskan ke dalam kebinasaan (ay. 18). Hal ini menyebabkan pemazmur berkata, “Bagaimana mereka termusnah pada saat itu! / Mereka terhapus sepenuhnya kerana kegentaran. / Bagaikan mimpi pada saat orang terjaga, demikianlah Engkau, O Tuan, / Setelah bangun, akan memandang hina terhadap imej mereka” (ay. 19-20).

Ayat 25 mewahikan bahawa pencari Tuhan yang murni akan mempunyai Tuhan sebagai satu-satunya harta miliknya di syurga dan satu-satu keinginannya di bumi. Tuhan ialah satu-satunya matlamat pemazmur. Selain Tuhan dan selain memperoleh Tuhan, pemazmur tidak mementingkan apa-apa yang lain. Dalam perkara ini, Paulus juga sama. Dalam Filipi 3:8, Paulus mengatakan bahawa dia mengira segala sesuatu sebagai sampah supaya dia dapat beroleh Kristus.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 7, Hari 5.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (199)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (201)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)