Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (199)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (198)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (200)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (199)
2020-11-13 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (199)

Bacaan Bible:

Rat. 3:22-23 Disebabkan keihsanan kasih Yehova, kita tidak lenyap, kerana belas kasihan-Nya tidak berkesudahan; semuanya baru setiap pagi; besar kesetiaan-Mu.

Roma 9:15 Kerana kepada Musa Dia berkata, “Aku akan merahmati sesiapa sahaja yang akan Aku rahmati, dan Aku akan menunjukkan belas kasihan kepada sesiapa sahaja yang akan Aku tunjukkan belas kasihan.”

Satu Korintus 1:9 berkata, “Tuhan adalah setia; menerusi-Nya kamu telah dipanggil ke dalam persekutuan Anak-Nya, Yesus Kristus, Tuan kita.”...Dalam kesetiaan-Nya, Dia telah memanggil kita ke dalam persekutuan, iaitu berbahagian dalam Anak-Nya, dan Dia akan memelihara kita dalam pengambilan bahagian dan kenikmatan ini dengan kesetiaan-Nya. Kesetiaan-Nya merupakan jaminan untuk kita berbahagian dalam kenikmatan ini...Satu Yohanes 1:9 juga mewahikan kesetiaan Tuhan: “Jika kita mengaku dosa-dosa kita, Dia adalah setia dan adilbenar untuk mengampunkan dosa-dosa kita dan membersihkan kita daripada segala ketidakadilbenaran.” Tuhan setia dalam sabda-Nya (1 Yoh. 1:10)...Jika kita mengaku dosa-dosa kita, Dia mengampuni kita menurut sabda-Nya, kerana Dia harus setia dalam sabda-Nya...[Dalam 1 Tesalonika 5:23-24] kita melihat bahawa Tuhan yang setia telah memanggil kita, dan Dia juga akan menguduskan kita keseluruhannya dan memelihara seluruh diri kita lengkap. 

Perkataan Yunani bagi rahmat, eleos, merujuk kepada jenis gerak balas yang terdorong disebabkan keadaan melarat pihak yang kasihan. Rahmat lebih merujuk kepada tindakan atau penyataan untuk bergerak balas terhadap keadaan melarat. Perkataan Yunani bagi belas kasihan dalam Roma 9:15 dan 2 Korintus 1:3 ialah oiktirmos. Kata akar yang asas bagi perkataan ini merujuk kepada organ dalaman manusia yang dipercayai menjadi pusat kasih mesra yang lembut dalam manusia. Oleh itu, perkataan Yunani bagi belas kasihan ini merujuk kepada perasaan dalaman yang berasal daripada hati pihak yang mempunyai kasih mesra. Perasaan ini bukan perasaan yang tawar tetapi kasih mesra yang mendalam. Oleh itu, belas kasihan merujuk kepada perasaan dalaman yang ada dalam orang yang memerhatikan keadaan orang yang melarat. Ini merupakan ungkapan yang paling dalam, memaparkan kasih mesra dalaman Tuhan terhadap manusia dalam keadaannya yang kasihan.

Dengan sudut pandangan definisi ini kita boleh melihat Roma 9:15 sekali lagi untuk perbandingan penuh dengan menterjemahkan ayat ini secara begini: “Aku akan menunjukkan tindakan murah hati-Ku yang penuh rahmat kepada sesiapa sahaja yang akan Aku tunjukkan tindakan murah hati-Ku yang penuh rahmat, dan Aku akan menunjukkan perasaan belas kasihan-Ku yang terdalam kepada sesiapa sahaja yang akan Aku tunjukkan perasaan belas kasihan-Ku yang terdalam.” Yang terdahulu merujuk kepada perlakuan luaran Tuhan yang terdorong disebabkan keadaan kita yang melarat; yang terkemudian merujuk kepada kasih mesra dalaman yang berasal daripada esens kasih-Nya. Kita semua harus menghargai kasih mesra Tuhan yang lebih manis ini.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 7, Hari 4. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (198)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (200)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)