Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (198)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (197)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (199)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (198)
2020-11-12 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (198)

Bacaan Bible:

Rat. 5:19   Engkau, O Yehova, kekal ada buat selama-lamanya; takhta-Mu kekal dari generasi ke generasi.

Mzm. 45:6   O Tuhan, takhta-Mu adalah selama-lamanya; cokmar ketulusan ialah cokmar kingdom-Mu.

Dalam ratapan ketiga, Yeremia membicarakan keihsanan kasih, belas kasihan, dan kesetiaan Tuhan; pada penghujung ratapan kelima dia merayu kepada diri abadi Tuhan dan takhta abadi-Nya, yakni pemerintahan-Nya yang tidak berubah. Bagi kamu, yang mana satukah lebih berharga dan lebih tinggi — keihsanan kasih, belas kasihan, dan kesetiaan Tuhan atau diri abadi Tuhan dan takhta abadi-Nya? Diri abadi Tuhan dan takhta-Nya lebih tinggi daripada keihsanan kasih, belas kasihan, dan kesetiaan-Nya. 

Menurut Wasiat Baru, penyelamatan Tuhan ialah perkara berkenaan kasih-Nya (Yoh. 3:16), kurnia-Nya (Ef. 2:8), dan keadilbenaran-Nya (Roma 1:17). Kasih dan kurnia Tuhan mungkin berubah, namun keadilbenaran Tuhan tidak boleh berubah kerana keadilbenaran-Nya berkaitan dengan pemerintahan-Nya (Mzm. 89:14). Kasih dan kurnia berkaitan dengan hati Tuhan. Hati Tuhan mungkin berubah, namun Dia tetap adilbenar. Keadilbenaran Tuhan tidak boleh berubah kerana Dia harus sentiasa adilbenar.

Yeremia mengakhiri Ratapan bukan dengan keihsanan kasih, belas kasihan, dan kesetiaan Tuhan tetapi dengan diri abadi Tuhan dan takhta-Nya. Ini merupakan tanda yang kukuh bahawa semasa Yeremia menulis Ratapan, dia menyentuh ekonomi Tuhan. Walaupun ratapannya penuh dengan perasaan, cita rasa, kasih, dan simpati insaninya, akhirnya dia keluar daripada diri insaninya dan masuk ke dalam kedivinan Tuhan. Dalam 5:19, dia menyentuh persona Tuhan dan takhta Tuhan.

Dalam Yerusalem Baru, Tuhan akan disingkapkan sepenuhnya dalam persona-Nya dan pemerintahan-Nya; kedua-dua ini ialah asas yang tidak dapat digegarkan dalam hal Dia menanggulangi kita. Pada masa itu, kita akan melihat Tuhan sendiri sebagai Raja abadi serta kingdom-Nya yang abadi dan tidak dapat digegarkan (Ibr. 12:28).

Gelaran divin Yehova bermakna “Aku adalah”. Dia ialah yang dahulu, yang sekarang, dan yang akan datang buat selama-lamanya (Wahi 4:8b). Yerusalem telah berakhir, bait telah berakhir, dan tanah Israel juga telah berakhir, namun Yehova tidak akan berakhir.

Apabila kedudukan dan sudut Yeremia berubah daripada dirinya kepada Yehova, dia menyedari bahawa walaupun segala-gala mungkin akan hilang, Yehova kekal buat selama-lamanya.…Hakikat bahawa tidak ada apa-apa yang tinggal dan segala-galanya telah berakhir menyatakan hakikat bahawa Yehova kekal buat selama-lamanya.…Langit dan bumi akan berlalu, namun Dia tidak berkesudahan. Dia ialah sumber yang unik, dan semua generasi berasal daripada Dia.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 7, Hari 3. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (197)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (199)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)