Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (197)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (196)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (198)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (197)
2020-11-11 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (197)

Bacaan Bible:

Yer. 11:20   Tetapi, O Yehova ribuan tentera, yang menghakim dengan adilbenar, yang menguji bahagian dalaman dan hati...

Mzm. 24:9-10   Angkatlah kepalamu, O pintu-pintu gerbang, dan angkatlah, O pintu-pintu yang lama bersabar-tahan; Raja kemuliaan akan masuk. Siapakah Raja kemuliaan ini? Yehova ribuan tentera — Dialah Raja kemuliaan! Sela.

Dalam latar belakang Mazmur 24, gunung Zion ada di situ, tetapi Tabut telah hilang. Sekarang, Tabut telah masuk; Kristus telah masuk. Semasa Tabut masuk, Daud berkata, “Angkatlah kepalamu, O pintu-pintu gerbang, / Dan terangkatlah, O pintu-pintu yang lama bersabar-tahan; / Raja kemuliaan akan masuk” [ay. 7]. Kita mungkin ialah gunung Zion, kita mungkin ialah gereja lokal, namun Raja kemuliaan tidak semestinya berada di dalam. Kita perlu menjadi terbuka, kita perlu ditinggikan untuk membenarkan Raja kemuliaan masuk. Dengan itu, gereja akan menjadi batu loncatan, tapak berpijak bagi Tuan kembali dan memperoleh bumi.

Oleh sebab kita harus menunggu kedatangan-Nya dengan sabar-tahan, kita mudah menundukkan kepala disebabkan kekecewaan. Inilah sebabnya pemazmur berkata, “Angkatlah kepalamu” [Mzm. 24:9]. Jika kita mengharapkan seseorang yang kita kasihi itu datang namun dia tidak datang, kita akan menundukkan kepala. Akan tetapi, jika kita menerima panggilan telefonnya memberitahu kita bahawa dia akan datang, kita akan mengangkat kepala; ini bermaksud kita akan digalakkan untuk mengharapkan kedatangannya.

Kita harus bersiap sedia untuk menyambut-Nya. Mazmur 24:8 bertanya, “Siapakah Raja kemuliaan itu?” Raja kemuliaan itu ialah “Yehova yang kuat dan perkasa! / Yehova yang perkasa dalam peperangan!” Yehova ialah Yesus, dan Yesus ialah perjasadan Tuhan Tritunggal dalam kebangkitan. Dialah yang kuat berperang dan adalah menang.

Ayat 9 berkata, “Angkatlah kepalamu, O pintu-pintu gerbang, / Dan angkatlah, O pintu-pintu yang lama bersabar-tahan; / Raja kemuliaan akan masuk.” Ayat 7 berkata, “Terangkatlah,” tetapi ayat 9 berkata, “Angkatlah.” Terangkatlah bermaksud bahawa kita masih lemah, memerlukan orang untuk menggerakkan kita. Akan tetapi, angkatlah bermaksud bahawa kita telah menjadi kuat. Kita sendiri dapat mengangkat kepala. Raja kemuliaan yang akan kita sambut itu ialah Yehova ribuan tentera. Ribuan tentera bermaksud bala tentera. Dialah Yehova bala tentera. Yehova ialah Tuhan Tritunggal yang berinkarnasi, tersalib, dan bangkit. Dialah Yang akan kembali dalam kebangkitan-Nya untuk memperoleh seluruh bumi, dan mendudukinya sebagai kingdom-Nya. Raja kemuliaan ini ialah Yehova ribuan tentera, yakni Tuhan Tritunggal yang terkonsumasi yang terjasad dalam Kristus yang menang dan akan datang (ay. 10).

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 7, Hari 2.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (196)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (198)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)