Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (196)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (195)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (197)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (196)
2020-11-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (196)

Bacaan Bible:

Yer. 10:10   Tetapi Yehova ialah Tuhan yang benar; Dia Tuhan yang hidup dan Raja yang abadi...

Kel. 3:14   Maka Tuhan bersabda kepada Musa, AKULAH AKU ADALAH. Dan Dia bersabda, Beginilah engkau harus berkata kepada bani Israel, AKU ADALAH telah mengutus aku kepadamu.

Yehova…bermaksud “Dia yang dahulu, yang sekarang, dan yang akan datang”. Gelaran ini pada asasnya terbentuk daripada kata pemeri adalah. Selain Tuan, segala-gala yang lain bukanlah apa-apa. Dialah satu-satunya yang adalah, satu-satunya yang mempunyai realiti kewujudan. Kata pemeri adalah tidak harus diterapkan secara mutlak pada sesiapa atau apa-apa melainkan pada-Nya. Dialah satu-satunya yang swawujud. Dalam alam semesta, segala-galanya bukan apa-apa.…Ibrani 11:6 mengatakan bahawa “dia yang datang ke hadapan kepada Tuhan harus percaya bahawa Tuhan adalah”. Menurut ayat Bible ini, Tuhan adalah, dan kita harus percaya bahawa Dia adalah. Tuhan adalah tetapi kita bukan.

Perkataan Aku Adalah bukanlah ayat yang lengkap, tetapi berfungsi dalam Keluaran 3:14 sebagai satu nama, bahkan satu nama yang unik, ...[yang] sebenarnya kata pemeri adalah. Hanya Tuhan yang layak menerapkan kata pemeri ini pada kewujudan-Nya kerana hanya Dialah yang swawujud. Kamu dan saya...bukan swawujud.

Sebagai Aku Adalah, Tuhan ialah segala yang kita perlukan. Selepas perkataan Aku Adalah kita boleh menambah segala apa yang kita perlukan. Adakah kamu penat? Aku Adalah menjadi rehat kamu. Adakah kamu lapar? Dialah makanan kamu. Adakah kamu sedang mati? Dialah hayat. Dalam Wasiat Baru, Tuan menggunakan banyak benda untuk menghuraikan diri-Nya: “Akulah pohon anggur” (Yoh. 15:1), “Akulah roti hayat” (Yoh. 6:35), “Akulah cahaya” (Yoh. 8:12). Sebagai Aku Adalah, Tuhan ialah segala-galanya —langit, bumi, udara, air, pohon, burung, binatang. Ini bukan panteisme, iaitu kepercayaan agama yang menyepadukan Tuhan dengan alam kebendaan. Saya bukan mengatakan bahawa setiap perkara itu Tuhan, tetapi saya memang mengisytiharkan bahawa Tuhan ialah realiti bagi setiap perkara positif. Ini mengimplikasikan bahawa Tuhan haruslah menjadi kamu, bahkan menjadi realiti bagi diri kamu. Kita dapat berkata kepada-Nya, “Tuan, Engkaulah aku.” Jika Tuan bukannya kita, maka kita bukanlah apa-apa dan kita tidak ada realiti. Aku Adalah yang agung ini, Dia yang almuhit,ialah Dia yang telah datang memanggil kita.…Saya dapat bersaksi bahawa sepanjang kehidupan Kristian saya yang lebih daripada lima puluh tahun ini, Aku Adalah selalu menopang saya. Oleh sebab Dia menopang saya dengan segala apanya Dia, maka saya tidak pernah mundur. Lebih-lebih lagi, saya dapat berterusan dalam ministri ini lebih daripada empat puluh tahun.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 7, Hari 1. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (195)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (197)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)