Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (195)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (194)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (196)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (195)
2020-11-09 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (195)

Bacaan Bible:

Yer. 31:33   Tetapi inilah waadah yang akan Aku dirikan dengan kaum Israel selepas hari-hari itu, isytihar Yehova: Aku akan meletakkan hukum-Ku ke dalam bahagian dalaman mereka dan menulisnya pada hati mereka; Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.

Buku Yeremia bukan ditulis menurut urutan sejarah, tetapi buku ini tentunya mempunyai urutan rohani. Pertama, Yeremia menunjukkan kepada kita dosa asas umat Tuhan—meninggalkan Tuhan dan memahat takungan air mereka sendiri. Kemudian, hati manusia didedahkan secara beransur-ansur sebagai hati yang licik dan tidak dapat disembuhkan. Kita durjana dan tidak ada harapan kerana mempunyai sifat jatuh yang tidak dapat diubah. Untuk bersatu dengan Tuhan, kita memerlukan Kristus sebagai Tunas Daud untuk menjadi penebusan dan justifikasi kita. Ini membawa Tuhan Tritunggal ke dalam kita untuk menjadi hayat kita, hukum hayat dalaman kita, keupayaan kita, dan segala-gala kita. Inilah waadah baru (31:33). Dalam waadah baru, kita tidak melakukan apa-apa. Sebaliknya, kita hanya bersatu dengan Tuhan dan membiarkan Dia menuliskan diri-Nya sebagai hukum hayat ke dalam kita. Hukum hayat ini mengimplikasikan Tuhan Tritunggal berserta keupayaan yang tertinggi untuk kita berfungsi. Tuhan hidup dalam kita dan mempunyai kebebasan dalam hal besar dan kecil, untuk mendispenkan-Nya ke dalam diri kita bagi melaksanakan ekonomi-Nya. Pendispenan ini akan membawa masuk restorasi segala sesuatu dan akan berkonsumasi dalam Yerusalem Baru di langit baru dan bumi baru. Yerusalem Baru ialah konsumasi ekonomi Tuhan yang disempurnakan melalui pendispenan abadi-Nya.

Dalam buku Yeremia, kita melihat bahawa kita telah ditebus, kita dijustifikasikan, dan kita telah bersatu dengan Tuhan. Akhirnya, kita akan mengenali Tuhan, berhidupkan Tuhan, dan dikonstitusikan dengan Tuhan dalam hayat dan sifat-Nya agar kita dapat menjadi ekspresi korporat-Nya. Inilah ajaran Bible yang lengkap, terutamanya dalam Wasiat Baru, dan inilah esens buku Yeremia.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 6, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (194)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (196)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)