Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (194)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (193)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (195)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (194)
2020-11-08 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (194)

Bacaan Bible:

Yer. 17:9   Hati itu lebih licik daripada segala sesuatu, Dan tidak dapat disembuhkan; Siapakah yang dapat mengetahuinya?

Yer. 23:5-6   …Aku akan membangkitkan Tunas yang adilbenar bagi Daud.…Inilah nama-Nya yang akan dipanggil orang terhadap-Nya, Yehova keadilbenaran kita.

Kita sebagai orang Kristian telah…melanggar prinsip bersatu dengan Tuhan. Kita mungkin tidak mempunyai hati untuk bersatu dengan Tuhan, namun kita suka menjadi umat-Nya. Akibatnya ialah kita tidak bersetuju dengan kehendak Tuhan atau minda Tuhan; sebaliknya, kita mengekspresikan pendapat kita dan mementingkan kesukaan dan kebencian kita. Inilah sebab terdapatnya kekurangan kesatuan dalam kalangan percayawan hari ini. Jika kita tidak bersatu dengan Tuhan, kita tidak dapat bersatu dengan orang lain. Orang yang tidak bersatu dengan Tuhan tidak menerima kehendak dan kegirangan-Nya; sebaliknya mereka mengekspresikan pendapat mereka dan mengejar pilihan mereka. Berbuat demikian bererti memahat takungan pecah yang tidak dapat menakung air.

Oleh sebab kita, seperti bani Israel, tidak bersatu dengan Tuhan dan tidak mempunyai hati untuk melakukan kehendak Tuhan atau menerima kegirangan-Nya, kita bersalah terhadap Tuhan, melanggar ordinan-Nya, dan berbuat dosa terhadap perintah-Nya. Kita ialah umat yang mempunyai hati yang licik dan tidak dapat disembuhkan (Yer. 17:9). Kita didedahkan sebagai orang yang mempunyai sifat dosa dan memberontak, sifat yang…tidak dapat diubah (13:23). Memandangkan inilah keadaan kita, bagaimanakah kita dapat diperdamaikan dengan Tuhan?

Jawapannya [terdapat] dalam 23:5-6.…Satu-satunya cara kita dapat diperdamaikan dengan Tuhan dan dijustifikasikan-Nya adalah melalui Kristus, iaitu Tunas baru, Tunas yang adilbenar, yang digelar Yehova keadilbenaran kita. Sebagai Tunas yang adilbenar, Dia datang dalam tubuh daging sebagai keturunan Daud untuk mati di atas salib dan menumpahkan darah-Nya bagi menyempurnakan penebusan demi justifikasi kita.

Berdasarkan penebusan Kristus, kita telah dijustifikasikan, dan Tuhan Tritunggal telah masuk ke dalam kita untuk menjadi hayat kita, persona kita, dan segala-gala kita. Ini mencipta satu situasi yang memberi Tuhan kebebasan untuk mengerjahasilkan ekonomi abadi-Nya dalam kita dengan mendispenkan diri-Nya ke dalam diri kita. Jika kita melihat prinsip ini dan memahaminya, kita akan memahami seluruh buku Yeremia.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 6, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (193)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (195)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)