Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (186)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (185)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (187)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (186)
2020-10-31 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Roma 9:16   Dengan demikian, ini tidak bergantung pada dia yang berkehendak, dan tidak bergantung pada dia yang berlari, tetapi bergantung pada Tuhan yang menunjukkan rahmat.

Roma 9:23   Agar Dia dapat menyatakan kekayaan kemuliaan-Nya ke atas wadah-wadah rahmat yang telah disediakan-Nya itu terlebih dahulu untuk kemuliaan.

Luk. 1:78   Kerana belas kasihan yang berahmat daripada Tuhan kita, yang dalamnya suria terbit akan mengunjungi kita dari tempat tinggi.

Jika kita mengimbas kembali masa yang lalu, kita akan menyembah Tuan. Kita akan sedar bahawa setiap langkah kita bukan bergantung pada diri kita, tetapi bergantung pada-Nya. Sebelum kita dilahirkan, Dia telah memilih kita dan mempratakdirkan kita serta mengatur segala-gala yang berkaitan dengan kita, termasuklah waktu dan tempat lahir kita. Malah Dia menetapkan semua hari-hari kita dan semua tempat kita berada.…Segala-gala yang berlaku pada kita ialah perihal rahmat divin. 

Kita tidak harus menaruh keyakinan pada diri kita, dan tidak harus beranggapan bahawa kita berada di sini disebabkan apanya kita atau apa yang telah kita lakukan. Hari ini, kita berada dalam pemulihan Tuan bukan bergantung pada kita berkehendak atau kita berlari, tetapi bergantung pada Tuhan, yakni Dia yang menunjukkan rahmat. Kita telah diselamatkan dan kita rela mengambil jalan Tuan; ini sesungguhnya suatu rahmat!…Kita rela diasingkan daripada zaman hari ini yang jahat juga disebabkan rahmat-Nya. Dunia adalah mempesona dan penuh daya tarikan. Bagaimanapun, saya boleh bersaksi bahawa saya langsung tidak ada selera terhadap perkara-perkara di dunia.…Ada penebat [divin]...yang menjauhkan saya daripada sistem dunia. Ini satu lagi aspek rahmat Tuhan. 

Kita harus mengenali rahmat Tuhan dalam pemilihan kurnia.…Saya memandang kepada Tuan agar Dia memberi kita tanggapan yang mendalam tentang rahmat-Nya dalam hal memilih kita. Jangan menaruh keyakinan kamu dalam apa yang dapat kamu lakukan atau dalam apa yang kamu rancang untuk lakukan. Sebaliknya, bersujudlah di hadapan Tuan dan menyembah-Nya atas rahmat-Nya. Semakin kamu menyembah Tuan atas rahmat-Nya, semakin kamu akan ditinggikan. Kamu akan mendapati bahawa Tuan sedang memikul kamu dalam rahmat-Nya, dan bukannya kamu bergelut untuk memikul tanggungjawab. Kita semua perlu mengenali Tuan dengan cara sebegini. Dia telah memilih kita, mempratakdirkan kita, memanggil kita, dan meletakkan kita dalam pemulihan-Nya; ini sememangnya penuh dengan rahmat! Berkenaan masa depan, kita menaruh kepercayaan pada-Nya dan pada rahmat-Nya yang menakjubkan, bukan pada diri kita. Segala-gala berkenaan kita dimulakan oleh Tuan. Segala-galanya bergantung pada-Nya; tidak ada apa-apa yang berasal daripada kita. Saya dapat bersaksi bahawa semakin kita menyembah Tuhan atas rahmat-Nya, semakin kita berada dalam hati-Nya dengan mendalam dan semakin kita bersatu dengan-Nya. 

[Jika kamu] menyembah Tuhan atas pemilihan-Nya,…Dia akan memikul kamu semasa kamu memikul tanggungjawab. Semakin kita cuba menjadi bertanggungjawab dalam diri sendiri, semakin kita akan menderita secara dalaman. Perasaan dalaman kita adalah pahit. Akan tetapi, jika kita menyembah Tuan atas rahmat-Nya dan mengalami Dia memikul kita semasa kita memikul tanggungjawab, perasaan dalaman kita akan menjadi semanis madu. Satu sebab saya rasa gembira setiap hari ialah saya belajar menaruh kepercayaan pada rahmat Tuan dan menyembah-Nya atas rahmat-Nya. Beberapa tahun yang lalu, saya sering memohon Tuan melakukan banyak perkara bagi saya. Akan tetapi, sekarang saya berdoa dengan memberi syukur kepada-Nya atas rahmat-Nya. Dia mengatakan bahawa Dia akan memberi rahmat kepada sesiapa sahaja yang akan dirahmati-Nya, dan menunjukkan belas kasihan terhadap sesiapa sahaja yang akan Dia menunjukkan belas kasihan-Nya. Jika kita menikmati rahmat Tuan dan menyembah-Nya atas pemilihan-Nya, kita akan berada dalam kesyurgaan. 

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 5, Hari 5. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (185)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (187)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)