Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (185)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (184)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (186)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (185)
2020-10-30 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Roma 9:15-16   Kerana kepada Musa Dia berkata, “Aku akan merahmati sesiapa sahaja yang akan Aku rahmati, dan Aku akan menunjukkan belas kasihan kepada sesiapa sahaja yang akan Aku tunjukkan belas kasihan.” Dengan demikian, ini tidak bergantung pada dia yang berkehendak, dan tidak bergantung pada dia yang berlari, tetapi bergantung pada Tuhan yang menunjukkan rahmat.

Mat. 9:13   Pergi dan pelajarilah makna ini, “Aku menghasratkan rahmat dan bukannya korban sembelihan,” kerana Aku datang bukan untuk memanggil orang adilbenar tetapi pendosa.

Semasa Paulus menulis Roma 9, pemikirannya diduduki sepenuhnya dengan rahmat Tuhan [bd. ay. 16].…Kita ialah percayawan dan berada dalam kehidupan gereja sama sekali disebabkan rahmat Tu¬han. Kita tidak ada apa-apa untuk dimegahkan dalam diri sendiri kerana segala-galanya bergantung pada rahmat Tuhan....Sebagai wadah-wadah rahmat untuk kehormatan dan kemuliaan, kita dipilih Tuhan menurut rahmat-Nya yang maha penentu (Roma 9:11-16). Ungkapan rahmat yang maha penentu bermaksud bahawa rahmat Tuhan sama sekali menurut kuasa ketentuan-Nya. Menjadi wadah rahmat bukan hasil daripada pilihan kita, tetapi berasal daripada kuasa ketentuan Tuhan. Kita dicipta sebagai wadah-wadah rahmat untuk berisikan-Nya disebabkan kuasa ketentuan Tuhan. Kuasa ketentuan-Nya ialah asas pemilihan-Nya. 

Sekiranya kita ingin melayan Tuhan dalam ekonomi Wasiat Baru-Nya, kita perlu mengetahui bahawa perkara ini sama sekali tertakluk pada rahmat Tuhan yang maha penentu. Menerusi banyak pengalaman, saya diyakinkan dengan teguh dan mendalam bahawa segala-gala yang berlaku kepada kita berasal daripada rahmat Tuhan. Segala-galanya bergantung pada rahmat Tuhan. Semakin banyak kita melihat perkara ini, semakin banyak kita akan memikul tanggungjawab kita di hadapan Tuhan secara spontan. Namun, bahkan keupayaan memikul tanggungjawab juga berasal daripada rahmat Tuhan. Mengapakah sesetengah percayawan rela memikul tanggungjawab tetapi percayawan yang lain tidak rela? Jawapannya ialah rahmat Tuhan. Dalam Roma 9:15 Paulus memetik sabda Tuan, “Aku akan merahmati sesiapa sahaja yang akan Aku rahmati.” Kita memberi respons kepada injil sedangkan orang lain tidak memberi respons, kita menerima sabda tentang Kristus sebagai hayat sedangkan orang lain enggan menerimanya, dan kita mengambil jalan pemulihan Tuan sedangkan orang lain mengundur dari jalan ini; kesemuanya disebabkan rahmat Tuhan.

Berkenaan pemulihan-Nya, Tuhan akan merahmati sesiapa sahaja yang akan dirahmati-Nya. Kita berada dalam pemulihan Tuan bukan disebabkan kita lebih cerdik atau lebih mencari Tuan berbanding dengan orang lain. Kita berada di sini sama sekali disebabkan rahmat Tuhan. Jika kamu mempertimbangkan bagaimana Tuan membawa kamu ke dalam kehidupan gereja dalam pemulihan Tuan, kamu akan menyembah-Nya atas rahmat-Nya. Berkenaan injil, ministri hayat, dan kehidupan gereja, Tuhan telah merahmati kita. Betapa kita harus memuji-Nya atas rahmat-Nya yang maha penentu, dan menyembah-Nya atas rahmat-Nya!

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 5, Hari 4.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (184)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (186)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)