Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (187)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (186)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (188)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (187)
2020-11-01 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

2 Kor. 3:16   Tetapi apabila hati mereka berpaling kepada Tuan, selubung itu diambil pergi.

2 Kor. 3:18   Tetapi kita semua dengan muka yang tidak diselubungi, seperti cermin menatap dan memantulkan kemuliaan Tuan, sedang ditransform menjadi imej yang sama daripada kemuliaan kepada kemuliaan, sebagaimana daripada Tuan Roh.

Percayawan menjadi wadah kehormatan dengan mempunyai Kristus sebagai harta mereka menerusi kelahiruan. Roma 9:21 berbicara tentang wadah yang terhormat.…[Dua Korintus 4:7 berkata,] “Kami mempunyai harta ini di dalam wadah tanah supaya keunggulan kudrat ini kepunyaan Tuhan dan bukan daripada kami.” Harta ini ialah Kristus yang huni dalam kita. Kita ialah bekas-bekas kehormatan kerana Kristus sendiri ialah kehormatan.…Walaupun kita mempunyai harta ini dalam wadah tanah, harta ini belum lagi termanifestasi. Apabila Tuan Yesus kembali,…orang lain akan dapat melihat bahawa kita, sebagai wadah kehormatan, ialah bekas-bekas bagi harta ini.

Sebagai wadah-wadah rahmat untuk kehormatan dan kemuliaan, kita telah disediakan Tuhan untuk kemuliaan menerusi pemuliaan — inilah langkah terakhir penyelamatan penuh Tuhan. Roma 9:23 memberitahu kita bahawa wadah-wadah rahmat telah disediakan-Nya untuk kemuliaan, dan Roma 8:30 menunjukkan bahawa pemuliaan ialah langkah terakhir penyelamatan Tuhan. Kita telah dipratakdirkan, dipanggil, dijustifikasikan, dan akhirnya kita akan dimuliakan. Pemuliaan termasuk penebusan (transfigurasi) tubuh kita (Flp. 3:21) dan pengkonforman sepenuhnya kepada Tuhan. Dalam langkah terakhir penyelamatan-Nya, Tuhan akan menebus tubuh kita yang jatuh dan korup (Roma 8:23) dengan mentransfigurnya menjadi tubuh kemuliaan Kristus. Dia juga akan mengkonform kita kepada imej mulia Kristus, Anak sulung-Nya (Roma 8:29), menjadikan kita secara keseluruhan dan sepenuhnya sama seperti Dia dalam roh kita yang dilahirukan, sukma kita yang ditransform, dan tubuh kita yang ditransfigur. Dengan itu, tubuh kita akan dibebaskan daripada pengabdian kekorupan ciptaan lama ke dalam kemuliaan ciptaan baru Tuhan (8:21).

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 5, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (186)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (188)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)