Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (163)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (162)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (164)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (163)
2020-10-08 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (163)

Bacaan Bible:

Yer. 17:9   Hati itu lebih licik daripada segala sesuatu, dan tidak dapat disembuhkan; siapakah yang dapat mengetahuinya?

Yer. 13:23   Dapatkah orang Kush mengubah kulitnya, atau harimau bintang mengubah tompoknya? Kalau begitu, kamu yang sudah biasa berbuat jahat pun berupaya berbuat baik.

Inti pati buku Yeremia mempunyai satu lagi aspek, iaitu mendedahkan apanya kita dalam keadaan kita yang jatuh. Dalam perkara ini, Yeremia amat dalam namun juga amat simpal. Dalam 17:9, dia membicarakan hati manusia.…Hati kita amat licik sekali dan tidak dapat disembuhkan. Sebagaimana hati kita tidak dapat disembuhkan, begitu juga sifat jatuh kita tidak dapat diubah [bd. 13:23].…Dalam keadaan kita yang jatuh, kita adalah korup dan reput; tidak ada cara untuk kita mengubah, membetulkan, atau memperbaik diri kita. Pengikut Confucius cuba menggunakan ajarannya untuk memperbaik diri mereka, namun mereka gagal.

Yesaya memberi respons kepada visi Kristus dalam kemuliaan [Yes. 6:1-7] dengan berkata, “Celakalah aku, habislah aku!” (ay. 5a). Hasil daripada melihat visi ini, Yesaya ditamatkan dan diakhiri...Yesaya terus berkata, “Kerana aku seorang yang berbibir tidak tahir, / Dan dalam kalangan umat yang berbibir tidak tahir aku huni” (ay. 5b). Di sini kita dapat melihat bahawa kita harus memberi perhatian kepada bibir kita, percakapan kita. Setiap hari kita bercakap terlalu banyak. Sebahagian besar daripada kata-kata yang kita bicarakan adalah jahat, kerana kebanyakan kata-kata kita ialah kata-kata kritikan.…Inilah sebabnya bibir kita tidak tahir. Hal-hal yang tidak tahir seperti gosip, sungutan, dan bantahan menjadikan kehidupan gereja rasa seperti cuka. Jika kita menyingkirkan gosip, sungutan, dan bantahan, kita mungkin mendapati bahawa kita tidak ada apa-apa untuk dibicarakan. Seperti Yesaya, kita perlu menyedari bahawa bibir kita tidak tahir.

Setiap orang yang benar-benar melihat visi Tuan akan dicahayai. Visi yang dilihatnya dengan serta-merta akan mendedahkannya dan membawa dia ke dalam cahaya. Dalam Lukas 5, sejurus selepas Petrus melihat Tuan, dia berkata kepada Tuan, “Tuan, beredarlah daripadaku, kerana aku seorang yang berdosa” (ay. 8)...Setakat mana kita mengenali diri kita bergantung pada setakat mana kita melihat Tuan. Atas sebab ini, kita memerlukan pemugaran setiap pagi. Pemugaran pagi ialah masa untuk kita melihat Tuan sekali lagi. Semakin kita melihat Tuan, semakin kita melihat apanya diri kita ini. Kita menyedari bahawa tidak ada apa-apa yang baik di dalam kita dan segala-gala yang ada dalam kita tidak ada kesemarakan ataupun virtu...Walaupun Yesaya mengetahui bahawa dia sudah habis dan dia seorang yang bibirnya tidak tahir, namun dia mengetahui bahawa dia nampak Raja, Yehova ribuan tentera, dengan matanya (Yes. 6:5c).

Setelah Yesaya menyedari bahawa dia tidak tahir, dia disucikan oleh satu daripada serafim, yang menandakan kekudusan Tuhan (ay. 6a)...Yesaya disucikan dengan bara dari mazbah (ay. 6b-7a). Bara ini menandakan keberkesanan penebusan Kristus yang disempurnakan di atas salib...Penyucian oleh serafim dengan bara dari mazbah ini menghapuskan kesalahan Yesaya dan menyingkirkan dosanya (ay. 7b).

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 2, Hari 3. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (162)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (164)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)