Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (164)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (163)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (165)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (164)
2020-10-09 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (164)

Bacaan Bible:

Yes. 6:5   Lalu aku berkata, Celakalah aku, habislah aku! Kerana aku seorang yang berbibir tidak tahir, dan dalam kalangan umat yang berbibir tidak tahir aku huni; namun mataku telah nampak Raja, Yehova ribuan tentera.

1 Yoh. 1:7   …Jika kita bergerak-hidup dalam cahaya sebagaimana Dia berada dalam cahaya, kita mempunyai persekutuan dengan satu sama lain, dan darah Yesus Anak-Nya membersihkan kita daripada setiap dosa.

Sebelum pengalaman Yesaya dalam bab 6,…dia sudah ditahirkan, namun dia menyedari bahawa dia masih tidak tahir. Hal ini menunjukkan bahawa kita semua perlu menyedari bahawa kita ialah totaliti ketidaktahiran. Tidak kira berapa kali kita dibasuh, kita masih lagi tidak tahir. Kita semua harus mengenali diri kita sehingga tahap ini...Dalam pengalaman kita, sama ada kita tahir atau tidak tahir bergantung pada perasaan zimah kita; perasaan zimah kita pula bergantung pada setakat mana kita melihat Tuan. Setakat mana kita melihat Tuan akan menentukan setakat mana kita ditahirkan. Semakin kita melihat Tuan dan didedahkan, semakin kita ditahirkan. Apabila zimah kita ditahirkan dan bebas daripada kesalahan, kita dapat menghubungi Tuhan.

Apabila kita hidup dalam cahaya divin, kita berada di bawah pencahayaannya, dan cahaya ini akan mendedahkan, menurut sifat divin Tuhan dan menerusi sifat Tuhan dalam kita, semua dosa, kesalahan, kegagalan, dan kecacatan kita. Semua ini bercanggah dengan cahaya-Nya yang suci, kasih-Nya yang sempurna, kekudusan-Nya yang mutlak, dan keadilbenaran-Nya yang unggul. Pada saat ini, dalam zimah kita yang dicahayai itu, kita menyedari keperluan untuk pembersihan oleh darah penebusan Tuan Yesus, dan darah ini membersihkan kita dalam zimah kita daripada segala dosa agar persekutuan kita dengan Tuhan dan dengan satu sama lain dapat dikekalkan. Hubungan kita dengan Tuhan tidak dapat diputuskan, namun persekutuan kita dengan-Nya mungkin terganggu. Hubungan kita dengan Tuhan adalah daripada hayat, manakala persekutuan kita dengan-Nya adalah berdasarkan kehidupan kita, walaupun ini juga daripada hayat.…Persekutuan kita yang bersyarat itu perlu dikekalkan melalui pembersihan oleh darah Tuan secara berterusan.

“Dengan dengaran telinga aku pernah mendengar tentang-Mu, / Tetapi sekarang mataku melihat-Mu; / Maka aku membenci diriku, dan aku bertaubat / Dalam debu dan abu” (Ayub 42:5-6). Ini menunjukkan bahawa Ayub beroleh Tuhan dalam pengalaman peribadinya (selain daripada mengenali Tuhan dalam pengetahuannya yang sia-sia menurut tradisi) dan dia membenci dirinya...Melihat Tuhan bersamaan dengan beroleh Tuhan (Mat. 5:8). Beroleh Tuhan bererti menerima Tuhan dalam elemen-Nya, dalam hayat-Nya, dan dalam sifat-Nya. Akhirnya, hal ini bukan hanya menjadikan kita satu dengan Tuhan, bahkan menjadikan kita sebahagian daripada Tuhan... Ayub mengatakan bahawa dia bukan sahaja melihat Tuhan, malah dia juga membenci dirinya. Menurut pengalaman kita, semakin kita melihat Tuhan dan mengasihi Tuhan, semakin kita membenci diri. Semakin kita mengenali Tuhan, semakin kita menyangkal diri.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 2, Hari 4. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (163)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (165)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)