Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (162)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (161)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (163)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (162)
2020-10-07 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (162)

Bacaan Bible:

Yoh. 4:10    Yesus menjawab dan berkata kepadanya, Jika kamu tahu akan berian Tuhan dan siapakah Dia yang berkata kepadamu, Berilah Aku minum, kamu pasti sudah meminta-Nya, dan Dia pasti sudah memberi kamu air hidup.

Yoh. 4:14    Tetapi barang siapa yang minum daripada air yang akan Kuberikan kepadanya pasti tidak akan haus buat selama-lamanya; tetapi air yang akan Kuberikan kepadanya akan menjadi sumber mata air dalamnya, yang memancur keluar ke dalam hayat abadi. 

Tuhan Tritunggal mengalir dalam Triniti Divin dalam tiga tahap....[Dalam Yohanes 4:14], apabila sumber air memancur keluar, itulah kemunculan mata air. Kemudian sungai mengalir. Bapa ialah sumber air, Anak ialah pancuran, dan Roh ialah sungai.

Pengaliran Tuhan Tritunggal ini adalah “ke dalam hayat abadi”. Kata sendi nama Yunani yang diterjemahkan sebagai “ke dalam” mempunyai makna yang kaya. Kata di sini membicarakan destinasi. Hayat abadi ialah destinasi Tuhan Tritunggal yang mengalir. Dalam kita terdapat sumber air yang memancur keluar sebagai sungai ke dalam satu destinasi. Destinasi ini ialah hayat abadi. Yerusalem Baru ialah totaliti bagi hayat yang divin dan abadi. Akhirnya hayat abadi akan menjadi Yerusalem Baru. Oleh itu, ke dalam hayat abadi bermakna ke dalam Yerusalem Baru. Kita harus mempunyai sesuatu yang mengalir ke dalam Yerusalem Baru yang divin itu supaya kita dapat sampai ke sana. Seluruh Bible diperlukan untuk mentafsirkan Yohanes 4:14. Bapa ialah sumber air, Anak ialah mata air, dan Roh ialah sungai yang mengalir, dan pengaliran ini menghasilkan hayat abadi, yakni Yerusalem Baru. 

Tuhan Tritunggal mengalir menerusi Bapa, Anak, dan Roh ke dalam kita. Ketika kita minum air ini, air ini menjadi sumber air dalam kita. Kita semua harus berkata, “Sumber air ini ada dalamku!” Sumber air ini muncul sebagai mata air, dan mata air mengalir keluar sebagai sungai untuk Yerusalem Baru. Inilah kunci untuk membuka seluruh Injil Yohanes. Inilah pembicaraan divin, penyebaran divin, pendispenan divin, daripada Triniti Divin....Apabila Dia mengalir ke dalam kita, Dia mengalir bersama dengan kita. Dia akan mengalirkan kita ke dalam Yerusalem Baru supaya kita menjadi Yerusalem Baru. 

Hasrat Tuhan dalam ekonomi-Nya ialah menjadi sumber, punca air hidup untuk memuaskan umat pilihan-Nya demi kenikmatan mereka. Matlamat kenikmatan ini ialah menghasilkan gereja sebagai pertambahan Tuhan, pembesaran Tuhan, untuk menjadi kepenuhan Tuhan demi ekspresi-Nya. Inilah hasrat hati, kegirangan Tuhan (Ef. 1:5, 9), dalam ekonomi-Nya. Perkembangan penuh pemikiran ini terdapat dalam Wasiat Baru, tetapi disemai sebagai benih dalam Yeremia 2:13.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 2, Hari 1.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (161)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (163)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)