Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (161)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (160)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (162)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (161)
2020-10-06 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Yer. 2:13   Kerana umat-Ku telah…meninggalkan Aku, sumber air hidup, untuk memahat bagi diri mereka takungan, takungan pecah yang tidak dapat menakung air.

Yes. 12:3-6   …Kamu akan menimba air dengan girang dari mata air penyelamatan…[dan berkata], Bersyukurlah kepada Yehova; serulah nama-Nya! Beritahukanlah perbuatan-Nya dalam kalangan bangsa.…Bermazmurlah kepada Yehova.…Berserulah dan bersorak rianglah…

Inti pati buku Yeremia...merangkumi tiga perkara — apa yang diinginkan Tuhan daripada kita, apanya kita dalam keadaan kita yang jatuh, dan apanya Kristus bagi kita. Yeremia memaparkan tiga perkara ini dengan kuat kepada kita, namun semua perkara ini terselindung di dalam kulit luarannya. Untuk melihat tiga perkara ini, kita perlu “memecahkan” kulit luaran buku Yeremia dan bertumpu pada inti pati di dalamnya.

Apa yang diinginkan Tuhan daripada kita disebut khususnya dalam 2:13; ayat ini mewahikan bahawa Tuhan ialah sumber air hidup. Tuhan mahu kita menerima Dia sebagai sumber air hidup untuk kehidupan kita. Hal ini bermaksud bahawa Dia menginginkan kita menerima Dia sebagai sumber, mata air, bagi diri kita. Bagaimanakah kita dapat menerima Dia sebagai sumber kita? Satu-satunya jalan untuk menerima Tuhan sebagai sumber air hidup ialah minum Dia setiap hari. Dengan meminum, kita menerima air hidup yang mengalir daripada Tuhan yang merupakan sumber air ke dalam kita. 

Di mata Tuhan, hal yang paling jahat ialah meninggalkan Dia sebagai mata air, sumber air hidup, dan berpaling kepada sumber yang lain. Semua sumber yang lain ialah berhala. Dalam ayat ini, berhala-berhala disamakan dengan takungan pecah yang tidak dapat menakung air. Hari ini, orang sibuk memahat bagi diri mereka pelbagai jenis takungan. Sebenarnya, takungan ini ialah berhala. Apabila kita mempertimbangkan situasi ini, kita perlu sedar bahawa Tuhan mahu kita menerima Dia sebagai mata air, sumber, bagi hayat dan diri kita. 

Jalan untuk menerima Tuhan sebagai penyelamatan kita ialah menimba air dari mata air penyelamatan, iaitu minum Dia (Mzm. 36:8; Yoh. 4:14; 7:37; 1 Kor. 12:13; Wahi 22:17). Untuk menjadi penyelamatan kita, Tuhan Tritunggal telah diproses untuk menjadi Roh beri-hayat sebagai air hidup, air hayat (1 Kor. 15:45; Yoh. 7:37-39; Wahi 21:6; 22:1, 17). Apabila air hidup masuk ke dalam kita, air ini meresapi seluruh diri kita, membolehkan kita dikhasiati, ditransform, dikonform, dan dimuliakan (Roma 12:2; 8:29-30). 

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 2, Hari 1. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (160)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (162)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)