Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (160)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (159)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (161)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (160)
2020-10-05 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Mzm. 84:5-6   Berberkatlah orang yang kekuatannya ada dalam Engkau, yang dalam hatinya terdapat jalan raya yang menuju ke Zion. Semasa menempuh Lembah Baka, mereka menjadikannya mata air; sesungguhnya hujan awal meliputinya dengan berkat.

2 Kor. 7:3 …Aku pernah mengatakan bahawa kamu berada dalam hati kami sehinggakan kita mati bersama dan hidup bersama.

[Dalam Mazmur 84:6a] “Baka” bermakna “tangisan”. Dari satu segi, apabila kita berhasrat untuk masuk ke dalam kehidupan gereja, kita diperkuat dalam Tuhan; dari segi yang lain, kita ditentang oleh Syaitan, yang menyebabkan banyak pekudus menderitai penindasan. Masalah dan penindasan yang diakibatkan oleh Syaitan akan menyebabkan jalan raya kita menjadi lembah tangisan. Jika kita mengambil jalan raya menuju ke rumah Tuhan, masalah dan penindasan akan menimpa kita, dan hal-hal sedemikian akan menyebabkan kita menangis. Akan tetapi Tuhan akan menukarkan air mata kita menjadi mata air [bd. ay. 6b]....Semakin banyak air mata yang kita titiskan, semakin besar mata air itu.

Ayat 6c berkata, “Sesungguhnya hujan awal meliputinya dengan berkat.” Menurut pengalaman kita, hal ini bermakna bahawa air mata kita menjadi mata air dan mata air ini menjadi hujan awal yang meliputi lembah dengan berkat. Hujan awal ini ialah Roh itu, dan Roh itu ialah berkat kita. Hal ini berlaku kepada seorang dikbang di Chefoo. Sebelum dia percaya kepada Tuan Yesus, dia seorang yang beragama lain. Selepas dia diselamatkan dan masuk ke dalam kehidupan gereja, dia menderitai banyak penindasan. Penindasan ini hampir membunuhnya, dan dia menitiskan banyak air mata. Akan tetapi, air matanya menjadi mata air; mata air menjadi Roh itu yang merupakan hujan awal; hasilnya dikbang ini menjadi sangat hidup. Mereka yang masuk ke dalam kehidupan gereja dengan menempuh lembah tangisan akan mendapati bahawa tangisan ini akhirnya menjadi berkat yang besar kepada mereka. Berkat ini ialah Roh itu. Air mata yang dititiskan mereka ialah air mata mereka sendiri, tetapi air mata ini membawa masuk mata air yang menjadi hujan awal, iaitu Roh itu yang menjadi berkat.

Orang yang berada di jalan raya yang menuju ke Zion menjadikan lembah tangisan ini mata air (ay. 6b). Mata air ini ialah Roh itu. Betapa ajaibnya! Hujan awal menandakan Roh itu. Hal ini menunjukkan bahawa semakin banyak kita menangis di jalan raya yang menuju ke Zion, semakin banyak Roh itu yang kita terima. Sementara kita menangis, kita dipenuhi Roh itu, dan Roh itu menjadi mata air kita.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 1, Hari 6.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (159)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (161)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)