Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (159)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (158)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (160)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (159)
2020-10-04 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

2 Kor. 11:28   …Timbunan keprihatinan yang menekanku setiap hari, iaitu kekhuatiran untuk semua gereja.

2 Kor. 7:3   …Aku pernah mengatakan bahawa kamu berada dalam hati kami sehinggakan kita mati bersama dan hidup bersama.

Dalam [2 Korintus] 7:2 dan 3 Paulus berkata, “Berilah tempat bagi kami; kami tidak berbuat salah terhadap siapa-siapa, kami tidak mengkorupkan siapa-siapa, kami tidak mengambil kesempatan atas siapa-siapa. Aku berkata demikian bukan untuk mengutuk kamu kerana aku pernah mengatakan bahawa kamu berada dalam hati kami sehinggakan kita mati bersama dan hidup bersama.” Kata-kata Paulus di sini menunjukkan keprihatinannya yang dalam dan mesra terhadap orang Korintus. Ungkapan ini bukan sekadar sesuatu yang beretika, agamawi, rohani, atau bahkan penuh kasih. Kita mungkin dapat mengungkapkan kata-kata kasih dan mempunyai perasaan kasih terhadap orang lain, tetapi masih tidak ada keprihatinan yang dalam terhadap mereka.…Paulus mempunyai keprihatinan sedemikian terhadap percayawan di Korintus. 

Seorang ibu bukan sahaja mempunyai kasih terhadap anaknya, tetapi juga mempunyai keprihatinan yang dalam.…Seseorang perempuan mungkin kurang berpelajaran, tetapi jika dia mempunyai keprihatinan yang dalam terhadap anak-anaknya, dia layak menjadi seorang ibu yang baik. Sudah pasti pengetahuan dan keupayaan dapat membantu, tetapi semua itu bukan prasyarat. Satu-satunya prasyarat untuk menjadi seorang ibu yang baik ialah keprihatinan. Prinsip yang sama turut diterapkan dalam hal mengambil berat tentang gereja. Memang tidak memadai bagi para penatua sekadar mengasihi gereja. Kasih ini harus menjadi keprihatinan yang dalam, keprihatinan terhadap semua percayawan yang muda dan yang lebih lemah. Keprihatinan ini menyebabkan jerih lelah kita berbuah. Kita semua memerlukan keprihatinan yang mesra jenis ini terhadap orang lain. 

Dalam 2 Korintus 7:2 Paulus berkata, “Berilah tempat bagi kami.”…Paulus berhasrat agar sebagaimana dia mempunyai orang Korintus dalam hatinya, begitu juga dia akan berada dalam hati mereka. Percayawan di Korintus berada dalam hati Paulus sehinggakan mereka hidup bersama dan mati bersama [7:3]. Ini pasti ialah kata yang menyatakan keprihatinan yang mesra. 

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 1, Hari 6.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (158)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (160)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)