Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (158)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (157)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (159)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (158)
2020-10-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

2 Kor. 12:15   Tetapi aku, aku amat sukacita menghabiskan dan dihabiskan dengan sepenuhnya bagi sukma-sukmamu. Jika aku mengasihi kamu dengan lebih melimpah-ruah, semakin kurangkah aku dikasihi?

2 Kor. 7:3   …Aku pernah mengatakan bahawa kamu berada dalam hati kami sehinggakan kita mati bersama dan hidup bersama.

Jika kita berupaya menjalankan suatu kerja tetapi kekurangan keprihatinan yang mesra, kerja kita tidak akan berbuah. Apa yang diperlukan untuk mewujudkan kehidupan keluarga dan kehidupan gereja yang baik ialah keprihatinan yang mesra. Betapa berbuahnya kita, berapa buah yang kita hasilkan…bergantung pada sama ada kita mempunyai keprihatinan yang mesra atau tidak.

Jika kita mempunyai keprihatinan yang mesra, kita akan bersikap lembut terhadap orang lain. Orang yang kasar dan tidak sensitif tidak akan mempunyai keprihatinan yang mesra. Jika seorang suami tidak mempunyai keprihatinan yang wajar terhadap isterinya, dia mungkin sangat tegas dan ada banyak permintaan terhadap isterinya. Akan tetapi, mempunyai keprihatinan yang mesra akan menyebabkannya bersikap lembut. Sebaik sahaja kita bersikap lembut, cara kita berbicara akan menjadi lunak dan manis. 

Ketika kamu mendengar tentang seorang dikbang atau dikkak telah berundur, adakah kamu menangis seperti Paulus?…Dikbang sekalian, adakah kamu mempunyai kekuatan untuk menangis? Kamu melihat betapa tegasnya kata-kata Paulus kepada orang Korintus; kata-kata itu seperti pisau tajam.…Ada satu perkara yang pasti: Jika kamu ingin kata-katamu menusuk orang, ia haruslah menusuk kamu terlebih dahulu. Jika kata-kata itu tidak menusuk kamu, maka ia pasti tidak dapat menusuk orang. Paulus sememangnya orang begitu. Ketika dia menulis kata-kata yang paling tegas dalam Surat pertama, dia menulisnya sambil mengalirkan air mata. Sebelum dia berbicara, dan sebelum orang lain merasakan kepedihan, dia sudah merasakan kepedihan. Oleh itu, jika kamu ingin orang lain merasakan kepedihan, kamu pertama-tamanya harus merasakan kepedihan. Jika kamu ingin orang lain sahaja yang merasakan kepedihan, itu tidak akan berjaya. Atas sebab ini, setiap pekerja Tuan haruslah memiliki pengalaman mengalirkan air mata. Dengan kata lain, semua yang tidak mengalirkan air mata ketika mereka melihat dikbang mereka mundur dan gagal itu tidak layak melakukan kerja Tuan, bahkan tidak layak untuk menegur atau menasihati orang lain. Jika kamu hendak menegur seorang dikbang, atau jika kamu hendak memberitahu dia tentang kesalahan yang dilakukannya, kamu pertama-tamanya harus merasakan kepedihan dan ketajaman kata-kata itu sebelum kamu layak menegurnya. Adalah mudah untuk menunjukkan kelemahan seseorang, tetapi adalah sukar untuk mengatakannya dengan air mata. Walau bagaimanapun, hanya orang yang mempunyai air mata yang layak berbicara.

Syukur kepada Tuhan kerana darah Anak-Nya telah ditumpahkan di bumi dan tidak akan ditarik balik. Manusia dapat menerima penyelamatan menerusi darah ini. Syukur kepada Tuhan kerana air mata Anak-Nya juga tidak akan ditarik balik. Semua ini menyatakan kepada kita bahawa Dia mengenang kita, dan juga menyebabkan kita mengalirkan air mata di hadapan Tuhan dan di hadapan orang. Semoga kita meniru Tuan kita dalam doa kita dan dalam kerja kita, dan semoga kita mengalirkan lebih banyak air mata!

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 1, Hari 5.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (157)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (159)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)